Sempena Ramadan al Mubarak yang akan menjelang tiba tidak berapa lagi ni, marilah kita cuba perhatikan bagaimanakah Ramadan di sambut satu ketika dahulu. Gambaran ini dirakamkan di dalam Kitab Rihlah Ibn Jubair (Pengembaraan Ibn Jubair) yang bermula pada tahun 1183 Masihi (578 Hijrah) dari Granada ke Afrika Utara, Mesir, Semenanjung Arab, Armenia, Turki, Itali, Sicily, Cyprus dll. Ia diterjemahkan ke dalam English oleh Roland Broadhusrt.. ..tak sure versi BM ada ke tidak. Nama penuh Ibn Jubair ialah Abu al Hussain Muhammad ibn Ahmad ibn Jubair al Kinani, dilahirkan di Valencia, Sepanyol pada tahun 1145M (539H) dan meninggal pada tahun 1217M (612H). Dia mendahului Ibn Batuthah yang mengembara 2 kurun kemudian. Gambaran yang dirakamkan ini menunjukkan dengan secara terperinci akan kepelbagaian mazhab yang diamalkan ketika itu. Samada kita setuju atau tidak pada hari ini, ia bukanlah perkara pokok yang nak dipelajari dari rakaman peristiwa ini. Ini cerita pengalamannya. ..... ------------ --------- --------- --------- ------------------- Terserlah anak bulan 1 Ramadan 579 Hijrah pada malam Isnin bersamaan 19 Disember 1184, moga-moga Allah meliputi kita dengan rahmat dan keadilanNya; dan menerima solat dan do'a kita di sepanjang bulan ini. Namun begitu penduduk Makkah dari golongan 'Aliyyun (ataupun Fatimiyyun.. ..iaitu yang cenderong kepada Daulah Fatimiyyah berpusat di Kaherah), telah mula berpuasa pada hari Ahad dengan beri'tiqad bahawa 1 Ramadan telah jatuh pada hari syak....(ie 30 Syaaban) Allah lah yang lebih mengetahui hakikat yang sebenarnya. Pada bulan ini Masjidil Haram sungguh meriah dengan pelbagai acara. Permaidaninya ditukar baru, lampu-lampu dari lilin, obor dan segala macam pelita diperbanyakkan sehingga menjadikan masjid yang mulia ini dilimpahi cahaya yang gilang-gemilang. Para imam mengaturkan jemaah dalam beberapa kumpulan untuk melaksanakan solat tarawih. Mazhab Shafi'e mendapat keutamaan di dalam memilih suatu ruang di antara ruang-ruang yang banyak di sekitar Masjidil Haram ini. Ini diikuti oleh mereka dari mazhab Hanbali, Hanafi dan Zayyidi yang memilih sudut masing-masing. Namun begitu golongan Maliki nampaknya adalah kumpulan yang paling besar tahun ini. Mereka dipimpin oleh 3 orang qari yang menjadi imam secara bergilir-gilir. Mereka juga mempunyai lebih banyak lampu dan lilin yang dihadiahkan oleh saudagar-saudagar Maliki yang telah berlumba-lumba untuk menginfaqkan lampu-lampu ini. Dua lampu yang terbesar seberat satu qintar (50kg) setiap satu diletakkan di hadapan mihrab mereka, manakala lilin-lilin yang kecil dan sederhana besar mengelilingi lampu-lampu ini. Dengan itu sudut yang digunakan oleh orang-orang Maliki dipancari cahaya yang terang benderang lalu menjadikan setiap hadirin yang melihatnya terasa teruja dan tertawan. Tidak ada satupun ruang atau arah di masjid ini yang tidak dipenuhi oleh kumpulan-kumpulan yang mendirikan solat. Masjidil Haram bergema dengan bacaan para imam. Mata-mata melihat pemandangan yang indah mempesona, dan telinga-telinga mendengar alunan suara yang menggetar jiwa dan menusuk kalbu. Imam dari kalangan Shafi'e adalah lebih memperhalusi dalam tarawihnya. Apabila telah dihabiskannya 10 raka'at maka berbunyilah cemeti untuk menandakan waktu rehat lalu merekapun tawaf mengelilingi Ka'abah sebanyak 7 pusingan. Selesai sahaja tawaf, bunyi libasan cemeti menandakan tarawih akan disambung semula. Lalu merekapun kembali ke dalam solat. Tetapi kali ini mereka akan tawaf setiap satu salam. Hinggalah mereka melengkapkan 10 raka'at tarawih. Selepas itu mereka akan tawaf buat kali terakhir dan kemudiannya mereka menyempurnakan solat witir. Selepas itu merekapun bersurai. Imam-imam dari mazhab yang lain tidak melakukan lebih dari amalan yang biasa....(tak diterangkan maksudnya oleh Ibn Jubair, tetapi mungkin hanya 8 raka'at). Ada lima imam bergilir-gilir memimpin solat di belakang Maqam Ibrahim. Salah seorang di antaranya ialah sahabat kami, seorang yang zuhud lagi tinggi taqwanya al Imam Abu Ja'afar al-Fanaki dari Cordova. Suaranya yang lunak sesungguhnya dapat melembutkan hati yang sekeras batu. Cemeti yang kami sebutkan tadi digunakan juga sebanyak 3 kali untuk menandakan berakhirnya waktu solat Maghrib dan Isya'. Sesungguhnya ini adalah satu bid'aah yang diperkenalkan baru-baru ini di dalam Masjid yang mulia ini. Moga-moga Allah meredhainya. dan seterusnya.. ...moga2 mendapat sedikit ilmu Wallahua'lam |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
22 July 2011
Ramadhan Dulu-Dulu
Labels:
Sejarah Sempoi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment