Sambungan dari cerita sebelum ni, mai kita selami sedikit cerita kehidupan Sultan al Ulama', Sheikh al-'Izz ibn Abdussalam r.h. Sebelum kita mula cerita Sultan al Ulamak ni, elok kita kasi background sejarah sikit. Sheikh al 'Izz ibn Abdul Salam dilahirkan pada tahun 577Hijrah (1181Masihi) di Damsyik dan meninggal pada 660H (1261M) di Mesir. Masa tu empayar Islam berkonflik dengan dua kuasa besar. On one hand... the Crusades campaign oleh tentera2 Kristian dari Europe, yang bermula 1096M dan berakhir around 1270M. On the other hand...tentera2 Mongol di bawah Genghiz Khan mula melebarkan wilayahnya dari Asia Tengah yg bermula sekitar 1200M. Jerusalem (Baitul Maqdis) fell into Christian hands in 1099. Pahlawan Islam, Salahuddin al Ayyubi kemudiannya telah mengambil semula Baitul Maqdis dan semua wilayah Syam daripada puak Kristian pada 1187 (masa tu Sheikh al Izz berusia 6 tahun) dan seterusnya mewujudkan pemertintahan Ayyubiyah di sana dan juga di Mesir. Itulah gambaran sejarahnya, dan Syeikh Al 'Izz hidup di tengah2 nya. So, mai kita cerita apa keterlibatan Syeikh al 'Izz dalam semua scenario ni. Lepas dia mendapat mimpi dalam pengsan di Masjid al Amawi, Sheikh al 'Izz menjadi seorang penuntut ilmu yang handal. Akhirnya kemasyhurannya sebagai ulama di Damsyik terserlah, keilmuannya diiktiraf dan dia disegani. Ramai pula pengikutnya. Kalau dia berkuliah, terpaksa parking unta dan kuda jauh2, sebab ramai sangat yang mai dengar. Dia kemudiannya di lantik menjadi Mufti dan Imam di sana. Pemerintah Damsyik diawal 600H adalah seorang yang bernama Salih Ismail al Ayyubi Pemerintah Mesir pula seorang yang bernama Najmuddin al Ayyubi. Jadi, depa ni semua ahli keluarga keturunan Salahuddin al Ayyubi yang meninggal pada 590H. Dan depa semuanya bergelar Sultan. Tapi depa dua orang ni, Salih Ismail dan Najmuddin ni pakat bergaduh belaka. Pemerintahan pun dah tak berpegang teguh pada syariat Islam. Puak2 Kristian bukan tak tahu, dan depa mengambil peluang di atas permusuhan sesama ahli keluarga ni. Depa pun sangat bercita2 utk mengambil semula Baitul Maqdis yang menjadi idaman sejak tewas pada 3rd Crusades dulu. Oo...lupa nak explain. Crusades (Perang Salib) ni berlaku tujuh atau lapan kali. Hanya First Crusades saja yang Kristian betul2 menang...lepas tu depa koi-koi kalah. Since then, the Crusaders had been coming regularly to recapture Baitul Maqdis. They were made up of different nations. Ada dari Spain, ada dari France, ada dari Englamd, German, Norway dan lain2. So in 1240M (638H), a period between Perang Salib ke 6 dan 7, Theobald I of Navarre (French), berkomplot dengan Sultan Salih Ismail. Dia akan tolong Salih Ismail lawan Najmuddin dapatkan Mesir, dan sebagai balasan, Salih Ismail swap dengan beberapa wilayah Islam yang ditawan dari Kristian. Salih Ismail agreed. He surrendered West Bank, Baitul-Laham (Bethlehem) and Gaza.... and the big one, Baitul Maqdis to the Christians. Orang2 Islam bila dapat tahu hal ni, marahlah. Apa pulak pi bersekongkol dengan musuh Islam. So, Syeikh al-'Izz sebagai mufti yang tegas, mengeluarkan fatwa against his own government, iaitu haram bagi umat Islam menjual senjata kepada tentera gabungan Sultan dan Crusaders ni. Dalam khutbah2 dia, dia tidak lagi berdo'a pada Sultan dan macam2 lah kritikan pada kerajaan. Mungkin ada gak SB dok dengar Khutbah tu, ataupun ahli2 parti kerajaan yang panas punggung dengan khutbah Sheikh tu, maka beberapa laporan polis di buat. .......Tak adalah laporan polis, yang tu amalan Kerajaan di Congo sana. Walau macamanapun khutbah yang tak ikut teks dan sangat berunsur politik ni sampai ke pengetahuan Sultan. Sultan amat murka. So, baginda bertitah supaya Sheikh al Izz dilucutkan jawatannya dari mufti dengan serta merta. Ishh...ishhh...zalim betul Sultan ni. Khutbah tak ikut teks pun boleh lucut jawatan. Macam kerajaan Republik Congo jugak. Sultan hantar polisnya untuk menahan Sheikh al Izz. Sheikh al-'Izz kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan. So far, kerajaan Congo taklah zalim sampai tangkap mufti. Paling kuat pun, tak sambung kontrak. Ada bagusnya juga. Setelah menjalani hukuman, Sheikh al Izz dibebaskan. He decided it was time to move on. Kata dia, "Aku tak nak tinggal lagi di negeri Sultan yang zalim ini. Aku nak pi negeri lain." Gitulah, kalau tak suka pemerintah yang zalim, sehinggakan kalau naikkan harga minyak ka, tol ka pun dikatakan zalim..... memang tepatlah cadangan menteri2 Kerajaan Congo, pi lah dok negeri lain...... di Sierra Leonne, barang lebih murah. Biag pi lah kisah kerajaan Congo tu, kita dok cerita pasai kisah hidup Sheikh al Izz nih... Mungkin polis-polis SB Sultan masih dok perati dia. Sekali lagi Sultan dapat tahu. Dia gabra kerana Sheikh al-'Izz ni seorang ulamak yang dihormati dan berpengaruh. Rakyat mungkin akan sided with Pak Sheikh. Pak Sheikh pulak.....tak sengaja tu. Mailah utusan dari Sultan Salih Ismail untuk nego. Kata utusan : Tuan Guru...Sultan hantag saya mai ni nak berbincang dengan Tuan Guru beberapa perkara. Tanya Sheikh : Apa dia tu? Utusan : Sultan titahkan saya untuk offer balik jawatan mufti tu. Tak payah lah kita gaduh2. Sheikh : Chomel tu...dan sempoi. Utusan : Memang chomel dan sempoi Tuan Guru. Tapi..... Sheikh : Ehh...hang ni macam berdrama pulak. Ada tapi-tapi lagi. Apa yang dia nak? Utusan : Sultan mau Tuan Guru tarik balik fatwa tu, dan Tuan Guru pi cium tangan Sultan. Sheikh : Lagu tu sekali? Utusan : Lagu tu lah Tuan Guru....harap2 sempoi gak yang tu. Sheikh : Nih...mai aku nak habag kat hang. Ada yang lagi sempoi dari tu. Utusan : Ada lagi? Sheikh : Ada..... Utusan : Apa dia Tuan Guru? Sheikh : Hang balik pi kat Sultan tu. Hang cakap kat dia, tak payah tunggu aku mai nak cium tangan dia. Kalau dia nak mai cium tangan aku pun, aku tak bagi!! Memang sempoi punya Sheikh. Terkedu utusan tu. Dia pun tak tanyalah pasal fatwa tu, takut kena pelempang pulak. Dia balik repot kat Sultan. Sultan hantar UTK sekali lagi, Sheikh masuk Black Maria. On the first few nights he was kept in a guarded tent, next to Sultan Salih Ismail's. Depa tengah nak perang dengan Najmuddin Ayyub ni. Malam tu sedang Sultan Salih Ismail bersembang dengan Jeneral tentera Kristian di khemahnya, depa terdengar bacaan al Quran dari khemah sebelah. Sheikh lah yang baca tu. Tanya Jeneral Gerard Depardieu : Qui récite le Coran ? (aku reka saja nama tu, sebab sounded French) Jawab Sultan : Itulah al-'Izz Abdussalam. Mantan mufti Damsyik. GD : Le grande Cheikh? Sultan : Oui.. Jeneral GD : MON DIEU!!!! The rest of the conversation adalah dalam bahasa yang lebih mudah di fahami. Sultan : Apahalnya Jeneral? Tak hepi ka? Kita dah eliminate batu penghalang kita. General GD : Salih...Salih....awat hang buat macam tu sekali? Kami ni orang2 Kristian. Kalau ada ulamak kami yang setaraf dengan al-'Izz tu, kami tak kan layan dia macam tu. In fact, kalau lah dia basuh kaki, ayag basuhan kaki dia kami minum! Terkejut berok Sultan. Salah strategi rupanya. Orang Kristian sangat hormat ulamak depa. Memang salah strategi...kerana tak lama lepas tu, tentera2 Najmuddin Ayyub buat pre-emptive strike and routed them. Tunggang langgang the Crusaders balik pi negeri depa. Bebaslah Sheikh Al-'Izz dari tawanan, dan dia berhijrah ke Mesir. Wallahu'alam. Kalau ada salah tarikh atau fakta tu, minta perbetul... Dicedok dari kuliah Ustaz Dr Basit Abdul Rahman dan tambahan dari buku2 sejarah. Next....apa pulak halnya Sheikh al Izz buat haru di Mesir pulak....? Jom kita ikuti Bahagian Kedua. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
23 January 2014
Sultan al Ulama' al-'Izz ibn Abdussalam - Minum Ayag Basuhan Kaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment