Mai sambung lagi... Elok baca Part 1 dulu, kalau hang tak baca lagi. Salman masuk ke dalam gereja tersebut dan mendapati orang-orang Nasrani sedang beribadat. Menurut pendapat ulama sebenarnya depa ni adalah ahlul kitab yang mengamalkan ajaran Nabi Isa as, yang masih ada di sekitar tanah Arab, Asia Minor dan Eastern Europe. Salman yang selama ni tak pernah didedahkan dengan amalan selain dari menyembah api pun curiouslah dengan cara ibadat depa yang berbeza, so he stayed around dan pecah gebang dengan depa. Depa habag kat dia yang ugama depa berasal dari Tanah Syam….or Levant. Dulunya dibawa oleh seorang Nabi. La ni di Syam sana ada lagi orang2 alim ugama. Interesting… Dia tertarik dengan ugama ni. Cara ibadat depa, kepercayaan depa dll. Maka seharianlah dia duduk di situ ambik tahu hal ugama baru ni. Banyak lah yang depa sembang, sampai lupa tugas yang ayah dia suruh buat. Dekat2 Maghrib baru dia teringat.. “Alamak!...Lupa lah…” Salman tepuk dahi. Tapi pasai dah lewat sangat dah, dia kensel sendiri tugasan tu. Dia teruih balik rumah. Dia sampai-sampai saja di rumah, ayah dia teruih tanya, “Hang pi mana tadi Man? Kelang kabut ayah cari. Ayah hantag orang pi tengok hang di tempat kerja tadi, depa kata hang tak dak.” “Sori lah ayah, Man tadi singgah tengah2 jalan tadi. Sangkut tang tu.” “Hang singgah tang mana? Sampai lupa habih kerja.” “Tak taulah tempat nama apa, tapi ada orang dok sembahyang. Tapi tak macam kita.” Lalu dia pun describe lah cerita dia dengan orang2 Nasrani tadi. Akhirnya dia kata, ugama depa tu lebih bagus pada pandangan dia. Tokojut orang tuo dio! Mana taknya, seumur hidup tak kenai ugama lain, tiba2 satu hari saja dah boleh murtad. “Awat hang jadi macam ni Man? Tak boleh lagu tu. Depa tu sesat.” Tapi Salman dah tak boleh di turned over, dia dah nekad nak ikut agama Nasrani. Ayah dia dah mati akai, “Kalau macam tu Man, ayah tak bagi hang keluag dari rumah ni.” Maka Salman pun dikurung di rumah dia. Tak boleh pi mana dah. Tu lah yang kata over-protective. Ada side-effect nya. Aku pun dulu dengar cerita dari seorang ustaz universiti tempatan, ramai students yang tergelinciag bila masuk universiti. Tapi yang ramai jadi kaki clubbing, minum arak, bergaul bebas ni…..asalnya budak2 sekolah agama. Depa masa sekolah agama dulu, macam2 tak boleh buat, terlalu banyak peraturan. Tapi bila dah masuk uni, tak dak rules, tak dak mak bapak, lagi haru dari budak2 yang tak pi sekolah agama. Depa tak ada awareness of the real world. Bila dah keluar dari environment sekolah agama, jadi rebel, teruih buang semua. Tapi dalam cerita Salman ni, Allah nak memandukan dia kepada hihayah. Ayah dia yang over-protective tu adalah salah satu asbabnya, Anyway, walaupun dikurung, Salman managed to secretly sneak-out a message. Dia habag kat orang2 gereja, kata kalau ada rombongan nak pi ke Syam habag mai kat dia. Dia nak ikut. Maka sampai lah satu hari ada rombongan dagang mai dari sana. Salman was informed. This was his chance. Dia cabut dari rumah dia. Dan join orang2 Syam balik negeri depa. Sesampainya di Syam dia terus minta ditunjukkan orang paling alim di sana. Dia nak mendalami ugama baru ni. Maka dia dibawa kepada seorang paderi tua. Orang yang paling alim dan warak di kalangan mereka. But the bishop was not as he seemed to be..... Sambung ke Part 3 pulak.. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
29 September 2013
Salman al Farisi r.a. (Part 2) - Sehari Boleh Tukar Agama
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment