08 November 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a._Episod Sikat Rambut


Dah habis trela, mai kita masuk cerita Umar bin Abdul Aziz r.a. secara proper.

Ada two sides of Umar, sebelum dan selepas dia jadi Khalifah.
Aku akan ceritakan yang sebelum dulu, nanti senang compare perubahannya dengan sifatnya selepas menjadi Khalifah.

Dia dilahirkan pada tahun 682M bersamaan 63 Hijrah.
Seperti yang diceritakan tadi, dia anak keluarga Bani Umayyah.
Keluarga bangsawan.
Pakcik2, sepupu2 dia khalifah belaka.

- Dulu2 kita kata anak lord lah.

Namun begitu ayahnya Abdul Aziz bin Marwan walaupun Gabenor, dia juga adalah seorang alim.
Punyalah alim, dia juga seorang perawi hadis2 sahih.

Adakah pemimpin2 kita la ni, yang boleh quote hadis, quote ayat Quran perau-perau?

 Tau apa tu perau-perau?
Maknanya dia hafal dan sebut sesuatu tu dengan lancar, tak perlu refer2 dan tak gagap2.

Ini juga bermakna Abdul Aziz tidak mempunyai sifat pembohong.
Kerana orang yang pembohong tidak dikategori sebagai perawi hadis sahih.

Adakah pemimpin2 kita la ni, yang macam tu?
Yang tak putar belit bila bercakap?
Tak pernah pun sebut nak naik harga minyak, tiba2 mai Berita TV pukul 8,
baru nak habag harga naik mulai tengah malam tu jugak.
....hampeh!


Tak payah kita cerita panjang yang tu......
Buat berbulu saja!

Yang aku nak cerita ialah keilmuan Abdul Aziz bin Marwan, seorang Gabenor.
Takat nak jadi imam solat, baca khutbah raya.....tak dak hal lah.

Jadi apabila Umar dah besar sikit, dah sampai umur masuk sekolah, ayahnya hantar dia pi Madinah utk mengaji ugama.
Guru2nya sahabat2 Nabi saw yang masih hidup misalnya tok penakan dia Abdullah bin Umar ra.
Dia juga berguru dengan Anas bin Malik ra, khadam Rasulullah saw.

Sebagai anak pembesar dia tidak sunyi dari kemewahan.
He was born with a silver spoon in his mouth.

Diceritakan suatu hari dia mai lewat menunaikan solat.
Lalu gurunya yang bernama Salih bin Kaysan r.a. tanya, "Kenapa kamu lewat ni Umar?"

Jawab Umar, "Sorry cikgu, saya lambat sebab sikat rambut tadi."

"Hang penting rambut ka, hang penting solat nih?" tanya cikgu Salih.

"Bukan saya saja nak lewat cikgu, tapi saya punya hairdresser tu slow sangat."

Mak oi...nak pi solat pun ada hairdresser?

Cikgu Salih terus tulis surat pada ayah dia, mengadu perangai Umar tu.
Maka Abdul Aziz hantar surat perintah rambut Umar dipotong.
Supaya dia tak lambat pi solat.

Kemudiannnya dia ni suka pakai lawa2, baju sehari tukar banyak kali.
Dia suka pakai perfume....yang bagus2 dan mahal.

Baju dia punyalah wangi, sampai ada penduduk Madinah yang bribe laundrymen utk campurkan baju depa dengan baju Umar semasa mencuci.
Ini ialah kerana baju dia walaupun masuk mesin basuh, bukasn setakat bau semerbak tak hilang....boleh pulak transfer ke pakaian lain!

Kemudiannya dia ni makan pun sakan jugak.
Sebab semua dah terhidang....dan sedap2 pulak.

Jadi masa muda2 perut dia agak boroi.....

Bila Umar bin Abdul Aziz buat mengerjakan tawaf haji atau umrah, orang2 yang turut serta kata tali pinggang yang mengikat ihramnya tak kelihatan,
sebab dah terlepas ke bawah perut.
Hmmm...boroi la tu.

Itulah beberapa description mengenai Umar bin Abdul Aziz semasa mudanya.

Tapi bukan nak kata dia kaki hora masa muda2.
Kebaikan dan ilmu dia pun banyak juga sehinggakan Anas bin Malik r.a. kata dia tak pernah nampak seorang pun yang solat menyerupai Rasulullah saw selain Umar bin Abdul Aziz.

Cuma nak tunjuk contrast perubahan sikap Umar apabila dilantik menjadi Khalifah nanti.

Cukup takat tu dulu. Nanti kita tengok perubahan dia.

Wallahu'alam.


No comments: