Assalamua'alaikum, Dah lama terhenti episod cerita2 Khalid al Walid r.a. ni. Last sekali kita dengar ialah mengenai sorang pegawai Khalid yang "memanaskan" Malik bin Nuwairah....sampai arwah kawan tu. Cuba pi baca balik cerita Laila Namamu Teratas tu. The young officer's name was Dhirar bin Al Azwar, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Half-Naked Warrior. Apa yang dia buat? Sampai gelaran pun nampak lucah saja. Mai kita dengar sedikit cerita kenakalan dia. Pada akhir Julai 634Masihi, (Jamadil Awal 13Hijrah), Khalid al Walid r.a. dan tenteranya tiba di suatu tempat bernama Ajnadain. Masa ni Abu Bakar as Siddiq r.a. masih Khalifah, dia wafat dua bulan kemudian. Lihat peta bawah. Sekarang lokasi Ajnadain ni duduk dalam negara Israel. Asal2nya tanah Palestin, antara Gaza dan Tebing Barat, namanya Beit Jibrin. Pada tahun 1948, rejim Zionis serang kampung tu dan halau semua orang Palestin. Jadilah namanya hari ni Beit Guvrin. |
Boleh nampak kot Gaza (kat kiri), Beit Guvrin, Jerusalem (Baitul Maqdis) dan Dead Sea? Kat sini berkumpul hampir 50,000 tentera Rom Byzantine di bawah seorang komander bernama Wardan. Misi mereka adalah menghalang kemaraan tentera Islam. Pasal masa tu Baitul Maqdis dikuasai Rom di bawah Emperor Heraclius. Depa pun dah dengar reputasi Khalid. Tu yang depa pun tak boleh kasi chance. Kalau dibiarkan, nanti Baitul Maqdis pun hilang. Itu yang depa pikiag. Setelah tentera Islam pacak khemah di Ajnadain, Khalid arahkan Dhirar pi recce sikit apa macam dengan tentera Rom ni. Kuat ka, ready ka? "Baik tuan!" Budak ni muda lagi...He was barely 20 years old. Semangat kuat. Dan nakai. Dia pi sorang2. Tak ajak kawan2 pun. Memang kahag. Gedebe orang Kelate kata. Sesampai saja dekat dengan perkhemahan puak2 Rom ni, dia cari tempat tinggi sikit. Dia pun berdiri atas anak bukit tu, menampakkan diri dia kat tentera Rom. Bukannya pi diam2 macam yang Khalid arahkan. Dia pun tinjau2 kekuatan tentera Rom. Dan bila dia dah sure tentera Rom dah nampak dia, dia pun....... Cabut lari? Tak......dia pun bukak baju! Tayang muscle laa....saja tunjuk macho sikit. Memang cari penyakit, kata orang tua2. Macam gambar mamat yang kat atas lah kot. Apa lagi...geng2 Roman yang dok berkhemah ni, terus naik kuda pi ligan budak kerek ni. 30 orang kejor dia. Mau kasi ajor sikit. Apa yang depa ni tak tau, Dhirar ni bukan calang2 orang. Dia terrer main pedang dan tombak. Dia memang saja nak bagi tentera Rom berbulu. Supaya depa ligan dia. Jadi Dhirar pun pacu kuda merata-rata, untuk isolate tentera musuh ni. Sat pi sana, sat mai sini. Sat lagi timboi kiri, sat lagi sebelah kanan, sat lagi di belakang. Dan ramailah dari geng Roman ni yang terpisah dari kumpulan dia. So each one of them was picked off by Dhirar. Sorang demi sorang. Sedag tak sedag, dari 30 yang mai tadi, tinggal 10 orang saja. "Ammonius!! Ammonius" depa panggil. Tak menyut. "Brannius!! Brannius!!" senyap jugak. Tadi berani sangat. "Kallistos!! Kallistos!!" Kalistos pun ke laut jugak. "Pholos!! Pholos!!!!!" Pholos pun terbolos agaknya. Hanya suara depa bergaung2, tak dak sapa yang menyahut. Depa pun dah naik meremang bulu roma...cabutttt... Lari balik ke khemah. Maka malam tu, tersebarlah berita The Half Naked Warrior dari tanah Arab. Sorang tambah setahil , orang lain tambah sekati. Dari half naked, jadi full nudity dan macam-macam lagilah kot.. Kalau bab2 tambah cerita ni, memang syok. Dhirar pulak, balik khemah tentera Islam, kena sound dengan Khalid. "Awat buat riuh? Aku suruh pi recce saja." Anyway, Khalid tak lah marah sangat, dia dah tau perangai anak muda ni. At least dia dah tahu berapa besag kekuatan tentera Rom. Dan Khalid pun merancang strategi perang. Soon after, the two armies met at the field of Ajnadain. Round pertama, tentera Islam kalah pasai tentera Rom ada panah berteknologi tinggi, boleh pi jauh. Sedangkan tentera Islam hanya bersenjatakan pedang dan tombak. Tak boleh pi dekat dengan barisan tentera Rom. Ramai yang syahid hari tu. So, depa berundur. Next day, tukar taktik. Kali ni, Khalid called for personal duels. Satu lawan satu. Memang ini stail perang dulu2. Samada perang all out...atau satu lawan satu. The advantage was, if you have better close combat skills, you can kill the main men in your enemies army. Ajaklah sapa2 orang kuat pihak lawan, kalau kena gaya, kolonel, jeneral2 depa akan kiok habis. Rapuhlah teras musuh. Jeneral Wardan terima cabaran tu. Dia sangka tenteranya lebih skilful in individual combats. Silap laaa..... Dhirar volunteer dulu. Khalid setuju. Mula2 dia mara, dia pakai baju besi. Nobody in the Romans camp recognized him. So, tak dak general2 yang respon. Maka Dhirar pun bukak baju besi dia, tunjuk muscle. Mak oi! It's THE HALF NAKED WARRIOR!!! Bila jeneral2 ni dengar nama Dhirar, barulah depa pakat masuk. Nak ajor sikit budak kerek ni! Selama ni dok dengar nama saja. Dan tak berapa lama kemudian, kuranglah beberapa jeneral dari tentera Rom.....ishhh. Semuanya merasai pedang Dhirar. Then more top brass joined the duels. Khalid pun hantar sahabat2 yang lain. Sekejap saja, tentera Rom kehilangan ramai pegawai atasan.. Lepas tu Khalid kerahkan all-out assault. Berteraburlah barisan tentera Rom sebab banyak bahagian tak ada ketua. At the end of the day...tentera2 Roman berundur. Depa kalah teruk. Commander Wardan was furious at this sudden turn of event. Ingatkan tentera Islam yang nak hancur hari ni...rupa2nya dah terbalik kuang! So, he plotted a sinister plan...... Bersambung next time....dan lagi kenakalan Dhirar. Insha Allah. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
14 October 2014
Khalid al Walid r.a. - Part 4 - Half Naked Warrior
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment