14 July 2011

OWC of Madinah













Since timbul lagi cerita mengenai OWC ni, aku nak cerita sikit pasai OWC (original wives club) yang wujud masa zaman Nabi saw dulu.

Nak tau apa tu OWC yang dok riuh rendah tu...pi sini;
http://en.wikipedia.org/wiki/Obedient_Wives_Club

Tak kena mengena pun apa2 yang di perdebatkan hari ni, cuma nak share sikit apakah yang isteri dulu2 dok sembang sama2 depa.

Ini dipetik dari Hadis Sahih riwayat Tirmizi. Aku tambah sikit2 running commentary.
Hadisnya panjang, dan kat hujung ada slight twist sikit (ala Sixth Sense)....so baca sampai habis.

-----------------------------------------------------------------------------

Satu hari Ai'shah ra buka cerita kepada Nabi saw...
Nabi pun dengar sajalah,

Cerita yang A'ishah bawa tu ialah mengenai gossip2 11 orang wanita perihal suami mereka.

Wanita pertama berkata:
Suamiku seperti daging unta yang kurus yang berada di puncak bukit yang tinggi yang berbatu2.
Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.
(Imagine our wives/ our ladies dok cerita guna ayat2 cam ni.....Aku rasa tak macam tu kot. Depa mungkin kata "My hubby is like Brad Pitt onnnneeee........)

Wanita ke-2 berkata:
Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

Wanita ke-3 berkata:
Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

Wanita ke-4 berkata:
Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.....
(yang ni baguih sikit dari yang No 3 tadi)

Wanita ke-5 berkata:
Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Dia tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.
(yg ni ada split personality)

Wanita ke-6 berkata:
Suamiku apabila makan, dia akan menghabiskan makanannya. Sekiranya dia minum, dia akan menghabiskan minumannya. Sekiranya tidur, dia akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana dia tahu akan kesusahannya.
(apa issue telapak tangan tu aku pun tak pasti),

Wanita ke-7 berkata:
Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.
( problem besag ni.....)

Wanita ke-8 berkata:
Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

Wanita ke-9 berkata:
Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.
(macam orang Damansara Heights kot lebih kurang...)

Wanita ke-10 berkata:
Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, Dia memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.
(ni macam menteri yang banyak kereta mewah)

Wanita ke-11 berkata:
Suamiku bernama Abu Zar’in. Hangpa tau tak siapakah Abu Zar’in?
Dialah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Dialah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. Dia suka memuji aku, dia mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya.
(Macam Dato K saja ni....)

Dia tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

Lepas tu hangpa tau tak sapa mak mertua aku, ibu Abu Zar’in tu?
Dia memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

So camna pulak anak lelaki Abu Zar’in.
Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in?
Tempat tidurnya seperti pelepah tamar.
Dia merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in?
Dia sangat mentaati kedua orang tuanya.
Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

Maka bagaimana pula orang gaji Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah dia?
(sampai orang gaji pun dia nak cerita!)

Dia ni tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan.
Dan dia tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

Habis semua cerita kebaikan Abu Zar'in, wanita itu terus sambung:
Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu.
Dia bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak.
(hmmmm....something is going on here)

Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang.
Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya.

Maka Abu Zar'in menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.
(Ait! Jadi cam tu pulak! Macam tu saja?)

Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya.
Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih.
Dia membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan.
(Waaa....selambanya jalan cerita dia)

Kemudian dia (husband No 2) berkata:
Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah.
(Husband ni pun baguih jugak orangnya)

Pompuan tu pulak cakap:
Namun, sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in,
nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

Setelah Ai'shah cerita semua tu, Nabi saw pun berkata:
Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

Aisyah r.a pun jawab balik : Bahkan engkau LEBIH baik dari Abu Zar’in.

Nabi saw menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”

THE END


Moral of the story ;
Nabi saw ni baik orangnya, walaupun isterinya cerita perkara yang secara keseluruhannya tak banyak menafa'at, baginda saw dengar saja, tak de komen2, muncung mulut dsbnya.

Jadi bila balik rumah nanti, bila wife kita start buka cerita kita dengarlah saja sampai habis.

Janganlah mula2 tu kata .....ermmmm ok....
       kemudian.......start tengok sms
             lepas tu cakap pulak........panjang lagi ka cerita u ni?

last sekali.........you tak nampak ka? I PENAT NIH!!!

No comments: