Kalau sebut nama Salman al Farisi r.a., kebanyakan kita akan terus terbayang sahabat Nabi saw yang femes dengan idea dia untuk menggali parit pada peperangan Khandak atau juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Tapi ada beberapa lagi riwayat kehidupan dia yang tidak kurang menariknya yang elok kita tahu. Hari ini aku nak kongsi kisah bagaimana Salman al Farisi mencari kebenaran. Ia adalah suatu pengemberaan yang mengkagumkan dan menginsafkan. Cerita ini terdapat dalam kitab hadis Majma' al Zawa'id susunan Imam ibn Hajar al Haitami rh. Ia adalah sebagaimana yang Salman ceritakan sendiri kepada Abdullah ibnu Abbas r.anhuma, sepupu Nabi saw. Sebagaimana yang kita sedia tahu, Abdullah ibn Abbas ( atau lebih dikenali sebagai ibnu Abbas r.a. sahaja), hanyalah seorang budak kecik di Madinah. Dia sering mengikuti Rasul saw dan para sahabat, mendengar Quran dan hadis, dan bersembang2 dengan para sahabat tentang kisah hidup depa. Salah seorang yang menceritakan pengalaman hidupnya kepada ibnu Abbas ialah Salman lah. Ini ceritanya……. ------------------------------------------------------------------------------- Salman al Farisi menceritakan dia dilahirkan di sebuah kampung berhampiran Isfahan, Iran. Dia berbangsa Parsi lah…sebab tu namanya Salman al Farisi. Bukan sebab dia lahir kat Paris…….hangpa jangan lah buat malu orang kampong. Ayahnya ialah seorang ahli agama yang dihormati di kampungnya. Depa ugama Majusi (Zoroastrian)….penyembah api. La ni masih ramai lagi orang Majusi, tapi depa kebanyakannya di India. Dan, the most famous Zoroastrian yang hangpa semua paling kenai ialah.....mamat ni. |
Betoi tu, nama asal dia ni ialah Farouk Bursala, dari keluarga Zoroastrian di Gujerat, India sana. Patutpun ada rupa-rupa Salman Khan. Dia meninggal sebagai apa.....Wallahu'alam. Ok, jom balik ke cerita kita, Ayah Salman ni macam Tok Siak kampung lah. Kerja dia menjaga tempat ibadat di situ. Sebenarnya kerja dia menjaga api supaya sentiasa menyala. Jangan kasi padam. Sebab itu perkara besar dalam agama depa. Kalau padam, kira berdosa besagla kot bagi depa. So, bila Salman dah besag sikit, ayah dia pun handed-down the duty to Salman. Maka jadilah Salman, the keeper of the fire. Salman ni, ayah dia cukup sayang. Punyalah sayang sampai jadi over-protective. Samalah dengan kita kot. Kita pun kalau anak yang rajin tolong kita, sama-sama kongsi kegemaran kita, sokong team bola kita, kita pun sayang lebih gak kan? So protective ayah dia ni, sampai dia tak bagi Salman pi mana langsung. Takut sat lagi jatuh masa ghabat pokok ka, kena senegheh moto ka, kena ketit tebuan ka, atau apa-apa sajalah perkara yang akan menyakiti anak dia tu. Yang Salman perlu buat hanyalah jaga api supaya jangan padam. Tapi Salman pun tak lah rasa terkurung ka, terpaksa ka buat kerja tu. Memang dia suka buat kerja tu. Tolong ayah dia. Kalau kata weekend kawan2 nak ajak main futsal ka, lepak di OU ka, tengok bola kedai mamak ka..…jangan dok harap. Memang dia tak tau semua tu. Dia pun tak terasa nak jengok apa yang ada di luar sana. Dunia dia hanyalah ayah dia dan Tuhan api depa. Sehinggalah nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ayahnya agak sibuk dengan urusan lain, dia terpaksa menyuruh Salman untuk pi tengok pembinaan sebuah bangunan yang ayah dia sedang buat. Ayah dia ni kira orang berduit jugaklah. So ayah dia suruh pi tengok kemajuan kerja kontraktor kot….. Kerja ok ka, permit ada ka, atau dok kena pau dengan orang2 bandaran ka…dsbnya. So, buat pertama kalinya Salman melangkah keluar dari kawasan yang dia familiar sepanjang hidupnya, ke dunia luar. He was an innocent child out in the world. Ini adalah pengalaman baru bagi Salman. Dengan taqdir Allah, ada sebuah gereja Kristian yang terletak di jalan antara rumah dia dan bangunan yang baru dibina tu. Dan apabila Salman melalui tepi gereja tersebut….……dia terdengar sesuatu. Bersambung Part 2.... Insya Allah |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
28 September 2013
Salman al Farisi r.a.(Part 1) - The Keeper of the Fire
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment