01 June 2014

Fudhail bin 'Iyad - Ali Setan dari Samarqand




Assalamu'alaikum,

Kenal gambag kat ataih?
Geng2 80an mesti kenal muka mamat sebelah kiri tu.
Itulah Azmil, pelakon cerita Ali Setan.

Tak kan tak ingat kot...? Azmil, Ogy, Sheila Majid pun ada.... dan lagu tu...

Dalam kehidupan ini,
Yang terindah,
Melalui usia remaja.....


Videonya kat sini..
http://www.youtube.com/watch?v=yCkKt9UOx44
Haaaa.....kalau dah jog the memory, tentunya kenal juga sapa yang sebelah tu.
Dia lah jugak. Azmil selepas 20 tahun kemudian.

Keluar dari dunia hiburan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Bukan dia sorang, dengan seluruh ahli keluarga dia!

Dan begitulah jugak yang kita dengar selebriti2 yg lain.
Ustaz Akhil Khay, Ustaz Azhar Idrus, Noorkumalasari, Mel Wings, Bob Lokman, Aishah dan ramai lagi.

Begitulah lumrah kehidupan. Ada manusia yang Allah nampakkan jalan secara pelan-pelan, ada yang secara tiba-tiba.
Ada yang dari kecik dah pakai jubah serban, ada yang sapa pun tak sangka nak pakai.

Orait, saja aku intro cerita artis2 berhijrah ni utk intro another character besar dalam sejarah Islam.
Juga seorang "Ali Setan" - tapi dari Samarqand.
Dia punya U-Turn lagi dahshat dari Azmil Mustapha.

Macam baguih saja cerita ni.
Jom kita dengar.

 --------------------------------------------------------------------

Sekitar 100H lebih sikit, kira-kira 70 tahun selepas kewafatan Nabi saw, lahirlah seorang bayi di wilayah Samarkand...Uzbekistan.

Namanya yang terkenal dalam kitab2 ialah Fudhail bin 'Iyad.
Oleh kerana lahir di Asia Tengah, maknanya dia bukan orang Arab lah.
Dia samada Uzbek atau Uiyghur.
Kemungkinan sama dengan Imam al Bukhari sebab dia dilahirkan di Bukhara, tak jauh dari Samarqand.

Fudhail ni muda2 terkenal sebagai gangster, highwayman, kutu berahak kata orang Kedah.
Kerja dok kacau orang, merompak, waylaid trading caravans yang dok berdagang dari Arab, Parsi ke Mongolia dll...

Kalau rajin tengok cerita Hindi atau Tamil adalah kot macam ni..


Ayoyo...ayyama!

Memang digeruni ramai. Kalau tak dak sebab jangan dok pi dekat dengan dia.
Because he got a fierce reputation.
Dia hidup penuh dengan kejahatan, sampai tak terpikiag dia ni akan jadi orang baik.

Sehinggalah nak dijadikan sebab, dia jatuh cinta pada seorang gadis.
Begitulah...orang kahag macam ni pun ada soft spot jugak rupanya.

Dia punyalah dilamun cinta, sampai tak nak berenggang dengan mak we dia tu.
Pantang lama sikit berjauhan, dah rindu.
Tak tepon, tak sms 4 jam, dah angau.

Maka, ditakdirkan pada suatu malam tu, Fudhail yang mabuk cinta ni, tak tahan lagi.
Dia celapak pi rumah gadis tu.

Terlihatlah dalam kegelapan malam Khorasan tu, satu bayang2 dok ghagaih tembok yang memagari rumah gadis tu.

Ghagaih tu hangpa tau apa?
Dalam Bahasa baku tak dak yang tepat........panjat la kot.
Tapi dalam English ada...to scale the wall/ fence or something like that.

...bayang2 tu, Fudhail lah.

Namun, sebaik saja dia berjaya melepasi tembok tu, dia terdengar bacaan al Quran, sayup2 gitu.

Siapa yang membacanya tak tahu lah, tapi terdengar oleh Fudhail ayat ini.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka."
(Al-Hadid ayat 16)

Tersentak Fudhail.
Macam ada orang petik suis lampu.
Dari gelap jadi terang dalam sekelip mata!

Begitulah kalau Allah sudah meniupkan hidayahNya kepada seseorang.

Cuba kita tengok pada pengalaman kita dengan kawan2 atau sanak sedara.
Kita punyalah berleter, bagi nasihat, sindiran, hantar emel, hint dalam FB, WhatsApp,
dan macam2 lagi kat kawan kita yang perangai tak senonoh tu, mat pit, kaki botoi,
cakap mencarut, pukui bini, tak pernah solat dan macam2 lagi.....tak makan-makan saman.
Sikit pun dia tak heran.

Tiba2 dia tengok anak kucing mati tepi jalan saja, insaf terus!

Begitulah dengan Fudhail.
Seakan-akan di seketika itu, Allah flip mukasurat baru kehidupan dia.
Dari mukasurat 1 (Fudhail jahat) ke mukasurat 2 (Fudhail baik).

Maka berkatalah Fudhail kepada dirinya., "Ya Allah! Sesungguhnya telah tiba masanya untuk aku, telah tiba masanya untuk aku."

Dia terus kensel dia punya agenda romantik malam tu, dan terus lari keluar dari pekan.
Lariiiii..........
Menuju ke kawasan yang tidak berpenghuni.

Sampai di tengah2 jalan, dia ternampak sekumpulan pedagang sedang bermalam.
Apabila dah hampir, dia menyorok di balik2 batu.
Tak nak bagi depa nampak dia.

Ada beberapa orang dari pedagang tu sedang berbual2.
Dia mendengar.

"Bang, jom kita bergerak." kata seseorang.

"Isyy, awatnya? Kita nak rehat dulu. Letih lagi ni." balas seorang daripada depa.

"Ya lah...awat hang kalut sangat ni?" kata seorang yang lain pulak.

Maka jawab yang mula2 tadi, "Hangpa tak tau ka? Tempat yang kita dok la ni, kawasan Fudhail bin 'Iyad!!"

"IYER KE??!!" terkejut depa.

"Tak kan aku nak muhong...aku dari tadi tak sedap hati. Sat lagi kalu, dia mai, habih kita!"

"Tak boleh ni...jom jom, kita cabut cepat!"

Fudhail yang mendengar semua perbualan depa, tersandar di batu.
"Astaghfirullah....selama ni aku hanyut dok buat kerja dosa ni, walhal ada manusia yang terketar-ketar hanya kerana dengar nama aku saja.
Buruknya perangai aku.
Sesungguhnya Allah telah membawa aku ke sini untuk memperlihatkan aku akan kejahatan aku."

Makin insaflah Fudhail malam tu. "Ya Allah, terimalah taubat aku."

Maka sejak malam itu, Fudhail terus resign dari kejahatannya, dan membawa dirinya ke tempat yang paling mulia.
Ke Masjidil Haram, Makkah al Mukarramah.

Di sanalah dia menghabiskan hidupnya mendalami ilmu agama dari ulamak2 besar, dan mengabdikan diri kepada Allah swt.
Kalau tak jumpa dia di sana, orang2 akan pergi pula ke Masjid Nabawi, dia ada di sana pulak.

Dari seorang penyangak yang namanya saja sudah menimbulkan kegerunan,
dia diiktiraf pula sebagai perawi hadis yang hebat.
Dan juga seorang ulamak yang zuhud dengan dunia dan sangat cintakan akhirat.

Kata-kata hikmatnya menjadi panduan umat Islam yang berhajat menyuci hati dari kekotoran.
Ada contoh kat bawah sana.

Begitulah U-Turn dia.

Kita ni.......kalau setakat u-turn pun, tak lah sampai kona baring macam Fudhail bin Iyad rahimahullahu Ta'ala.

Wallahu'alam.

------------------------------------------------------------------------------------

Kata-kata hikmat Fudhail bin Iyad,

Seorang mukmin sedikit bercakap dan banyak beramal,
seorang munafik banyak bercakap dan sedikit beramal.

Seorang mukmin
apabila dia bercakap, penuh dengan kebijaksanaan,
apabila dia diam, dia diam kerana berfikir,
apabila dia melihat, dia mengambil pengajaran,
apabila dia beramal, dia sedang memperbaiki dirinya.

Seorang mukmin akan menjaga rahsia dan memberi nasihat,
seorang ahli maksiat akan membongkar 'aib dan mencela.

Dunia ini bagaikan penjara, dan banduannya adalah orang gila,
Orang yang tidak waras pemikirannya akan sentiasa terpenjara.
(Maksudnya, orang yang sentiasa terikat dengan dunia, adalah yang tidak waras.)

Jangan bergaul dengan sesiapa kecuali yang baik akhlaknya,
kerana seorang yang baik akhlaknya tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kebaikan,
sedangkan seorang yang buruk akhklaknya tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali keburukan.


Begitulah antara kata-kata Fudhail bin Iyad.
Dia meninggal pada 187 Hijrah.

No comments: