Daughter wins back £2million estate left to RSPCA after overturning parents' will
For 30 years Christine Gill devoted her life to caring for her parents.
For 30 years Christine Gill devoted her life to caring for her parents.
She did thousands of hours of unpaid work helping to run the family's 287-acre farm, and selflessly supported her troubled mother Joyce, who suffered from various phobias.
But the university lecturer's devotion appeared to count for nothing after her mother died and left her £2million estate to the RSPCA.
That led a devastated Dr Gill to begin a long legal fight that ended in victory yesterday when a judge at the High Court in Leeds declared her mother's will invalid and decided she should inherit the family fortune after all.
---------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Saja taruk news di atas sebagai pembuka cerita, sebab ada connection.
Lama tak cerita kisah2 sahabat ni.
Kalau masih sudi mendengar, mailah kita dengar cerita seorang lagi sahabat besar Nabi saw yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu.
Dia berpangkat bapa saudara kepada Nabi, pasai dia sepupu ibu Nabi saw.
Dia adalah antara sahabat2 yang awal masuk Islam dan di antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
Banyak kali namanya disebut dalam hadis2 dan sirah serta sejarah.
Antaranya ialah mengenai kenapa apabila berwasiat kita tak boleh wasiat SELURUH harta kita tanpa meninggalkan apa2 utk keluarga kita.
Maksima 1/3 sahaja kita boleh sedeqahkan atau wakafkan.
Di dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, diriwayatkan ketika Rasulullah saw dalam perjalanan mengerjakan Haji wida', Sa'ad bin Abi Waqqas jatuh sakit, seakan-akan dia sudah hampir ajalnya.
Lalu Sa'id r.a. pun berkata kepada Rasul saw,
"Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta aku.
Adakah aku boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari hartaku?
(dalam riwayat lain mengatakan keseluruhan hartanya).
Baginda saw menjawab: Tidak!
Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya (yakni separuh)?
Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga (boleh) dan satu pertiga itu sudah banyak.
(Sambung Rasulullah lagi) : Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang lain.
Tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah dengan tujuan untuk mendapat keredaan Allah, sehinggalah kamu mendapat pahala daripada nafkahmu itu, sekalipun sesuap makanan yang kamu masukkan ke mulut isterimu."
Haa.....ingat part yang last tu kawan2 semua....
Pahala besag kalau suap isteri.....:)).
Balik rumah nanti cuba buat cam tu.
Kalau bini kata : "Awat gatai sangat orang tua ni?"
Kata kat dia: "Ikut Sunnah.....Nabi yang pesan kat Sa'ad bin Abi Waqqas"
Anyway...bukan part tu saja, ingatlah keseluruhan hadis tersebut utk mengambil ingat akan keperluan mengadakan wasiat.
Kerana dalam Sahih Muslim juga dari Abdullah Ibn Umar ra katanya;
" Rasulullah saw bersabda: Tidak berhak ke atas seseorang Islam menyimpan sesuatu barang yang hendak diwasiatkannya selama dua malam kecuali wasiatnya itu telah dituliskannya."
So...kita semua dah tulis wasiat ka?
Rasul saw pesan jangan biarkan 2 malam berlalu, kita tak tulis wasiat lagi.
So tulislah wasiat cepat2.
Macam yang ustaz aku nasihatkan;
Sebelum tidor malam ni karanglah wasiat kepada isteri kita, mana tau Allah dah tetapkan ajal kita malam ni.
Contohnya macam ni,
Sayang ku Jamilah,
Rumah kita kat Kota Damansara ni abang wasiatkan kepadamu sayang.
Begitu juga Proton Perdana tu.
I will miss you very much.
Sayang,
lagi satu perkara yang abang dah lama nak cakap tapi tak tercakap2 lagi.
Condo abang di Mutiara Damansara tu abang tinggalkan pada Lidyawati Suri Kencana Dewi, isteri abang yang no 2.
Bila abang dah tak de nanti, sayang pergilah cari dia (alamat ada kat lawyer kita).
Sayang berbaik-baiklah dengan dia....
Oh ya,
Jangan lupa BMW dan Takaful Etiqa yang setengah juta pun dia punya juga....."
Siap tulis wasiat tu, letak dalam diari.
Ustaz pesan juga,
Lepas tu kalau 2 hari lagi tak mati lagi, jangan lupa bakar wasiat tu. Buat lain.
Sebab kalau Jamilah jumpa, memang confirm 2 hari lagi mati.
:))
Back to the original story;
Sa'ad bin Abi Waqqas juga credited as the most influential sahabat yang menyebarkan Islam ke China......nanti kita tengok bab ni.
And what has this man got to do with Sa'ad bin Abi Waqqas ra??
Sambung next episode....
No comments:
Post a Comment