06 October 2013

Salman al Farisi r.a. (Final) - Bangla of Madinah

Ini sambungan dari Part 4.

Hari ni kita perabih siri penuh keinsafan sahabat besar Nabi SAW ni...

Macam besa, 
kalau baru baca cerita ni, hangpa bacalah dari Part 1 , supaya jelas hujung pangkai.

-----------------------------------------------------------------------

Malam tu Salman pun pelan-pelan keluar.

Dia sampai di Quba dan terus pi ke kawasan perkhemahan Nabi SAW dan para sahabat.
Lalu dia terus duduk di depan Nabi SAW.

Tak taulah apa perasaan dia masa tu.

Kalau kita dapat duduk beradap dengan PM ka, Agong ka, TG Nik Aziz ka, Ronaldo ka, Angelina Jolie ka,….confirm gabra.
Cakap pun gagap semacam, tambah2 kalau dengan AJ…

Ya lah....Masing2 kita ada hero kita sendiri.
Yang kita idam-idamkan untuk berjumpa.

Tapi, bukan aku nak bandingkan depa semua dengan Nabi SAW.
Jangan silap faham........
Sebab tidak terbanding Rasulullah SAW, kekasih Allah, dengan semua manusia.
Cuma nak bagi contoh supaya senang faham....boleh kot?

 Jadi, begitulah Salman.
Setelah jalan beribu batu.
Setelah dikhianati dan diperhambakan.
Dia dah jumpa orang yang dia cari-cari selama ni.

Dia tak lupa bawa makanan masa mai tadi.
Lalu dia hulur kepada Nabi SAW.
“Silakan Tuan makan. Saya dengar tuan pun baru sampai di sini. Jadi terimalah SEDEKAH dari saya.”
Dia stress part SEDEKAH tu.

Maka Nabi SAW pun ambil makanan tersebut dan panggil sahabat2 baginda.
“Nih kawan kita bagi. Kamu semua makanlah” kata Nabi SAW.
Baginda sendiri tak makan.

Tanda pertama dah confirmed!
Salman dah excited. Dia minta diri.
Sat lagi kot-kot kena pelempang lagi, dok merayau malam-malam.

Selang beberapa hari, Salman mai lagi ke Quba menziarahi Nabi SAW dan sahabat2 baginda.
Dia bawa makanan juga. Dia kasi pada Nabi SAW.

“Makanlah Tuan sedikit makanan ni. Saya HADIAH kan pada Tuan.”
Dia stress part HADIAH tu.

Maka Nabi SAW pun ambil, dan panggil sahabat-sahabat baginda untuk makan.
Kali ni Nabi SAW pun makan sama.

Tanda kedua dah confirmed!
Salman bertambah excited. Dia minta diri dan janji akan mai ziarah lagi.

Lama dia tak kunjungi Rasul SAW.
Sehinggalah baginda menetap di Madinah.
Kemudiannya dia mai pada satu hari ketika baginda baru selesai menguruskan jenazah.

Masa tu Nabi SAW memakai dua helai pakaian, satu di badan dan satu menutupi bahunya.
Salman pun intai-intailah dari belakang. Terjengket-jengket.
Dia nak tengok tanda terakhir tu, yang betul2 confirm kata2 tok guru dia.

Nabi SAW tahu apa yang Salman dok cari,
so baginda turunkan kain yang menutup bahu baginda.
Maka terserlah lah tanda kenabian seperti yang di describe oleh tok guru dia dulu.

Salman tak tau nak buat macam mana.
He was overcame with emotions.
Dia peluk Nabi SAW dari belakang dan dia kucup tanda tersebut.
Salman terus menangis teresak-esak.
Ayag mata menderu kegembiraan.

Nabi saw tak lah pelempang dia. Buat gheyoh dalam majlis kematian.
Kata Nabi saw, “Marilah ke depan sini.”

Salman moved to the front, mengadap Nabi SAW.
Nabi SAW peluk dia dan berkata, “Siapa kamu ni? Ceritakan sedikit kepada kami.”

Maka berceritalah Salman al Farisi kisah perjalanan dan pengembaraannya bertahun-tahun, beribu2 batu, sehingga menjadi seorang hamba kepada Yahudi, semata2 mencari manusia yang bergelar Rasulullah SAW.

Setelah habis cerita, Nabi SAW berkata kepada Salman, “Kalau macam tu. Merdeka kanlah diri kamu dan duduklah bersama kami.”

Salman mohon untuk bertanya kepada tuannya, Yahudi toke kurma tu.
So dia balik.

Dia pun cerita kat tuan dia, yang dia nak dimerdekakan.
“Mana boleh…” Salman ayam tambatan dia.
Mana ada free transfer?

Tuan dia kata, “Hang boleh merdeka dengan syarat hang bayar compensation. Hang bagi aku 300 pokok kurma dan 40 ounce of gold.”

Tu dia aih! Macam tak nak bagi saja. Release clause dia tinggi.
Mengalahkan Premier League.....lawak saja tu.

Orang merdeka pun tak dak harta banyak tu, inikan pula seorang hamba.
Maka pi lah Salman kepada Nabi SAW menceritakan predicamentnya.

Nabi SAW pun berpaling pada sahabat2 baginda, “Nih kamu semua. Sahabat kita ni ada masalah. Tuan dia minta dia 300 pokok kurma dan 40 auns emas sebagai tebusan. Mai kita pakat tolong dia setakat yang mampu.”

Maka para sahabat pakat balik, pi kebun kurma depa, kutip benih kurma, apa yang depa ada, bawak mai.

Ada yang bawa 5, ada yang bawa 10, ada yang bawa 20.
Akhirnya cukup 300.

Begitulah….rupa-rupanya kita pun ada juga mengambil semangat cerita Salman ni.
Bila menderma pakat bagi sorang sikit, takat yang mampu dan ikhlas.
Ikutlah kemampuan masing2. kadang2 30, ada yang 50, ada yang 100.
Semuanya dengan niat utk menolong orang yang memerlukan.

Tapi kelebihan para sahabat ialah, Salman orang asing.
He was the Bangla version of Madinah.
Dia bangsa Parsi. Sahabat yang lain, almost all bangsa Arab.
Namun depa tak kira. Yang pasti, Salman saudara seagama.

Mungkin lepaih ni kita dapat view rakan-rakan Bangla kita differently pulak.

Seterusnya, Nabi SAW kata pada Salman, “Nah 300 benih kurma, kamu balik dulu. Kemudian korek 300 lubang. Dah siap, panggil aku. Jangan tanam lagi.”

Salman pun balik ke dusun tuannya dan buat seperti yang disuruh.
Dah siap dia pun panggil Nabi SAW ke dusun.
Nabi saw mai dan baginda yang tanam benih2 tu.

Selalunya rate of survival utk anak pokok kurma tak lah tinggi.
Sama gak dengan pokok mata kucing ka, pokok getah ka, serai ka.
Nak dapat 100% hidup memang tak adalah.
Salman pun ada ngam-ngam 300 saja.

Tapi dengan berkat Nabi SAW, semua benih hidup dengan subur.
Salman jaga dengan sebaiknya.

Oleh kerana itu dia miss perang Badar dan perang Uhud.
Pasai dia belum lagi merdeka.

Setelah membesar beberapa tahun, dia pun serahkan pokok2 kurma tu pada tuannya.
Separuh dari release clause dah kaotim.
La ni nak tunaikan separuh lagi.
Mana nak cari emas seberat 40 ounce ni?

Sekali lagi dia pi berjumpa Nabi SAW. Nabi dah tahu tujuan kedatangan Salman.
Nabi SAW tanya pada para sahabat, “Ada sesiapa di Antara kamu semua yang ada emas seberat 40 auns…? “ Masa tu unit dia bukan ounce lah….tak ada cerita apa unit sebenarnya.

Maka muncullah seorang sahabat membawa seketul emas yang baru ditemui.
Kecik saja. Tak nampak macam 40 auns pun.

Nabi SAW pun bagi pada Salman, “Nah! Kamu bagi kat tuan kamu. Insha Allah hutang kamu pada dia akan tertunai.”

Salman tengok saja…..haluih saja emas ni. Boleh kaotim ka?

Tak apa, dia yakin dengan kata2 Nabi SAW. Dia bawa balik.
Dia bagi kat tuan dia untuk timbang.

NGAM-NGAM 40 AUNS!

Subhanallah….
Kata Salman pada ibnu Abbas r.anhuma, yang dia sedang ceritakan kisah dia ni…
”Kalaulah tuan aku tu minta emas seberat Gunung Uhud, nescaya timbangan emas itu akan menjadi seberat Gunung Uhud.”

“ Dah….hang boleh pi melingkop!”
Begitulah agaknya kata2 tuan Yahudi Salman tu, kalau P.Ramlee yang buat filem.

Maka dengan itu, dengan rasminya bebaslah Salman al Farisi r.a. dari perhambaan.
Dengan gembiranya dia pi menemui Rasulullah SAW dan join para sahabat yang lain.

The rest shall we say, was history.....as Salman kemudiannya memainkan peranan penting dalam peperangan Khandak/Ahzab, yang kita semua belajar masa Form 4 dulu.

Begitulah berakhirnya cerita pengembaraan mencari kebenaran Salman al Farisi r.a.
Semoga kita semua mendapat sedikit iktibar dan keinsafan.

Salah silap harap perbetoi.
Wallahu’alam.

No comments: