Ini Part 4, elok baca Part 1, Part 2 dan Part 3 dulu. Kalau tak gelong jugak rasanya. Kalau rasa tak gelong, jom kita sambung. Semasa di Amuriya Salman bekerja dan dengan itu dapatlah dia sikit duit. Dia simpan, dia beli kambing, lembu dan sebagainya. So, dia adalah sikit harta. Tidak lama kemudian mai lah suatu kabilah Arab berniaga di Amuriya. Inilah kesempatan yang dinanti2kan oleh Salman. “Bang…boleh tumpang bila abang balik nanti?” “Kok harus dibayar ongkosnya…..enggak ada khidmat gratis.” “Tak apa….saya ada kambing, ada lembu, boleh terima?” “Kalau begitu bisa diurus dong….ayuh. Kami sudah mahu berangkat.” Dapatlah Salman tumpang pi ke Semenanjung. Semenanjung Tanah Arab lah. Dia dah terbayang2 akan berjumpa Nabi yang baru muncul tu. Depa sampai di satu tempat bernama Wadi al Qura. Banyak pokok kurma di sana. “Inikah tempat yang dimaksudkan?” But it was not to be. Mamat2 yang bawa menumpang dia tadi main kotor. Depa bukan saja ambik kambing dan lembu dia, depa juai Salman kepada seorang Yahudi. Tu dia. Susahnya perjalanan hidup Salman, untuk hanya mencari sebuah kebenaran. Bukannya merantau nak cari duit hantag balik kampong. Bertukar kehidupan dia dari seorang yang terhormat, anak seorang hartawan di Isfahan kepada seorang hamba, jauh beribu batu dari keluarga, dan tidak berjumpa apa yang dihajati. Apakah Allah akan membiarkan hambaNya yang ikhlas mencari hidayah? Sudah tentunya tidak. Setelah beberapa lama, tibalah seorang pedagang Yahudi dari Bani Qurayzah ke Wadi al Qura tu. Dan Salman pun dijualkan kepada Yahudi ni. Kekadang kita terpikiag, awatlah Allah timpakan kita dengan berbagai musibah. Allah tak sayangkan kita ka? Sedangkan kita ni hamba yang ta’at? Inilah yang dapat kita pelajari dari kisah Salman ni. Dia punyalah usaha untuk mencari Allah, Allah timpakan dia dengan macam2 musibah. Lepas satu….satu. Rupa2nya Allah dah rancangkan dia untuk semakin mendekati matlamatnya. So, kita pun, bila Allah “buat” kita koi susah dalam proses membuat sesuatu perkara, mungkin Allah sebenarnya nak bagi jalan kejayaan kepada kita. Taqwa itu penting. So, Salman di bawa oleh Yahudi Bani Qurayzah balik ke kampungnya. Mana lagi, kalau bukan Madinah…..masa tu namanya masih Yathrib. Kita pun tahu ada 3 kaum Yahudi di sana masa tu. Bani Qurayzah, Bani Nadir dan Bani Qaynuqa’. Elok2 sampai saja di Madinah, Salman merasa sungguh teruja. Terbentang di depan matanya, orchards upon orchards of date plantations. Kurma sokmo. Inilah tempat yang dimaksudkan tok gurunya. Dia dah sampai! Nanti kawan2 kita yang nak pi haji/umrah…. bila sampai Madinah, jangan ingat nak beli kurma saja, walaupun situ kurmanya memang banyak dan good varieties… Tapi bila masuk ladang kurma tu, ingatlah Salman. Ingatlah perjalanan perit dia dari Isfahan, ke Syam, ke Mosul, ke Nasibin, ke Amuriya, kena jual jadi hamba…. hanya untuk mencari seorang Nabi yang berhijrah ke kawasan pokok kurma itu. Nabi Muhammad saw, junjungan kita, kekasih Allah swt. Kita naik Boeing, naik Airbus, makan nasi terhidang, tidur hotel aircond…..dapat juga sampai ke bumi ladang kurma ini. Maka berkhidmatlah Salman dengan Yahudi tersebut menjaga kebun kurmanya. Sehinggalah pada suatu hari, sedang dia dok ataih pokok kurma , tiba2 berlari mai seorang sepupu Yahudi tu… “Habislah kita….habislah kita!” jerit mamat tu. “Awat hang ni? Awat ni?” kata tuan Yahudi dia, yang masa tu duduk di bawah, sambut buah kurma yang Salman dok petik. “Moga Allah hancurkan Bani Quba”, Yahudi pun guna kalimah Allah juga. “ Depa dok bawak cerita seorang Nabi baru sampai dari Mekah. Habislah kita.” Salman terus naik seram sejuk. Perasaan gembira bercampur terharu terus mai menerkam dia. Menggigil dia pegang pelepah kurma. Sedag2 saja, dia dah turun. Punyalah kalut, nyaris2 jatuh atas tuan dia. “Hoih! Awat hang ni? Macam pelesit.” Tuan dia tengking. “Maafkan saya tuan….tadi sepupu tuan kata ada Nabi baru sampai dari Mekah. Betul ka?” “Apa hang dok gaduh sangat ni?! Bukannya ada sangkut paut dengan hang pun….” PELEMPANG!! Tuan dia bagi dia sebijik! “ Dah, naik balik. Perabis kerja tu!” Salman pun ghagaih balik pokok kurma tu…tak rasa sakit pun, pasal dia dah terlalu excited dengan berita gembira tu. Malam nanti, bila habis kerja, dia akan ghodong pi Quba.. Bersambung ke Part 5 .... yang ni last Insha Allah ps. Kalau tak faham ghagaih, ghodong tu menatang apa, pi lah ke Glosari Bahasa Kedah . |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
05 October 2013
Salman al Farisi r.a. (Part 4) - Jadi Hamba Yahudi
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment