Terlalu banyak cerita mengenai nilai integriti dan rasa kepertanggungjawaban Umar bin Abdul Aziz r.a. semasa dia memerintah sehingga kita macam tak lojik.
Tak ada manusia yang pernah kita jumpa bersifat begitu. Tapi itulah yang sebenarnya.
Suatu malam apabila telah selesai meneliti urusan kewangan negara , pembantu dia tanya, “Apa khabar keluarga mu Ya Amirul Mukminin?”
Mungkin dia tanya sebab concern, sebab macamana Khalifah nak sara keluarga dengan 2 dirham sehari. Pembantu dia tu pun gaji lebih dari Khalifah.
Bila dengar soalan tu, Umar bin Abdul Aziz terus padamkan lilin yang menerangi pejabat depa.
“Eh…apahal pulak ni, rahsia sangat sampai nak kena cerita dalam gelap?” mungkin itulah yang difikirkan pembantu dia.
Umar kemudian menyalakan sebatang lilin lain.
“Kenapa padam lilin tu dan pasang lilin ni pulak, wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Umar, “Lilin tadi adalah harta negara. Bila engkau tanya hal keluarga aku, dah jadi hal peribadi. Jadi aku nak jawab, kenalah aku guna lilin yang aku beli sendiri.”
Subhanallah!
Kita ni macam mana pulak?
Kalau nak sebut guna fotostat pejabat nak buat copy IC ka, result SPM anak ka, sijil nikah ka tok sah kiralah. Dah berapa ratus kali.
Lepas fotostat, amik stapler pejabat…TAP, TAP, TAP, macam stapler tu harta kita. Kalau rasa nak cantik sikit, taruk plastic cover lagi, harta pejabat jugak.
Kemudian, dah jadi habit tengok FB atau result Premier League sambil2 buat kerja opis. Tu pun selalu jugak, tak payah cakap lah.
Yang kaki jual kain batik Terengganu, kuih Mazola, instant karipap masa waktu pejabat memang dah biasa sangat.
Isi minyak kereta pejabat pakai akaun syarikat, dengan kereta pejabat tulah pi ambik anak kat sekolah, singgah Pizza Hut beli Hawaiian Chicken buat dinner keluarga malam tu….isyy….
Terlalu banyak contohnya.
Tak payahlah dok pi mengata kat depa yang dok guna saluran television awam, yang mana gaji kakitangan dia rakyat dok bayag, pi tayang perhimpunan agong parti depa tu. Sedangkan parti yang lain, yang 52% rakyat sokong tu, tak diberi pun peluang.
Yang tu memanglah tak adil….tapi kita pun dok take advantage jugak walaupun kecil2, sedangkan Umar Abdul Aziz tak salahguna walaupun sebatang lilin.
Yang paling keras tindakan Umar ialah keluarga Bani Umayyah, keluarga dia sendiri. Dia tak kasi chance langsung.
Tak lama lepas dia pegang jawatan Khalifah, depa pun bengang kat dia. Tapi dia kata salah depa jugak kerana kawin kan ayah dia dengan cucu Umar al Khattab. Jadi cicit Umar al Khattab (maksudnya dialah) ada darah moyang dia.
Padan muka depa.
Suatu hari dijemput adik beradiknya yang dah tak tahan dengan pendirian Khalifah yang sangat stern tu ke rumah dia.
Dia kata nak jamu makan.
Bila semua dah mai, dia pun buat2 sembang dengan tukang masak dia.
“Masak dak lagi ni?” tanya Umar pada tukang masak dia.
“Belum lagi Ya Amirul Mukminin. Suruh depa tunggu sat.” Tukang masak pun dah pakat dengan Khalifah.
Lepas agak lama, Umar keloi lagi, “Masak dak lagi ni? Depa dah lapag ni?”
“Belum lagi….tunggu sat Ya Amirul Mukminin.”
Begitulah sampai beberapa kali.
Yang adik beradik dia, perut dah berbunyi, depa ni geng makan on time punya sebab di rumah depa ada pelayan dan makan pun bagus2.
Kemudiannya, oleh kerana dah banyak kali sangat makanan tak mai2, Umar pun bawak keluar sejenis roti, yang simple sangat, hinggakan kalau bagi kat orang miskin Damsyik, depa pun tak berapa nak makan.
Dia hidangkan pada ahli keluarga dia. “Makan lah yang ni dulu. Buat alas perut. Sementara tukang masak aku siap. Awat dia lambat sangat ni?”
Lalu depa yang dah lama tahan lapag ni, terus capai roti tu dah mentekedaghah semuanya.
Lepas habis, Umar bawa mai lagi roti yang sama. Depa polok se round lagi.
Lepas 2-3 round, Umar bawa mai lagi makanan….
Depa kata…”Cukup2 kami dah kenyang.”
Umar kata, “Ehhh..jangan macam tu, yang ni chef aku masak tadi, hidangan istimewa hanya untuk keluarga pembesar.”
“Tak payah..tak payah, kami tak boleh masuk dah. Terima kasih sajalah.”
Maka kata Umar, “ Itulah …sebenarnya aku nak bagi tahu kat kamu semua. Apalah gunanya kamu semua memgambil harta sampai bertimbun2 sedangkan kamu sendiri tidak mampu nak guna, apabila kamu semua boleh hidup dengan hanya yang sedikit.”
Berderailah air mata ahli keluarganya.
Fatimah (isterinya) menceritakan, “Suami aku selalu akan terbangun dari tidurnya. Badannya menggigil seperti seekor burung yang basah yang menggoncang2kan badannya utk membuang air2 yang melekat di bulunya.
Bila aku tanyakan kenapa, dia menjawab, “Kenapalah aku terlalu sibuk dengan urusan negara, sedangkan mungkin ada kambing2 yang putih dan kambing2 yang hitam, orang2 merantau, orang2 yang kesempitan yang memerlukan perhatianku. Apakah alasanku di depan Allah Ta’ala nanti kerana mengabaikan mereka?”
Aku mengambil selimut dan menyelimuti suamiku.
Lalu dia tunduk, menutup muka dengan kedua tangannya, menangis teresak-esak mengenangkan beban tanggungjawabnya. Airmata membasahi janggutnya. Begitulah keadaannya sehingga waktu subuh.”
Aduhai….pemimpin berjiwa rakyat.
|
No comments:
Post a Comment