Sebenarnya hadis Sa'ad bin Waqqas r.a. berwasiat masa dia sakit tu tak habis lagi....
Sambungan hadis tu;
"Aku (yakni Sa'ad) bertanya:
Wahai Rasul saw! Adakah saya akan dikekalkan (masih tetap hidup) sesudah sahabat-sahabat saya (meninggal dunia)?
Baginda bersabda:
Sesungguhnya kamu tidak akan dikekalkan lalu kamu mengerjakan suatu amal dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah sehinggalah dengan amal itu darjatmu akan bertambah.
Barangkali kamu akan dikekalkan sehingga umat Islam mendapat manfaat dari sesuatu kaum dan kaum yang lain iaitu orang-orang kafir menderita kerugian keranamu."
Indirectly, Rasul saw habag kat sahabat yang mulia ini yang dia akan hidup lama dan berjasa kepada umat Islam.
Benar perkataan Rasulullah ini mengenai umur and man'faat Sa'ad bin Abi Waqqas.
Maka dengan izin Allah, Sa'ad sembuh dari sakitnya dan panjang umurnya.
Di antara 10 sahabat yang disebut sebagai ahli syurga, dia yang 2nd last wafat,
iaitu di zaman pemerintahan Mu'awiyyah bin Abi Sufian r.a. at the age of 84-86 y.o.
As for his menafa'at, we will see later how BIG jasanya pada Islam.
Dalam hadis tu juga, dia cakap dia ada anak pompuan sorang je.
Kalau kita baca buku2 hadis, kita akan jumpa nama
A'ishah binti Sa'ad bin Abi Waqqas r.anhuma.
A'ishah ni (not to be confused with isteri Nabi saw) adalah antara periwayat hadis terkemuka dari generasi salaf.
Imam Malik bin Anas rh (yg masyhur sebagai Imam Mazhab Maliki) adalah murid A'ishah r.anha ni.
Tu dia...
imam2 besag yg dulu pun belajag kat orang2 pompuan juga,
Tak boleh pakai argument yg kata Islam bias kat orang lelaki sebab ulamak2 dulu dari orang2 lelaki saja.
Okaylah......Haven't got to this guy yet....
Next time Insya Allah.
No comments:
Post a Comment