Hangpa jangan dok tenong sangat gambar Wardina tu. Kita nak tengok episod seterusnya dalam kehidupan Khalid al Walid r.a. Macamana Wardina dan Laila connect?.......bacalah dulu. Yang berikut adalah satu peristiwa yang menjadi scoring points untuk golongan Syi'ah. Kita dah tahu Syi'ah membenci hampir kesemua para sahabat Nabi saw. Sampai depa kata setelah Nabi saw wafat, semua sahabat Nabi termasuklah Abu Bakar as Siddiq r.a. jadi kafir. Kecuali dua tiga orang saja. Peristiwa Laila ini adalah salah satu hujah depa. Iaitu Abu Bakar merelakan pembunuhan orang Islam yang dilakukan oleh Khalid al Walid. Macamana cerita tu? Mai kita sama2 kongsi. Jom.... ---------------------------------------------------------------------------------------------- There was a beautiful young Arabian lady by the name of Laila binti al Minhal. Pada tahun 11H (633 M), setahun selepas kewafatan Nabi saw, dia adalah seorang isteri kpd Malik bin Nuwairah, seorang pemimpin Bani Yarbu' iaitu kelompok kecil dari Bani Tamim. Besa dengar Bani Tamim? Itulah yang dulu ada sikit kontrovesi antara Ustaz Don dan Wardina. Ustaz Don kata (dia melawak saja kot) yang Tamim tu maknanya Tanah Melayu ( Ta = Tanah, Mim = Melayu) Wardina pulak pi kata Ustaz Don cakap mengarut dan tegur dalam laman FB dia. Meletup! Awat depa nak gaduh dengan Ta dan Mim tu? Pasai Bani Tamim ni adalah salah satu aspek aqidah kita. Pemuda Bani Tamim adalah yang disebut dalam hadis sahih, yang akan membantu Imam Mahadi melawan Dajjal, masa dunia dah nak kiamat nanti. Jadi depa ada keistimewaan dalam ugama kita. Tak boleh buat main-main. So, bila Ustaz Don cakap Bani Tamim tu orang Tanah Melayu...macam tak berapa nak masuk cempua. Macamana dia boleh connect macam tu? Tu yang Wardina pi tegog dia tu. Lepas tu dengan Wardina pun kena pediah kiri kanan oleh peminat2 Ustaz Don. Gheyoh! Macam2lah hujah masing2. Cuma ni ada video Ustaz Don cuba nak explain.. http://www.youtube.com/watch?v=R7NAqwYRw1o (Cempua tu "calculator" lama kedai runcit dulu2lah = abacus) Oklah....tak payah kita pi bawak keluag cerita tu lagi. Dah settle dah pun. Balik ke cerita Laila dan Malik tadi. Depa, Bani Tamim ni, dok di utara Semenanjung Arab. Area Najd......dekat2 Bahrain, Kuwait sana Depa ni dah masuk Islam sejak zaman Nabi saw lagi. Dan Malik ni, since dia orang besar dalam kaum dia, diberi tugas collect zakat. Duit zakat dia hantag pi Madinah untuk agihan kpd kaum Muslimin. Dia tak pernah cuai. Tapi bila dia dengar yang Nabi saw sudah wafat, dia buat hal. Duit yang dia dah collect tu, dia samada pulangkan atau agih2kan sesama kaum dia. Dia kata dah tak ada tanggungjawab bayag zakat lagi. Lepaih tu, dia pi buat pakatan pulak dengan seorang yang mengaku jadi Nabi, bernama Sajjah binti al Harith. Yes....pompuan!! Tak pernah pulak kita dengar Nabi palsu dari kalangan wanita masa zaman Nabi dan sahabat dulu. Yang biasa dengar ialah Musailamah al Kazzab. Ada sebenarnya.... Itulah dia Sajjah...dia ni pun dari Bani Tamim dan sebab itulah Malik bin Nuwairah membuat pakatan dengan dia. So, Malik dah buat dua kesalahan besar semasa zaman Abu Bakar as Siddiq menjadi Khalifah. Tak bayar zakat, dan bersekongkol dengan Nabi palsu. Dengan itu perang di ishtiharkan atas dia. Darah dia dah jadi halal. By the way, Sajjah tak lama lepas tu bertaubat dan kembali ke dalam Islam dan berpindah ke Iraq. Dia menjadi Muslimah yang baik sehingga ke akhir hayatnya. Ada cerita menarik Sajjah ni pi kawin ekspress dengan Musailamah al Kazzab. Nabi Palsu Lelaki kawin Nabi Palsu Pompuan. Tu dia...!! Tapi kalau cerita hak tu, sampai tahun depan pun tak habis cerita Laila ni. Kita pun tak sentuh lagi macamana Khalid al Walid slot masuk celah2 Malik dan Laila ni. Dan macamana jadi point utk puak Syiah untuk kondem Abu Bakar as Siddiq r.a. So, jom kita sambung. |
Amboi...boh gambag Amy Search pulak. Tak pa la, nak kasi belen dengan gambag Wardina tadi. Bertepatan dengan tajuk cerita kita. Dan kalau nak kasi up mood sikit, dengarlah lagu Laila Namamu Teratas nyanyian Amy. http://www.youtube.com/watch?v=N4nngCpYBhA Harap terhibur. Minta maaf jugakla kalau ada antara hangpa yang rasa rock-rock ni tak padan dengan blog ni.... ----------------------------------------------------------------------------------------- Winter was approaching the Arabian Peninsular. It was November 632 AD. Mid- Sha'aban 11Hijrah. About 6 months after the passing of Rasulullah s.a.w. Khalid al Walid dan tenteranya sedang menjalankan operasi memerangi golongan murtad, Nabi palsu dan kumpulan yang enggan membayar zakat. Mereka dah put down Musailamah Nabi Palsu di Yamamah dan kini menuju ke utara, ke kawasan Bani Tamim. Dalam peta yang dulu, kawasan ini north-east of present day Riyadh. Pada masa yang sama Malik bin Nuwairah dan tribe nya, bukan saja tak mau bayar zakat. Depa dah bertambah nekad. Nak pi serang Madinah pulak. Pasai rasa dah kuat. Depa baru saja bertolak dan sampai di satu tempat bernama Butah (or Battah). Tapi timing depa dah off. Sekutu2 kuat depa, Musailamah telah dibunuh, dan Sajjah telahpun bertaubat dan relocated to Iraq. Tinggailah Malik terkontang kanting. Boleh ka nak lawan Khalifah ni? Nak pi ka tak nak pi? Nak pi ka tak pi? On the other hand, Khalid al Walid had been breathing fire, scorching all the rebellious elements from Madinah to the Gulf. Baru Malik terasa cuak, tak berbaloi rasanya nak continue. Cari nahas saja. So dia pun punggah barang, arahkan orang2 kampung dia balik. Dok diam2 dan jangan lawan Khalid. It was the only way to save their skins. Malik pun sama juga. Dia bawak family dia balik kampung. Dan lepak di rumah. Awaiting the inevitable. Sure enough, soon after, Khalid's army arrived. They promptly arrested Malik and his family. Including Laila. Depa dibawa ke perkhemahan tentera Islam untuk soal siasat. Khalid came over and proceeded to ask Malik a few questions. Dia nak pastikan atas alasan apa Malik tak mau bayag zakat. Pasai Baitul Mal tak agihkan properly ka, atau banyak sangat red-tapes ka.... Atau memang betoi dia dah kata zakat tak wajib. Which means dia dah murtad. Khalid tanya Malik, "Hei Malik, aku nak tanya. Awat hang tak mau bayag zakat?" Jawab Malik, "Alaa....tak bayag zakat pun tak boleh ka? What's the problem?" Khalid balas balik, "Hang kata no problem? Hang tau tak zakat dan solat ada perkaitan? Tak diterima salah satu, kalau yang satu lagi ditinggalkan. Hang tau dak?" "Sapa yang kata macam tu?" balas Malik. "Astaghfirullah.....Nabi lah yang kata." "Muhammad tu? Kawan hang tu dah mati." jawab Malik. "Weiii...kurang ajag hang no? Muhammad saw tu sahabat kita semua." Khalid dah naik hot. "Dia sahabat hang, bukan sahabat aku!" Malik bertegas dengan pendirian dia. Tidak mengakui perintah zakat dari Nabi saw. Begitulah keadaannya, sepanjang soal siasat tu. Khalid convinced yang dia dah murtad. Tapi, tak pa. Dia nak kasi chance cool down dulu. Kot2lah Malik sedar kesalahan dia dan tarik balik. Dia suruh Malik dan ahli keluarganya ditahan semalaman. Tapi macam kata awai2 tadi, masa tu bulan November. Musim sejuk dah hampir tiba. Khalid concerned about the well being of the detainees. Dia panggil dia punya pegawai tentera. Seorang yang bernama Dhirar bin al Azwar r.a. Dhirar ni kita akan dengar lagi pasai dia nanti. Satu karakter dalam sejarah Khalid al Walid. Adventurous maverick type.... Tak cakap banyak..... Go-ahead-make-my-day kind of attitude. Kata Khalid, "Dhirar....hang pi tolong kasi tahanan kita tu panas sikit." Maksud dia, malam tu sejuk, bagilah depa selimut, pasang unggun api ka...apa ka. Tapi, Dhirar ni dari satu kabilah Arab lain, lingo dia ada banyak slang. dalam bahasa depa, KASI PANAS tu....kasi settle lah! So, dia pi SETTLE lah. Arwahlah Malik bin Nuwairah malam tu! Bini dan anak2 dia tidak diapa-apakan. Esok, paginya Khalid yang tak tau apa-apa ni, minta bawa balik Malik untuk further interrogation. "Eh...bos. Kan semalam bos suruh kasi settle?" kata Dhirar. "Settle? Apa maksud hang?" tanya Khalid. "Ya la...bos suruh kasi panas. Saya pun tamatkanlah riwayat Malik..." "Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Awat hang buat lagu tu?" Terkejut Khalid , " Tak pa lah. What to do? Apa yang ditaqdirkan sudah pun berlaku." Dia tidaklah nak pursue apa2 sebab bagi dia, Malik memang lah bukan Islam lagi dah. Dia cuma nak try convince Malik utk reconsider dan masuk balik ke dalam Islam. So, tamat riwayat Malik. Tinggallah Laila. Apa jadi kat dia? The same day Khalid al Walid mengahwini Laila!! Jangan tanya aku pasai apa Khalid buat macam tu, sebab tak ada disebut kat mana2. The question was, whether halal ke tidak perkahwinan tu? Kerana kalau Malik bin Nuwairah masih Islam semasa dia di"panas" kan oleh Dhirar, maknanya, Laila tak boleh dikahwini. Sebab dia masih dalam iddah kematian suami. Tu yang jadi point musuh2 para sahabat r.anhum. Bukan saja Khalid bunuh orang Islam, tapi berzina dengan wanita dalam iddah! Betoi ka macam tu? Bukan saja kata Syi'ah, ada juga sahabat2 yang tak setuju perbuatan Khalid tu. Mungkin depa tak nampak apa yang jadi dalam soal siasat kemarin. Abu Qatadah al Ansari, salah seorang sahabat utama Rasulullah saw yang ikut sama dengan tentera Khalid masa tu, cabut balik pi Madinah. Dia laporkan semua yang dia saksikan pada Khalifah Abu Bakar r.a. Umar al Khattab r.a. pun dengar jugak. Umar apa lagi? Dia pantang dengar benda2 macam ni. Dia suruh Abu Bakar pecat Khalid al Walid serta merta dan hukum Khalid. Kata Abu Bakar, " Tak kan lah aku nak sarungkan "pedang" yang Nabi saw telah hunuskan." Dia tak terasa nak lucutkan kepimpinan Khalid yang mendapat gelaran pedang Allah dari Rasulullah saw. Baginda sendiri yang lantik Khalid jadi panglima tentera, tak kan Abu Bakar nak tarik balik? Begitu sayangnya Abu Bakar pada Nabi saw walaupun baginda sudah wafat. Namun begitu dia panggil jugak Khalid balik ke Madinah to straighten the issue. Supaya tak jadi fitnah di kalangan kaum Muslimin. Khalid sampai tak lama kemudian. Among the first person he met was Umar. Umar nampak saja Khalid, dia terus celapak pi. Dia confronted Khalid, cabut panah yang tercocok kat serban Khalid tu. Terburai serban dia! Marah sungguh Umar. Memang macam tulah prinsip Umar terhadap apa2 yang dia pandang tak kena, yang tak ikut Islam. Kita pun dah baca kisah Umar cekik Hisham bin Hakim yang baca surah al Furqan tak sama dengan cara dia baca. Kalau dah lupa cuba pi baca balik.... http://sukumasak.blogspot.com/2013/10/umar-al-khattab-ra-dengan-member-pun.html Anyway, Khalid tak nak lah gaduh2 dengan Umar. Dia terus pi mengadap Abu Bakar r.a.. Dia pun ceritalah his side of the story. Macamana Malik bin Nuwairah tetap berkeras tak nak bayar zakat, dan menolak kerasulan Nabi saw. Abu Bakar mendengar explanation Khalid dan jelas, tak ada apa2 yang salah dalam tindakan Khalid. Cumanya ada sedikit kekeliruan antara arahan Khalid dan pemahaman Dhirar. Jadi perkara tu settlelah di antara Khalifah dan panglima tenteranya. Cuma, ia kemudiannya menjadi bullet untuk Syi'ah menembak para sahabat seperti Abu Bakar dan Khalid. Depa kata sahabat ni sembunyikan fakta, Khalid patut kena hukum kerana membunuh dan berzina dan sebagainya. Gitulah songsang pemahaman kalau tak mau ambik tau sejarah sebenag. Dok main dengar cerita orang saja. Wallahu'alam. Tamatlah cerita Khalid dan Laila. Next kita akan pindah pi kepada cerita Khalid dan Dhirar bin al Azwar r.a. Dan pasai apa Dhirar digelar The Half Naked Warrior. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
02 September 2014
Khalid al Walid r.a. - Part 3 - Laila Namamu Teratas
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment