15 April 2011

Abu Muslim al Khawlani rh_Wali Allah


Inilah secebis kisah mengenai kewalian Abu Muslim al Khawlani rahimahullah yang diceritakan oleh al Imam an-Nawawi di dalam bukunya Bustanul Arifin.

Kitab ini adalah kitab terakhir karangan Imam an -Nawawi dan tidak sempat disiapkan. Dia hanya sampai ke cerita ke 10 yang hanya siap sebahagian dan terhenti di situ.

Abu Muslim ni seorang tabi'in. Walaupun dia hidup sezaman dengan Rasul saw, dia tak sempat berjumpa dengan Rasulullah kerana tinggal di Yaman. Hanyalah semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dia sampai ke Madinah kerana di halau oleh seorang Nabi Palsu di Yaman.

Diceritakan Nabi Palsu tu yang bernama Al Aswad telah mencampakkan Abu Muslim ke dalam api kerana menentangnya tetapi Abu Muslim tidak terbakar, akhirnya dia dibuang negeri.

Itulah sebabnya dia sampai ke Madinah dan orang pertama yang dia bertemu ialah Umar Al Khattab ra.

Umar pun dah dengar sikit2 pasal cerita orang Yaman yang tidak dimakan api ni, lalu dia terus memeluk Abu Muslim dan membawanya berjumpa Abu Bakar as Siddiq ra.

Dalam pengajian tassauf dia ni adalah seorang dari 8 original zahid....

bukannya Zahid Hamidi, tapi maknanya orang-orang yang zuhud,
seperti Uwais al Qarni yang pernah kita cerita dulu dan Hassan al Basri.

Walaupun tergolong dalam orang2 yang zuhud, dia syahid di medan perang ketika berjihad menentang tentera2 Rom semasa permerintahan Muawiyyah r.a.

Tu agaknya zuhud sebenar....bukannya dok meratib saja. 

Zikir2 jugak, tapi bila tiba panggilan jihad, tak duduk dibelakang.

Inilah sikit ceritanya;

Imam an Nawawi menceritakan.....dicatitkan di dalam Kitab al Zuhud karangan Imam Ahmad bin Hanbal  bahawa pada suatu hari Abu Muslim al Khawlani rh di dalam perjalanan ke suatu tempat.
Dia kemudiannya telah sampai di tebing Sungai Dajlah.

(Ustaz Google aku cakap kat Iraq ada satu sungai namanya Sungai Dajlah..yang tu lah kot, Wallahu'alam)

Sungai ini berarus deras dan nampaklah sangat sukar utk menyeberanginya. Segala macam kayu dihanyutkan dalam air yang deras mengalir tu. Memang secara logik akalnya tak payahlah try nak berenang.

Tapi dengan selambanya Abu Muslim al Khawlani menghulurkan kakinya dan kemudiannya berjalan di atas air (bukan berenang!) dan diikuti oleh sahabat2nya.

Dalam sambil2 dok berjalan atas ayag tu Abu Muslim tanya kat kawan2 dia, " Kalau hangpa ada terjatuh apa2 barang, habaglah. Nanti kita sama2 berdo'a semoga Allah mengembalikan barang tersebut."

Begitulah cerita pertamanya.

Cerita yang kedua di dalam kitab al Zuhud tersebut ialah apabila Abu Muslim al Khawlani sedang berperang menentang tentera Rom dia telah mendapat berita suatu pasukan bantuan akan tiba untuk menguatkan pasukannya.

Tiba masa yang dijanjikan bantuan tak sampai juga hingga menimbulkan kegusaran di hati pasukan Abu Muslim ni.

Abu Muslim kemudiannya pi ke sebatang sungai untuk berwudhu. Tiba2 dia terdengar suatu suara,
"Adakah tuan merasa bimbang kerana bantuan belum tiba?"

Abu Muslim tengok kiri kanan, tak ada sapa2 kecuali lah seekor burung gagak.

"Engkaukah yang bertanya tadi?"
"Yelah - sapa lagi?" kata burung gagak tu.

"Ya aku sedang bimbang kerana mereka belum sampai," kata Abu Muslim.

"Hang jangan bimbang. Depa sebenarnya sedang memenangi satu lagi pertempuran dan sedang memungut harta rampasan. Depa akan sampai pada sekian2 hari dan sekian2 masa," kata gagak tersebut.

Maka senang hatilah Abu Muslim lalu dia berkata, " Siapakah kamu? Mudah-mudahan Allah merahmati kamu."

"Aku dikirim Allah untuk menggembirakan hati orang2 yang beriman, " kata gagak tersebut.

Maka pada hari dan masa yang disebutkan oleh gagak tersebut, tibalah bantuan yang ditunggu2.

Wallahu'alam.

No comments: