25 December 2013

Rantai Untuk Kak Long


Rantai itu dulunya kepunyaan emak. Emak hadiahkan pada Kak Long pada hari perkahwinan kakak.

Kak Long amat sayangkan rantai tu. Tambah2 sejak emak meninggal, rantai itu memberi lebih banyak makna pada Kak Long.

Tapi demi sayang Kak Long pada suaminya, dia rela berpisah dengan rantai emak tu.

Rantai itu kini berada di tangan Rasulullah s.a.w.

-----------------------------------------------------------------------------

Oooo…cerita sirah rupanya. Macam drama pulak.

Jom kita imbau kembali 15 tahun sebelum tu.

Zainab binti Muhammad r.anha adalah anak sulung Rasulullah saw, anak pertama hasil perkahwinan baginda dengan isteri tercinta Khadijah binti Khuwailid r.anha.

Dia dilahirkan ketika Nabi saw berusia 30 tahun.
10 tahun kemudian baginda didatangi Jibril as di Gua Hira membawa wahyu dari Allah swt.

Maka dengan itu risalah kenabian pun bermula dan orang yang pertama memeluk Islam adalah ahli keluarga baginda, iaitu Khadijah dan anak2 mereka, selain dari beberapa sahabat terdekat.

Pada usia 10 tahun, rupa2nya Zainab sudah bergelar isteri. Dia dikahwinkan dengan Abu al-‘Aas bin Rabi’, anak sedara Khadijah sendiri, sebelum bapak mertuanya bergelar Rasulullah saw.

 …jadi bukan hanya A’ishah r.a, saja yang kawin muda. Dah tradisi orang2 Arab mengahwinkan anak2 mereka pada usia yang muda.

Tapi bagaimana taraf pemikiran mereka masa tu? Adakah sama dengan kanak2 10 tahun hari ni?

Semasa Jibril mengunjungi Rasulullah saw, Abu al-Aas was on a business trip. Dia seorang businessman.

Sekembalinya dia ke Makkah, dia mendapat berita ayah mertuanya telah dilantik menjadi pesuruh Allah, dan isterinya menjadi seorang Muslimah.

Kata Zainab, “ Abang.... Nab sayang abang. Sebab itulah Nab nak ajak abang kepada Allah dan Rasulnya.…Marilah ikut Nab ke dalam agama yang benar ini.”

Lebih kurang cam tulah.

That was how a 10 year spoke in those days, to a husband many more years older than her.

Tidaklah dia hanya duduk di dapor memasak dan mengemas rumah.
Atau melayan kehendak2 kebatinan.

Dan tidaklah pula husband dia pelempang dia kerana minta yang bukan2.
Sedangkan Abu al-‘Aas pun anak pembesar2 juga. Ada status.

So apa kata husband dia?

Abu al-‘Aas menolak ajakan isterinya tu. Macam Abu Talib, bapa sedara Nabi saw juga, dia bimbang statusnya sebagai bangsawan akan tercalar.

Kata nya, “Nab…bukan abang tak nak ikut Yang. Bukan juga abang tak percaya ayah…(pak mentua dialah). Abang tak kata dia tipu….cumanya abang tak nak lah adik-beradik abang kata abang ni mengikut saja telunjuk isteri.”

Ooo…gitu rupanya.

So, gitulah keadaanya. Dan oleh kerana belum turun ayat Quran yang menyuruh suami isteri berlainan agama supaya berpisah, Zainab tetap hidup sebumbung dengan Abu al-‘Aas.

Setelah beberapa tahun berlalu, ibu kesayangannya pun wafat dan tibalah masanya ayahnya pula diperintahkan berhijrah ke Madinah.

It was a dilemma for Zainab. Nak ikut ayah dan orang2 Islam yang lain, atau stay dengan husband di Makkah sebatang kara.

She made the difficult decision to stay with Abu al-‘Aas. Dia masih berharap dapat mengajak suaminya menerima Islam.

A more difficult decision came a few years later.

Pada tahun ke-2 Hijrah, konflik kaum Musyrikin Makkah dan orang2 Islam Madinah sampai ke kemuncaknya. Lalu terjadilah Perang Badar.

Abu al-‘Aas menyertai tentera Quraish Makkah maju ke Medan Badar.
Apalah daya Zainab.
Di sini suaminya…di sebelah sana ayahnya.
Cinta pada ayah, setia pada suami.

Perperangan pun berlaku dan sudah tersurat, tentera Islam berjaya menewaskan musyrikin Makkah. Ramai pembesar Makkah terbunuh termasuk ketua mereka Abu Jahal.

Ramai pula yang ditangkap dan menjadi tawanan perang….PoW.
Antaranya ialah menantu Nabi saw sendiri, Abu al-‘Aas, suami Zainab.

Nabi saw memerintahkan supaya tawanan2 ini dilayan sebaiknya. Baginda juga tahu menantunya juga adalah antara tawanan2 tersebut.

Buat pertama kalinya tentera Islam dibebani dengan suatu permasalahan. Nak buat apa dengan tawanan perang? Umar al Khattab r.a. mencadangkan supaya mereka semua dibunuh. Abu Bakar r.a. mencadangkan supaya mereka diberi  pilihan.

a) Siapa yang pandai membaca dan menulis, boleh membebaskan dirinya dengan mengajar anak2 orang Islam untuk menjadi celik huruf.
b) Sesiapa yang punya harta, boleh meminta kaum keluarganya membayar wang tebusan mengikut kemampuan masing2.

Sampailah berita ini kepada Zainab. Dengan itu datanglah keputusan ke3 yang berat baginya.

Rantai hadiah perkahwinan oleh ibu di lehernya membawa pengertian besar. Tetapi dia rasa itulah yang boleh membeli kebebasan suaminya.

Ditanggalkan rantai tersebut dan dikirimkannya ke Madinah. Sebagai tebusan untuk Abu al-‘Aas bin Rabi’.

Dan itulah yang berada di dalam genggaman Rasulullah saw sekarang.

Kita semua tahu betapa cintanya Nabi saw kepada Khadijah. Walaupun Khadijah telah lama wafat baginda sering menyebut2 nama Khadijah dan menjaga kebajikan ahli keluarga isteri pertama baginda itu. Sehinggakan A’ishah pun sangat cemburu dengan kecintaan Nabi saw ini.

Airmata berlenangan di pipi baginda mengenangkan Khadijah. Rindu pada wanita yang pernah memiliki rantai ini.

Bukan itu saja, baginda juga terkenang nasib anak sulongnya yang keseorangan di Makkah. Jauh dari saudara mara, dan kini suami pula menjadi tawanan perang.

Apakah ada jalan penyelesaian?

-------------------------------------

Beberapa hari kemudian, Abu Al-Aas kembali ke rumahnya di Makkah.
Zainab gembira husband dia dalam keadaan baik walaupun balik dari perang.
Lebih menggembirakan, rantai ibunya pun dipulangkan!

Tapi ada satu berita mengejutkan dibawa oleh suaminya.

Abu al-Aas kata kat Zainab, “Nab, abang balik ni sebenarnya nak mengucapkan selamat tinggal.”

“Eh…bang. Abang nak ke mana pulak?”

Kata Abu al-Aas, “ Bukan abang….Nab yang akan tinggalkan rumah ni.”

Terkejut Zainab. Rupa2nya Abu al-‘Aas dibebaskan dengan syarat dia menghantar Zainab ke Madinah. Ini ialah kerana sudah turun ayat Quran yang melarang orang2 yang beriman dari mengahwini orang yang tidak beriman.

Maka Zainab r.a. dengan redha menerima arahan itu dan keluar dari rumah. Gembira kerana akan dapat bersama baginda s.a.w. tapi sedih jugak pasal suaminya masih keberatan utk ikut sama.

Tapi pemergian Zainab r,anha diketuai oleh puak2 Makkah yang masih marah akibat kalah Perang Badar. Depa ligan ….(kejor le) dia, dan intercepted her party.

Dalam kelam-kabut tu, she fell from her mount, jatuh dari unta tunggangannya.
Unta bukannya kuda. Tinggi maa…

Dan tibalah ujian ke-4 bagi Zainab.
Dia yang hamil masa tu, mengalami keguguran akibat jatuh dari unta tu.
She lost her baby, a lot of blood and not in condition to continue her journey.

Dia balik ke Makkah. Hilang anak dalam kandungan, tidak dapat pula berjumpa ayahnya.
Macam2 dugaan anak sulung Nabi saw ini.
At the time she was still only 25 y.o.

She rested for sometimes. A little later, Nabi saw menghantar Zaid bin Harithah r.a. untuk menjemput Zainab. Dan kali ini perjalanannya ke Madinah went without incident.
She was reunited with Rasulullah s.a.w. But at the same time had to leave her husband.

Gained one, lost the other. Bilakah dia akan dapat kedua2nya?

Beberapa tahun berlalu. Pada suatu malam pada tahun ke 6 Hijrah, dia menerima tetamu.

“Abang..!”
Yes…Abu al-‘Aas muncul di rumahnya. Zainab merasa gembira menerima kunjungan suaminya setelah bertahun2 depa berpisah.

Tapi…kegembiraannya tak lama. Abu al-‘Aas bukan mai nak menyertai orang2 Islam, tapi sebenarnya dia fugitive. Dia nak berlindung. And the only people in Madinah yang dia boleh trust ialah Zainab.

Dia dalam perjalanan dagang ke Syam. Rombongannya ditahan oleh tentera2 Islam. He managed to escape, dan itulah sebabnya dia sampai ke rumah Zainab.

Zainab informed Rasulullah saw, dan sekali lagi baginda memerintahkan Abu al’Aas dibebaskan dan barang dagangannya dikembalikan.

Sekali lagi Zainab mengajak suaminya menerima Islam.
Sekali lagi Abu al-‘Aas menolak.

Zainab terpaksa melepaskan suaminya pulang ke Makkah. Baru saja berjumpa setelah bertahun2 berpisah.
Tapi perintah agama mesti dipatuhi, melebihi cinta pada suami. Depa tak boleh bersama selagi Abu al-‘Aas tidak menerima Islam.

What she did not know was Abu al-‘Aas had other plans.

Setibanya di Makkah, Abu al-‘Aas menyerahkan semula barang2 dagangan kepada pemilik masing2 dari kalangan penduduk Quraish Makkah.

Habis semua diserahkan, he packed up his belongings and headed back to Madinah.

Kali ni dia berjumpa Rasul saw dan menyatakan keIslamannya. Allahu Akbar.

Bila ditanya, awat tak buat masa kat rumah Zainab dulu?....katanya, “ Aku tak mau kaumku menganggap aku masuk Islam hanya kerana aku nak kan balik barang dagangan aku. Jadi setelah aku serahkan semua barang pada tuanpunya masing2, maka tak adalah alasan mereka nak kata begitu.”

Ada alasan tersendiri rupanya….cara yang berhikmah gitu.

Maka saga cinta terpisah sepasang suami isteri berakhir pada tahun 7 Hijrah.

Hampir 20 tahun Zainab tidak putus asa mengajak dan mengharap suaminya masuk ke dalam agama Tauhid ini, akhirnya Allah memberinya hidayah.

Kembalilah mereka menjadi suami isteri. Kali ini dengan ikatan keIslaman.

Namun kebersamaan mereka hanyalah sekejap sahaja kerana pada tahun berikutnya, Zainab r.anha dijemput Allah swt. Dikatakan sejak dia jatuh dari unta dahulu, kesihatannya tidak pulih sepenuhnya.

Hilanglah seorang serikandi Islam, permata sulung Nabi saw dan Khadijah r.anha, isteri Abu al’Aas bin Rabi’ r.a.
Rasulullah saw memberikan kain yang dipakai baginda untuk mengkafankan Zainab, mennsolatkan den mengkebumikan anak sulung baginda itu.

Baginda amat sedih kerana Zainab terpaksa mengalami pelbagai keperitan hidup. Kata Rasul saw, "Dialah satu-satunya anak aku yang cedera kerana Islam. ", merujuk kepada peristiwa dia terjatuh dari unta dahulu.

Moga2 ketabahannya menjadi teladan untuk kita.

Wallahu’alam.

No comments: