07 August 2014

Khalid al Walid Part 1_Panah Di Serban


Assalamualaikum,

Kali ini kita akan mendengar beberapa kisah hidup seorang lagi sahabat yang terkenal, Khalid al Walid r.a.
Sudah tentunya berkisar peristiwa-peristiwa perang kerana itulah yang kita tahu pasai Khalid ni.

Khalid indeed was the greatest general in Islam, in fact one of the greatest military generals in the history of the world.
Dicatatkan dalam sejarah perang2 dunia, kecil atau besar, hanya dua orang pemimpin tentera saja tak pernah kalah sepanjang karier ketenteraan depa.

Genghiz Khan dan Khalid al Walid.

Ini membuatkan Khalid lebih hebat dari Napoleon Bonaparte, Julius Caesar, Lord Nelson, Hanibal dll.
Sebab depa semua tu pun pernah kalah.

Norman Schwarzkopf or Colin Powell, yang menang Gulf Walf tak payah ceritalah.
Ciput sangatlah kalau nak banding dengan Khalid al Walid.
Orang tua2 cakap tak masuk buku.
Khalid direkodkan mengetuai lebih dari 100 peperangan, dan dia tak pernah kalah walau sekalipun.

 Cuba tengok peta di bawah. Yang bertanda merah tu adalah antara medan2 konflik yang Khalid al Walid pimpin.
Bukan semua pun, sebahagian kecil saja.
Dari sejauh2 Najran di selatan (no 3) ke Muzayyah di barat Baghdad.
No 5 tu Anbar, berhampiran Fallujah tempat pertempuran hebat tentera US dan gerila Iraq semasa Perang Teluk.

Dari Najran ke Muzayyah ni adalah lebih kurang 2500km...

Kalau nak bagi senang agak, pikior macam ni lah...
Jarak dari Singapore pi Bukit Kayu Hitam 850km.
Makna kata kita boleh shopping 3 round, baru cukup jarak jihad Khalid al Walid.

Dari Singapore, pi BKH, balik mai Singapore, pi pulak BKH....tu dia!
Dari jeans Armani ori kat Marina Bay Sands, sampai Armani pirate di Danok semua kita angkut.

Naik kuda tau tak?....
Mana boleh naik kereta kalau nak celen Khalid al Walid!

Tu baru salah satu episod perang dia. Dia pi beratus2 perang.
Lepas tu di pi pulak ke Syria dan Lubnan di tepi Laut Mediterranean di barat.

Lepas tu Khalifah hantar pi Anatolia pulak di Central Turkey (no 7)....tambah lagi 2-3 ribu km.
Macam-macam bentuk rupabumi dia jelajah pi, padang pasiag, banjaran gunung, tepi laut, panas gurun, lembah salji.
And he did all that sampai dia meninggal pada usia yang agak muda, 50 tahun.

Boleh bayangkan kehebatan Khalid al Walid ni?


Digambarkan Khalid al Walid ni, tinggi dia well over 6ft.
Bertubuh tegap sasa keturunan Bani Makhzum.

Dia 22 tahun lebih muda dari Rasulullah saw.
Maknanya semasa Rasulullah mendapat wahyu dia baru berumur 18 tahun.

Orangnya tangkas, muscular, trained in art of fighting and warfare.
Bani Makhzum memang terkenal sebagai geng2 kahaq.

Khalid ni semasa jadi pemimpin perang, kalau berjalan senang nak kenai dia dari pegawai2 bawahan.
Kalau jeneral la ni, ada 5 bintang kat topi, Khalid pun ada "bintang" dia jugak.
Dia cucuk panah kat serban dia....tu dia!
Punyalah hero kampung Dusun.

Digambarkan juga, sapa2 yang under command dia, memang tak larat punya.
Sebab dia ni high octane, very energetic. Orang lain tak larat nak ikut.
Setakat kena tetak pedang calag2 tu no hal. Dia gabuih2 saja.

Diceritakan juga Khalid al Walid was a man of few words.
Dia tak banyak cakap.

Once he sent a letter to Ayaz al Ghanam (Ayaz si Kambing....ini pun satu karakter jugak macamana dia dapat gelaran kambing tu).
Masa tu Khalid berada di Iraq dan Ayaz di sebuah pekan bernama Dum'at al Jandal (ada cerita nanti).
Dalam peta di atas, Dum'at al Jandal berhampiran Tabuk (no 1) di sempadan Saudi-Jordan.
Khalid meminta Ayaz menghantar reinforcement tentera.

Surat Khalid berbunyi...

" Dari Khalid ibn al Walid kepada Ayaz al Ghanam.
Aku nak hang, hang mai sini."

Tu dia, bunyi macam telegram saja.
Tak dak la nak kata...

Merujuk kepada perkara di atas, diminta tuan melaporkan diri dengan segera ke bla bla bla....

Buat habis dakwat saja.
Ayaz pun dengar macam tu, tak la buat pandai pulak, minta detail.
Tak kan Khalid suruh dia beli sayog kot.
Dia siapkan bala tentera dia, terus pi Iraq.

Kalau Khalid al Walid jadi imam solat, dikatakan dia baca ayat pendek2 saja.
Surah Inna A'toina dan Qulhu saja kot.....

So, kalau orang kampung suruh hangpa jadi imam, jangan gabra.
Bacalah Alam Nasyrah ka, ataupun kalau susah sangat, baca Tabbat Yadaa.....dah cukup.
Kalau bilal tegur awat pendek sangat, habaglah kata hangpa mencontohi Khalid al Walid!
Padan muka depa!

Yang last ni...hangpa kena dengar betoi2.

Pada tahun 633M (11Hijrah) setahun selepas kewafatan Nabi saw, Khalid al Walid sudah membawa tenteranya menawan Iraq.
Semasa di sana dia diarahkan pulak oleh Abu Bakar as-Siddiq pi bantu tentera di Dum'atul Jandal.

Khalid tak banyak cerita, dia pun pacu kuda dengan pasukan dia, pederas pi sana.
Ada kot 1200km.

Sampai sana, depa ambil bahagian dalam peperangan.
Dan menang macam biasa.

So dah settle kat situ, Khalid pun bawak balik bala tentera dia pi ke Iraq pulak.
They have unfinished business there.

Tengah dalam ramai2 tu, Khalid quietly slipped out.
Mana dia pi?
Dia tala pi Makkah!
Nak buat apa?

Dia pi buat haji!
Tu dia.....dia pacu kuda, sempat lagi wukuf di Arafah.
Orang lain penat perang pun tak habis lagi.

Khalifah dapat tahu....mungkin ada orang spot Khalid kat Mina kot.
Masa Khalid dok beli tasbih koka agaknya.... (aku tambah saja part tu)
So, Abu Bakar kasi warning sama Khalid, jangan dok buat macam tu lagi.

Khalid pun patah balik pi join tentera dia dalam perjalanan ke Iraq tu.
Nobody realised he was missing.
A round trip of 2000km.
Berkuda.

Boleh ka kita buat macam tu?
Kita ni.....naik bas air-cond dari Madinah ke Mekah.
Lepas pakai ihram dapatlah talbiyyah 5 rangkap. Tu pun style slow rock gitu.
Tak dak semangat sangat pun. Meleleh saja....tangkap lentok punya.

Lepaih tu tidog.

Macamana nak celen Khalid al Walid?

Oklah, itu saja sedikit pengenalan mengenai Khalid al Walid.
Nanti kita sambung beberapa cerita perang dia.

Antara cerita2nya.

Lompat Parti Dapat Jawatan
Laila Nama mu Teratas
The Half Naked Warrior


dan lain-lain.....

No comments: