02 August 2011

Hanzalah r.a._Satu Malam Boleh Jadi

Bertolak dari cerita perang Uhud dalam kisah Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. Part 3, sudah masyhur kisah Hanzalah r.a. pengantin baru yang syahid di medan Uhud di malam pertamanya sehingga tidak sempat dia mandi junub.

Kisah ini juga diabadikan oleh Rabbani di dalam nashid mereka.



Oleh kerana dia tak sempat mandi junub, dan sesiapa yang syahid di jalan Allah jenazahnya tidak dimandikan, maka Allah memuliakan dia dengan dimandikan mala'ikat.

Nabi saw dan para sahabat melihat air menitis2 dari hujung rambutnya.

Tapi, selain dari cerita yang dah selalu kita dengar ni, apa lagi cerita Hanzalah yang dimandikan malai'kat itu? Tak kan tu je?
Memang bukan tu je, kerana the happy part of the story was, dengan izin Allah swt, hasil perhubungan satu malam itu, 9 months later,  isterinya Jamilah binti Abdullah melahirkan seorang bayi lelaki.

Anak kecil itu dinamakan Abdullah bin Hanzalah r.a.

Seterusnya keturunan mereka dinamakan Bani Ghasil al-Malaa'ikah (yakni Keturunan yang dimandikan malaikat).

Dalam bahasa Arab,  ghasala (Ghain Sin Lam) itu maknanya mandi...specifically Mandi Wajib.

So kalau hangpa tak mandi dot dot dot lagi hari ni, niatnya camni,

Nawaitu (Aku berniat) Ghusla (Mandi ) Junubi (Junub) Li (untuk) Rof'il (mengangkat) Hadathi (Hadas) Lillahi Ta'ala (kerana AllahTa'ala).....
tapi kalau payah sangat, niat Bahasa Melayu dalam hati pun dah pass dah. 

Namun begitu, start hari ni cubalah yang Arabnya....bukan apa, 
untuk mengingati pengorbanan Hanzalah al-Ghasil bin Abu 'Amir r.a........:)

Dan bukan itu saja yang aku nak cerita kat sini sebenarnya.

Yang lagi ramai orang tak tau ialah apa yang jadi kepada Abdullah bin Hanzalah r.a. dalam catatan sejarah.

Di dalam Tabaqat al Kubra karya Ibn Sa'ad, disebutkan bahawa semasa period pergolakan (zaman fitnah) Bani Umayyah (sekitar 63 Hijrah), umat Islam terbahagi dua.

Di Madinah, penduduknya menyokong Abdullah bin Hanzalah sebagai pemimpin umat Islan, 
manakala di Syria, pusat pentadbiran baru, khalifahnya ialah Marwan bin al-Hakam.

Orang2 Madinah dianggap sebagai pemberontak, lalu diserang oleh tentera2 Khalifah dari Syria.

Oleh kerana tentera dari Syria adalah jauh lebih besar jumlahnya, they swiftly over-ran the resistance di Madinah. Tentera2 Madinah bertempiaran lari.

Pada saat2 akhir itu, in the most desperate of situations, Abdullah bin Hanzalah membuang baju besinya dan fought bare-handed.

Dia akhirnya syahid ditetak dengan pedang dua orang tentera Syria.....dirakamkan bahawa tetakan itu "from his shoulder right to the lungs".

Gitulah.....moga2 bertambah sikit pengetahuan hangpa semua selain dari Niat Mandi Wajib.

Wallahu'alam.


---------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:
So siapa itu Abu Amir al-Fasiq, yang mengorek lubang yang mana Nabi saw terjatuh dan cedera dalam Medan Uhud itu yang diceritakan dalam kisah Sa'ad bin Abi Waqqas Part 3?


Dia pula adalah ayah kandung Hanzalah r.a.!

Itulah konflik2 keluarga yang banyak berlaku semasa awal-awal kebangkitan Islam. Ini ialah kerana kebanyakan mereka berasal dari satu kelompok keturunan iaitu Bani Quraish.

No comments: