26 December 2013

Pengsan Sebab Mandi Wajib


Assalamua'laikum wbt,

Ini malam Jumaat terakhir utk tahun 2013. So mai lah kita tutup edisi Ringan-ringan Malam Jumaat tahun ni dengan satu cerita yang tajuk pun dah agak pelik.

Tak pernah dengar lagi orang mandi wajib sampai pengsan..

Sekitar tahun 600 Hijrah.
Di sebuah masjid di Damsyik, seorang anak muda sedang nyenyak tidur.

Musim sejuk masa tu. Mungkin around this time of the year in Syria.

Nama pemuda tu Abdul Aziz. Dia budak miskin. Tidog di masjid lebih selesa dari tidog di rumah.

Nak dijadikan cerita, tengah2 dia sedap tidog tu, dia bermimpi.
Dan mimpi dia mimpi yg baguih punya.

Punyala baguih sampai dia ter "accident".

 Adoi...macamana boleh mimpi macam tu dalam masjid. Tak taulah kot2 hangpa pernah mengalami the same accident....he he.

Abdul Aziz terjaga.
"Ai sehh....basah pulak..."

Camna nak buat ni?
Dia celapak bangun. Keluar dari masjid dan cadang nak balik rumah, pasai sat lagi subuh.

Kena mandilah dulu.

Pegang2 pintu pagar masjid..."Adusss....awat depa kunci pulak ni? "

Mungkin sebab banyak kes curi duit tabung masjid kot yg menyebabkan Tok Siak kunci pagar.

Abdul Aziz pikiag punya pikiag, " Tak apalah, ayag kolah ada...sini pun jadilah. Bukannya ada orang."

Jelebus!! Dia mandi guna cebok kolah saja.

Adoiiii!!! SEJUK GEDI!!!
Laa...awat tak sejuknya...tengah2 winter.
Bukan winter di Bukit Mertajam....Syria nu!

Kalau amik wuduk pun dah seksa, inikan pulak mandi.

Mandi wajib pulak tu...kenalah ratakan seluruh badan. Bertambah2lah seksanya.

Tapi dek kerana nak jaga solat, Abdul Aziz pun tahan jugalah. Mandi sampai sempurna.

Brrrrrr....kita dengar pun tak sanggup. Cacak bulu roma.

Habis mandi, dia lap2 ala kadar, kenakan pakaiannya semula, masuk balik ke masjid.

Dia adjust2 tempat tidog, sambung balik. Subuh lambat lagi.

Tengah2 sambung tidog...dia mimpi lagi.
Memang Allah nak uji dia, mimpi kali ni LAGI BAGUIH!

Tok sah cerita panjanglah....dia ACCIDENT LAGI.
Aduhai..... nasib kamulah Abdul Aziz.

Dia celapak bangun, periksa the scene of accident sikit sebanyak...tarik nafas panjang dan tuju ke kolah kembali.

Sejuk yang tadi tak habis lagi, dah nak kena mandi lagi. Boleh beku otak memikiorkannya.

Dia pegang cebok, sauk air, angkat atas kepala dan Nawaitu Raf'al Hadathil.........perauuuu, ......jirus sekali.

Subhanallah.....SEJUK GILERRR....tak tahannnn!

BEDEBUK!!

Rebah dia di tepi kolah tu. Pengsan kerana tak tahan sejuknya air kolah tu.

Kasihan Abdul Aziz. Terbujur dia sorang2 di situ.

Entah berapa lama dia out....tiba2 dalam keadaan sedar tak sedar dia terdengar suatu suara.

"Hei Abdul Aziz, mu ni dah besor. Mu nak ngaji ke nak gheja?"

Itu soalannya.

Sebenarnya Abdul Aziz walaupun dah jadi pemuda tapi dia tak pernah pi sekolah.

Dah cerita awai2 tadi dia ni Faqiran Jiddan....miskin sangat. Nak pi sekolah secara formal tak ada duit, duduklah dia di masjid dengar2 kuliah alim ulama. Gitu2 saja.

Jawab Abdul Aziz, " Aku nak mengajilah."

"Kalau gitu, mu ngaji chome-chome. Jange dok bueng maso." Gitulah arahan dalam keadaan dia pening2 lalat tu.

Abdul Aziz bangun, penghabih mandinya walaupun terseksa, dan masuk ke masjid.

Dicapainya kitab Al Tanbih Fil Fiqh As Shafi'i karangan Imam Abu Ishaq Ash Shirazi dan terus mentelaah. Kitab besag tu.

Dan dari sejak hari tu Allah swt kurniakan dia dengan kepintaran dan kesungguhan mencari ilmu.

Hari ini umat Islam mengenalinya sebagai Sultan al Ulama' al 'Izz ibn Abdussalam rahimahullah.......Raja kepada segala ulama. Suatu gelaran yg tak ada pada ulama2 lain.

Beliau mengarang lebih 30 kitab dan masyhur juga sebagai seorang yg tegas dan berani menegur pemerintah2 Islam yang zalim dan cuai dalam tugas2 mereka.

Sampaikan terjadi peristiwa dia telah melelong Dato' Seri- Dato' Seri ni kerana depa tak syari'ah-compliant. Bukan setakat bagi hadiah penyapu saja.

Bab tu aku cerita lain kalilah.

Wallahu'alam

No comments: