Macam besa dengar tajuk cerita kali ni.....kat mana ya? .....I feel it in my fingers, I feel it in my toes. The love that's all around me, And so the feeling grows...... Ooo...sepatutnya, Four Weddings and A Funeral. Hangpa biasa tengok?? Mesti besa punya....cerita romantik tu. Tapi tajuk tu aku terbalikkan sebab ada relate dgn cerita kita pasai Salman. Cumanya bab wedding Salman tu, tak dapat confirm kesahihannya, so aku tak cerita yang tu. Kita cerita the four funerals atau orang putih kata cerita empat kematian sahaja. Sebelum tu kalau rasa blur, mungkin hangpa lompat terus mai sini, tak tau hujung pangkai. Elok baca dari mula, baru kliar. Part 1 Part 2 --------------------------------------------------------------------------------- So jom kita sambung cerita Salman sebagaimana yng dia ceritakan hidupnya pada ibnu Abbas r.anhuma. Maka duduklah Salman dengan pendita Syam yang pada luarannya alim dan wara’ itu. Tapi lama kelamaan dia perasan yang pendita tu dok songlap duit ahli kariah depa. Duit derma tabung gereja dia ambik dan keep for himself. Dia belanja untuk keperluan gereja sikit saja. Tapi Salman diamkan saja perkara tu pasai dia pun orang baru. Dia nak tengok dulu macamana. Walau macamana pun, dia tak dan nak buat apa2 kerana tiba2 pendita tu sakit dan arwah terus. Bawa rahsia dia ke dalam kubog…so it seemed. Maka orang2 kampung pun pakat mai ziarah orang “alim” tok lebai kopiah longgag ni. Salman ambik kesempatan ceritalah kelaku sebenar pendita tu. Bukan dia saja2 nak perburuk orang yang dah mati, cumanya dia nak pulangkan harta depa yang tok guru tu songlap. Lepaih cerita, dia bawak pi ke tempat arwah tu sorok duit. Apa lagi…orang kampong pakat naik angin, ambik jenazah kawan tu, bukan kata nak pi kambuih cepat2, depa pi lempag ke tempat buang sampah! Tu dia aih….bahana tipu orang kampong. Lepaih daripada tu, Salman decided to stay around dan jawatan paderi besar di ambil alih oleh orang alim seterusnya. Salman dapati dia sorang yang benar2 alim dan ikhlas dan tawadhu. Banyak yang dia belajar dari orang tua tu. Inilah yang para ulamak kata, kalau Allah dah nak bagi jalan pada seseorang tu nak dapat hidayah, dia cuma perlu usaha sekuat hati, Allah akan beri kemudahan walaupun nampak macam tak segera hasilnya. Tapi tok guru tu pun, hayat dia tak lama. After a short while he fell ill and nearing death. Lalu Salman tanya dia, “Tok guru, kalaulah taqdirnya tuan guru dah pi nanti, sapalah lagi yang saya boleh jadikan guru?” Kata pendita tu, “Man…...orang macam aku ni tak ramai lagi yang ada. Kalau adapun aku dengar ada la sorang di Mosul. Kalau aku dah mengadap Tuhan nanti, hang pi lah cari dia.” So, it happened. The old man passed on. Salman bungkuih kain baju, merantau pulak ke Mosul. Jauh tu, di Iraq sana. Kalau hangpa masih ingat masa Perang Teluk hari tu, Mosul diserang hebat oleh tentera2 US. Hangpa tengoklah peta bawah ni. |
Tu lah jejak Salman mencari kebenaran dari satu tempat ke tempat, yang akhirnya membawa dia kepada Rasul saw. Cuba kira berapa ribu kilometer dia mengembara? Kita dulu, memang lah ada juga sesetengahnya merantau sampai ke New Zealand, US dan Jepun jugak, cari ilmu. Tapi agak2 cari benda yang sama tak dengan dia? Lu pikir la sendiri……!! So, dia sampai di Mosul dan jumpa orang alim yang dimaksudkan Tok Guru dia dulu. Tua juga orang tu. Tapi dia belajar sokmo…pasai tak jumpa lagi yang dicari. Sama juga endingnya, tak lama lepas tu Tok Guru No 2 pun jatuh sakit dan nazak. Dia tanya soalan yang sama, “Tok guru, kalaulah taqdirnya tuan guru dah pi nanti, sapalah lagi yang saya boleh jadikan guru?” Jawapan Tok Guru No 2 tu pun sama jugak, “Man…...orang macam aku ni tak ramai lagi yang ada. Kalau adapun aku dengar ada sorang di Nasibin. Kalau aku dah mengadap Tuhan nanti, hang pi lah cari dia.” Tok Guru dia pun pejam mata, maka Salman pun pejam mata, merantau lagi. Ke Nasibin lah mencari Tok Guru No 3. Nasibin ni di Wilayah Barat Iran, halfway antara Mosul dan kampung asalnya di Isfahan. Tak payah cerita panjang, skrip dia sama saja. Tok Guru No3 tak dan lama pun arwah. Memang depa ni orang2 tua sangat. Sebab tu depa masih dapat warisan ajaran Nabi Isa as yang asal. Tok Guru No 3 sempat pesan, pi lah cari sorang yang sama alim dengan dia di Amuriya. Maka setelah dia meninggal, Salman pun pi lah pulak ke Amuriya. Tempat ni di Daerah Anatolia , Central Turkey. Di kawasan Byzantine Empire. Begitulah nekad dia nak cari kebenaran, memang Allah dah gerakkan hati dia. There must be something….but I have not found it yet. Maka sempatlah dia belajar dengan TG No 4 selama beberapa tahun, dan after a while yang tu pun nak meninggal juga. Salman tanya soalan yang sama, “Tok guru, kalaulah taqdirnya tuan guru dah pi nanti, sapalah lagi yang saya boleh jadikan guru?” Tapi kali ni Tok Guru dia jawab, “Man…..orang macam aku ni setahu aku dah tak ada.” That’s it! The wise people are no more! Terdetik hari Salman, dia belum habis belajar, tapi orang2 alim dah tak ada. Apa yang dia nak buat la ni? Kita pulak bagaimana kalau dah sampai keadaan macam tu? Amat mengerikan. Kerana ia bermakna kiamat sudah hampir!!! Tapi untuk Salman, pendita tu menyambung, “ Tapi, mengikut apa yang aku pelajari, sekarang dah tiba masa seorang Nabi baru akan diutuskan.” TINGGGG!!!! Satu berita yang memang ditunggu2 oleh Salman. Dia punya la syok bukan main. “Mana saya boleh cari dia Tuan Guru? Habag mai lekaih....” “Aku tak pasti dia ada di mana la ni…..tapi orang tua dulu2 habag, dia akan berhijrah ke satu kawasan yang banyak pohon kurma.” Pohon kurma? Tang mana pulak ni….? Juga tok guru dia kata, Nabi baru boleh dikenali dengan beberapa tanda. 1. Dia tidak menerima sedekah. 2. Kalau hadiah dia terima. 3. Ada tanda kenabian di antara kedua bahunya. TG No 4 tak cerita lebih lanjut sebab lepas tu dia pun meninggal. Maka tinggallah Salman menunggu2 kedatangan sesiapa saja yang sanggup bawa dia pi ke kawasan yang diceritakan gurunya yang terakhir itu. Tunggu dan tunggu dan tunggu.................... Bersambung Part 4 …… |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
01 October 2013
Salman al Farisi r.a. (Part 3) - Four Funerals and a Wedding
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment