25 July 2011

Sa'ad bin Abi Waqqas_Part 3 (Pemanah Hebat)

Nak tau cerita penuh baca juga....
Part 1 Part 2....klik la mouse kat situ.




Medan Uhud dalam keadaan berkecamuk.
Tentera2 pemanah telah meninggalkan posisi mereka utk merebut harta rampasan.

Khalid al Walid took advantage dan membuat counter attack.
Akhirnya benteng pertahanan tentera Islam telah roboh....

Ramai sahabat yang gugur, antaranya Hamzah bapa saudara Nabi saw dan Hanzalah r.a. yang baru kahwin sehari semalam.
Nabi saw pun sudah luka, patah giginya akibat kudanya terjatuh dalam lubang yang digali oleh Abu 'Amir al-Fasiq. Nabi saw exposed kepada serangan2 Musyrikin Mekah.

Dalam kekelamkabutan itulah muncul Talhah bin Ubaidillah dan Sa'ad bi Abi Waqqas r.anhuma dan beberapa sahabat lain.

Mereka jadi body shields.....Talhah dengan pedangnya, Sa'ad dengan panahnya.

Mereka bertempur habis2an...sehinggakan Talhah lumpuh tangannya kerana entah berapa ratus kali tangannya menghayung pedang.

Sa'ad pula dengan panahnya.....dia memang ahli memanah. Dia panah, panah dan panah.

Habis anak panahnya, Nabi saw mengambil anak panahnya pula dan meletakkannya dibusur Sa'ad.

"Lepaskan panahmu Sa'ad! Aku tebus emak dan ayahku untuk mu Sa'ad!",
lalu anak panah dilepaskan dan mengenai sasarannya.

Itulah penghormatan yang besar utk Sa'ad bin Abi Waqqas.

Orang Arab ni bila bersumpah dengan sebut macam tu.....memang dah abis tinggilah penghormatannnya.

Ungkapan tu lebih kurang macam ni .....
"Untuk hang, aku sanggup give-up segala2nya, termasuklah emak dan ayah aku."

Perkataan macam ni, kalau situasi hari ni jarang kita dengar antara kawan2 sama jantina...
Hari ni ia digunakan oleh orang laki2 bila cakap kat pompuan macam Lydiawati Suria Kencana Dewi macam dalam cerita Part 1 hari tulah.

Back to Sa'ad bin Abi Waqqas,
Dalam Sirah An-Nabawiyyah hanyalah tu the only time Nabi saw bersumpah dengan nama emak dan ayah dia.
Menunjukkan betapa tinggi kedudukan Sa'ad bin Abi Waqqas ra sebagai sahabat.

He will later becomes one of the most respected sahabat kerana beberapa sifatnya yang mulia. Nanti aku ceritakan.

As for Hanzalah....syahid yang masih pengantin baru, dia terkorban hanya setelah sehari berkawin dan dapat bersama isterinya Jamilah binti Abdullah, selama satu malam sahaja.
Tak sempatpun dia nak mandi wajib.

Tapi, apakah hasil dari perhubungan intim yg hanya semalam itu??

Dan apakah hubungan Abu 'Amir al-Fasiq dengan Hanzalah, yang mana kuda Nabi saw terjatuh ke dalam lubang yang dikoreknya tu?

Baca cerita Hanzalah di sini.

22 July 2011

Ramadhan Dulu-Dulu


Sempena Ramadan al Mubarak yang akan menjelang tiba tidak berapa lagi ni, marilah kita cuba perhatikan bagaimanakah Ramadan di sambut satu ketika dahulu.

Gambaran ini dirakamkan di dalam Kitab Rihlah Ibn Jubair (Pengembaraan Ibn Jubair) yang bermula pada tahun 1183 Masihi (578 Hijrah) dari Granada ke Afrika Utara, Mesir, Semenanjung Arab, Armenia, Turki, Itali, Sicily, Cyprus dll.

Ia diterjemahkan ke dalam English oleh Roland Broadhusrt.. ..tak sure versi BM ada ke tidak.

Nama penuh Ibn Jubair ialah Abu al Hussain Muhammad ibn Ahmad ibn Jubair al Kinani, dilahirkan di Valencia, Sepanyol pada tahun 1145M (539H) dan meninggal pada tahun 1217M (612H).

Dia mendahului Ibn Batuthah yang mengembara 2 kurun kemudian.

Gambaran yang dirakamkan ini menunjukkan dengan secara terperinci akan kepelbagaian mazhab yang diamalkan ketika itu.

Samada kita setuju atau tidak pada hari ini, ia bukanlah perkara pokok yang nak dipelajari dari rakaman peristiwa ini.

Ini cerita pengalamannya. .....
------------ --------- --------- --------- -------------------

Terserlah anak bulan 1 Ramadan 579 Hijrah pada malam Isnin bersamaan 19 Disember 1184, moga-moga Allah meliputi kita dengan rahmat dan keadilanNya; dan menerima solat dan do'a kita di sepanjang bulan ini.

Namun begitu penduduk Makkah dari golongan 'Aliyyun (ataupun Fatimiyyun.. ..iaitu yang cenderong kepada Daulah Fatimiyyah berpusat di Kaherah), telah mula berpuasa pada hari Ahad dengan beri'tiqad bahawa 1 Ramadan telah jatuh pada hari syak....(ie 30 Syaaban)
Allah lah yang lebih mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Pada bulan ini Masjidil Haram sungguh meriah dengan pelbagai acara.
Permaidaninya ditukar baru, lampu-lampu dari lilin, obor dan segala macam pelita diperbanyakkan sehingga menjadikan masjid yang mulia ini dilimpahi cahaya yang gilang-gemilang.

Para imam mengaturkan jemaah dalam beberapa kumpulan untuk melaksanakan solat tarawih. Mazhab Shafi'e mendapat keutamaan di dalam memilih suatu ruang di antara ruang-ruang yang banyak di sekitar Masjidil Haram ini. Ini diikuti oleh mereka dari mazhab Hanbali, Hanafi dan Zayyidi yang memilih sudut masing-masing.

Namun begitu golongan Maliki nampaknya adalah kumpulan yang paling besar tahun ini. Mereka dipimpin oleh 3 orang qari yang menjadi imam secara bergilir-gilir. Mereka juga mempunyai lebih banyak lampu dan lilin yang dihadiahkan oleh saudagar-saudagar Maliki yang telah berlumba-lumba untuk menginfaqkan lampu-lampu ini.

Dua lampu yang terbesar seberat satu qintar (50kg) setiap satu diletakkan di hadapan mihrab mereka, manakala lilin-lilin yang kecil dan sederhana besar mengelilingi lampu-lampu ini. Dengan itu sudut yang digunakan oleh orang-orang Maliki dipancari cahaya yang terang benderang lalu menjadikan setiap hadirin yang melihatnya terasa teruja dan tertawan.

Tidak ada satupun ruang atau arah di masjid ini yang tidak dipenuhi oleh kumpulan-kumpulan yang mendirikan solat. Masjidil Haram bergema dengan bacaan para imam. Mata-mata melihat pemandangan yang indah mempesona, dan telinga-telinga mendengar alunan suara yang menggetar jiwa dan menusuk kalbu.

Imam dari kalangan Shafi'e adalah lebih memperhalusi dalam tarawihnya. Apabila telah dihabiskannya 10 raka'at maka berbunyilah cemeti untuk menandakan waktu rehat lalu merekapun tawaf mengelilingi Ka'abah sebanyak 7 pusingan.

Selesai sahaja tawaf, bunyi libasan cemeti menandakan tarawih akan disambung semula. Lalu merekapun kembali ke dalam solat.
Tetapi kali ini mereka akan tawaf setiap satu salam. Hinggalah mereka melengkapkan 10 raka'at tarawih.

Selepas itu mereka akan tawaf buat kali terakhir dan kemudiannya mereka menyempurnakan solat witir. Selepas itu merekapun bersurai.

Imam-imam dari mazhab yang lain tidak melakukan lebih dari amalan yang biasa....(tak diterangkan maksudnya oleh Ibn Jubair, tetapi mungkin hanya 8 raka'at).

Ada lima imam bergilir-gilir memimpin solat di belakang Maqam Ibrahim. Salah seorang di antaranya ialah sahabat kami, seorang yang zuhud lagi tinggi taqwanya al Imam Abu Ja'afar al-Fanaki dari Cordova.
Suaranya yang lunak sesungguhnya dapat melembutkan hati yang sekeras batu.

Cemeti yang kami sebutkan tadi digunakan juga sebanyak 3 kali untuk menandakan berakhirnya waktu solat Maghrib dan Isya'. Sesungguhnya ini adalah satu bid'aah yang diperkenalkan baru-baru ini di dalam Masjid yang mulia ini. Moga-moga Allah meredhainya.

dan seterusnya.. ...moga2 mendapat sedikit ilmu

Wallahua'lam

20 July 2011

Sa'ad bin Abi Waqqas - Part 2 ( Benarnya Perkataan Nabi saw)















Sebenarnya hadis Sa'ad bin Waqqas r.a. berwasiat masa dia sakit tu tak habis lagi....

Sambungan hadis tu;

"Aku (yakni Sa'ad) bertanya: 
Wahai Rasul saw! Adakah saya akan dikekalkan (masih tetap hidup) sesudah sahabat-sahabat saya (meninggal dunia)? 

Baginda bersabda: 
Sesungguhnya kamu tidak akan dikekalkan lalu kamu mengerjakan suatu amal dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah sehinggalah dengan amal itu darjatmu akan bertambah. 
Barangkali kamu akan dikekalkan sehingga umat Islam mendapat manfaat dari sesuatu kaum dan kaum yang lain iaitu orang-orang kafir menderita kerugian keranamu."

Indirectly, Rasul saw habag kat sahabat yang mulia ini yang dia akan hidup lama dan berjasa kepada umat Islam.

14 July 2011

OWC of Madinah













Since timbul lagi cerita mengenai OWC ni, aku nak cerita sikit pasai OWC (original wives club) yang wujud masa zaman Nabi saw dulu.

Nak tau apa tu OWC yang dok riuh rendah tu...pi sini;
http://en.wikipedia.org/wiki/Obedient_Wives_Club

Tak kena mengena pun apa2 yang di perdebatkan hari ni, cuma nak share sikit apakah yang isteri dulu2 dok sembang sama2 depa.

Ini dipetik dari Hadis Sahih riwayat Tirmizi. Aku tambah sikit2 running commentary.
Hadisnya panjang, dan kat hujung ada slight twist sikit (ala Sixth Sense)....so baca sampai habis.

11 July 2011

Sa'ad bin Abi Waqqas - Part 1 - Wasiat Harta


Daughter wins back £2million estate left to RSPCA after overturning parents' will

For 30 years Christine Gill devoted her life to caring for her parents.

She did thousands of hours of unpaid work helping to run the family's 287-acre farm, and selflessly supported her troubled mother Joyce, who suffered from various phobias.

But the university lecturer's devotion appeared to count for nothing after her mother died and left her £2million estate to the RSPCA.

That led a devastated Dr Gill to begin a long legal fight that ended in victory yesterday when a judge at the High Court in Leeds declared her mother's will invalid and decided she should inherit the family fortune after all.

---------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Saja taruk news di atas sebagai pembuka cerita, sebab ada connection.

Lama tak cerita kisah2 sahabat ni.
Kalau masih sudi mendengar, mailah kita dengar cerita seorang lagi sahabat besar Nabi saw yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu.

Dia berpangkat bapa saudara kepada Nabi, pasai dia sepupu ibu Nabi saw.

Dia adalah antara sahabat2 yang awal masuk Islam dan di antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.

Banyak kali namanya disebut dalam hadis2 dan sirah serta sejarah.

Antaranya ialah mengenai kenapa apabila berwasiat kita tak boleh wasiat SELURUH harta kita tanpa meninggalkan apa2 utk keluarga kita. 

Maksima 1/3 sahaja kita boleh sedeqahkan atau wakafkan. 

Di dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, diriwayatkan ketika Rasulullah saw dalam perjalanan mengerjakan Haji wida', Sa'ad bin Abi Waqqas jatuh sakit, seakan-akan dia sudah hampir ajalnya.

Lalu Sa'id r.a. pun berkata kepada Rasul saw,

"Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta aku. 

05 July 2011

Imam al-Laith Ibn Sa'ad_Aku Tidak Setuju



Sya'aban telah datang lagi.
Marilah kita merenung suatu kisah yang menggambarkan betapa hebatnya budi-pekerti dan adab ulamak2 silam.

Antara catatan sejarah di bulan yang mulia ini ialah lahirnya seorang ulama dan fuqaha besar Imam al-Laith Ibn Sa'ad rh di Mesir pada pada tahun 94 Hijrah iaitu 84 tahun setelah kewafatan Nabi saw.

Beliau meninggal dunia pada bulan Sya'aban juga iaitu pada tahun 175 Hijrah.

Imam al-Laith adalah seorang Tabi' tabi'in (pengikut kepada pengikut), iaitu dia tidak sempat berjumpa dengan sahabat Nabi saw....hanya sempat belajar dari para Tabi'in yang belajar dari para Sahabat.

Dia sebaya dengan Imam Malik bin Anas rh yang lahir di Madinah pada tahun 93 Hijrah.