05 July 2011

Imam al-Laith Ibn Sa'ad_Aku Tidak Setuju



Sya'aban telah datang lagi.
Marilah kita merenung suatu kisah yang menggambarkan betapa hebatnya budi-pekerti dan adab ulamak2 silam.

Antara catatan sejarah di bulan yang mulia ini ialah lahirnya seorang ulama dan fuqaha besar Imam al-Laith Ibn Sa'ad rh di Mesir pada pada tahun 94 Hijrah iaitu 84 tahun setelah kewafatan Nabi saw.

Beliau meninggal dunia pada bulan Sya'aban juga iaitu pada tahun 175 Hijrah.

Imam al-Laith adalah seorang Tabi' tabi'in (pengikut kepada pengikut), iaitu dia tidak sempat berjumpa dengan sahabat Nabi saw....hanya sempat belajar dari para Tabi'in yang belajar dari para Sahabat.

Dia sebaya dengan Imam Malik bin Anas rh yang lahir di Madinah pada tahun 93 Hijrah.

Mereka berdua menjalinkan persahabatan semasa Imam al-Laith mengerjakan haji dan singgah di Madinah pada tahun 113 Hijrah.

Oleh kerana Imam al-Laith menetap dan mengajar di Mesir, manakala Imam Malik seluruh usianya dihabiskan di Madinah, terjadi suatu peristiwa di mana al-Laith mengeluarkan beberapa fatwa yang tidak selari dengan apa yang diajarkan oleh Imam Malik.

Lalu Imam Malik menulis surat kepada al-Laith menyatakan ketidaksetujuannya kepada fatwa2 yang dikeluarkan oleh al-Laith.

Inilah jawapan Imam al-Laith dalam suatu surat yang panjang seperti yang dicatatkan di dalam buku
The Ethics of Disagreement in Islam oleh Dr Taha Jabir al Alwani;

Kata Imam al-Laith,

"Dari suratmu yang aku telah terima, aku gembira mengetahui engkau dalam keadaan sihat wal'afiat. Moga2 Allah mengekalkan kesihatanmu supaya dengannya engkau sentiasa diberi kemudahan untuk beribadat kepada Allah.
Moga2 juga Allah merahmatimu dengan nikmat yang melimpah ruah.

.........Aku tahu engkau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang telah aku tetapkan untuk orang2 Mesir yang tidak selari dengan amalan orang2 Madinah.

Engkau juga telah mengingatkan aku supaya bimbangkan tentang keselamatan diriku (yakni takutkan azab Allah) dan supaya orang2 Mesir kembali beramal sepertimana orang2 Madinah, tempat di mana Nabi saw telah berhijrah dan ayat-ayat al-Quran diwahyukan.

Semua yang engkau tulis itu Insya Allah benar belaka, jadi aku harap jawapan aku ini juga akan menyenangkan engkau.

Percayalah, antara orang2 yang telah Allah kurniakan ilmu, tidak ada orang yang lebih membenci fatwa2 yang pelik dan bercanggah dengan kehendak agama selain aku.

Dan akulah juga orang yang lebih suka untuk mengambil panduan dari orang2 Madinah terhadap semua perkara yang telah kita semua sepakati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan dan Pemilik sekelian Alam. Tiada sekutu baginya."


al-Laith kemudiannya menyenaraikan beberapa perkara yang dia berbeza pendapat dengan Imam Malik dan amalan2 penduduk Madinah.

Dia menerangkan bahawa para Sahabat yang telah dididik oleh Nabi saw telah menyebarkan Quran dan Sunnah di merata ceruk dan akhirnya Islam sampai ke tempat2 yang jauh dari Madinah, yang mana selepas zaman Sahabat berlalu, generasi yang kemudiannya telah berbeza pendapat dalam banyak perkara.

Dia mengambil contoh beberapa perkara yang dia tidak setuju dengan Rabi'ah bin Abi Abdul Rahman rh.... seorang Tabi'in yang lebih masyhur dengan nama Rabi'atul Ra'iy.

Walaupun dia tidak setuju dengan pendapat2 Rabi'ah, al-Laith sebaliknya berkata;

" Walaupun begitu, ALhamdulillah, Rabi'ah adalah seorang yang Allah kurniakan dengan bermacam2 kelebihan.

Dia mempunyai pemikiran yang tajam, bijak berkata2 dan fasih dalam penghujahannya.
Dia mempunyai budi pekerti yang luhur serta seorang yang sangat beradab.
Dia juga benar2 cintakan seluruh umat Islam terutamanya kami semua.

Moga2 Allah merahmatinya, mengampunkan dosa2nya dan membalas jasanya dengan pahala yang banyak."


Kemudiannya al-Laith mengemukakan pula beberapa perkara yang dia tidak sependapat dengan Imam Malik seperti menjamakkan Maghrib dan Isyak kerana hujan, melewatkan pembayaran maskahwin dan lain2 serta mengemukakan hujah2nya pula.

Semuanya adalah perbahasan fiqh yang detail yang tak perlu diceritakan di sini.

Di akhir surat tersebut Imam al-Laith menutupnya dengan menulis;

"Banyak lagi perkara yang tidak dapat aku bincangkan di sini.

Aku berdo'a moga2 Allah memberi kejayaan kepada engkau dan mengurniakan engkau umur yang panjang.
Ini ialah kerana aku berharap ramai manusia dapat mengambil menafa'at dari usiamu yang panjang itu ;
dan juga kerana aku bimbang umat ini akan hilang sesuatu yang amat berharga sekiranya engkau meninggalkan kami nanti.

Walaupun kita berjauhan, namun hatiku sentiasa terasa dekat padamu.
(walaupun nampak romantis....He really did say this! It shows how much they love and respect each other)

Inilah rasa hormat dan sanjungan aku terhadapmu.

Janganlah berhenti untuk menulis pada aku lagi.
Ceritalah kepadaku mengenai keadaan dirimu, anak2 dan keluargamu.

Ataupun sekiranya ada apa2 yang aku boleh bantu untuk meringankan kehidupanmu atau sesiapa saja yang engkau hendak aku bantu, khabarkanlah.
Insya Allah aku akan sentiasa merasa senang untuk berkhidmat kepadamu.

Di waktu aku menulis surat ini, kita semua berada dalam kesihatan yang sempurna. Marilah kita pohon supaya Allah sentiasa menjadikan kita hamba2Nya yang sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat yang telah Dia berikan dan Allah terus-menerus mengurniakan nikmat kepada kita semua.

Wassalaamua'laika Warahmatullah."



Sekian. Semoga mendapat sedikit menafa'at.
Wallahu'alam.

No comments: