20 August 2014

Khalid al Walid r.a. - Part 2 - Lompat Parti Dapat Jawatan



Pada bulan Zulqaidah 6 Hijrah termeterai perjanjian Hudaibiyyah antara umat Islam Madinah dan musyrikin Mekah.

Setahun lebih sikit, Khalid al Walid r.a. memeluk Islam pada bulan Safar 8 Hijrah.
Seterusnya, hanya 3 bulan kemudian, pada Jamadil Awal 8 Hijrah, umat Islam telah terpanggil untuk menghadapi puak Kristian Ghassan.
Dikhabarkan utusan Nabi saw telah dibunuh oleh puak2 Ghassan.

Maka Nabi saw pun mengumpulkan sekitar 3,000 orang tentera Islam untuk berangkat ke kawasan puak Ghassan ni, to correct the injustice.
Khalid al Walid pun join the campaign.

Puak Ghassan ni duduk di satu tempat berdekatan Mu'tah, Jordan.
Mu'tah....bukan mut'ah! Jangan silap pulak.
Mut'ah tu kawin kontrak ala Shi'ah.....

Mu'tah dan Madinah ada kot 800-900km.
Dalam peta Part 1 dulu, Mu'tah dengan Amman, capital Jordan, lebih kurang 90km.
Jauh jugak tu...

So, tentera seramai 3,000 orang ini pun bergerak menuju ke Mu'tah.
Nabi saw tidak ikut serta.
Baginda pun mengatur ranking kepimpinan sebelum depa bergerak.

 Tentera akan dipimpin oleh anak angkat baginda, Zaid bin Harithah r.a.
Sekiranya Zaid terkorban, dia akan digantikan oleh Ja'afar bin Abi Talib r.a., sepupu Nabi saw.
Dan sekiranya Ja'afar pula terkorban, Abdullah bin Rawahah r.a. pula yang akan menggantikannya.
Abdullah adalah artis selebriti Madinah, dia terkenal dengan peyair terkemuka di kalangan para sahabat.

Begitulah caranya Rasul saw memandang kepada orang2 yang rapat dan baginda sayangi.
Bukannya beri jawatan, beri harta dan duduk bermewah.
Tapi beri jawatan dengan pergi jihad, di barisan hadapan menghadap maut.
Walaupun antaranya hanyalah penyair.

Kemudiannya Nabi saw bersabda, sekiranya ketiga-tiga depa gugur, pasukan Islam boleh lantik sesiapa saja yang depa persetujui.

Dengan itu depa pun bergerak menuju ke Mu'tah.
Masa tu pun dah dengar khabar, puak Ghassan telah mengumpulkan seramai 100,000 tentera.
It's 30 to 1 ratio....makna kata sorang tentera Islam kena lawan 30 orang!

Tak pa, dengan semangat jihad yang tinggi, depa pi jugak.

Sometime later they arrived at a staging point in Ma'an.
It is 200km south of Mu'tah.


Di sini berita yang lebih menggemparkan menanti depa.
Tentera Ghassan yang seramai 100,000 orang tu, telah disertai oleh tentera Rom seramai 100,000 lagi di bawah pimpinan Emperor Heraclius.
Dah jadi 3,000 vs 200,000....sorang lawan 60 orang!

Ni macam bukan lagi menuju kekalahan teruk...tapi annihilation!
Tergoyang sikit semangat depa yang tadi berkobar-kobar tu.
Apa nak buat ni?

So, depa berenti dan berbincang strategi.
Ada yang mencadangkan supaya tunggu dulu.
Hantar utusan pada Rasulullah saw.
Minta tambahan tentera.

Setelah dua hari berbincang, tidak ada apa2 keputusan yang dapat.
Lalu Abdullah bin Rawahah kata, " Wahai kaum muslimin, kita berperang bukan dengan kekuatan atau dengan senjata, tetapi kerana iman kita. Ayuh! Kita hanya antara dua pilihan yang keduanya kita idamkan, menang atau syahid."

Mendengar kata2 Abdullah, depa pun jadi bersemangat semula.
Sesungguhnya mendapat salah satu dari keduanya adalah kemenangan.

Maka pada 5 Jamadil Awal 8 Hijrah bertembunglah kedua-dua pasukan yang tak seimbang ini.
Samada 30 atau 31 Ogos 629 Masihi.

So, senang ingat, kalau sampai Hari Merdeka ingatlah hari tentera Islam yang ciput itu bertembung dengan gigantic army at Mu'tah.

Khalid al Walid mengambil barisan tengah bersama2 Zaid bin Harithah.

Sebagaimana dalam hadis, kita dah tahu, Zaid bin Harithah gugur.
Panji tentera disambar oleh Jaafar bin Abu Talib.
Serta merta he was set upon by the enemies. Lengan kanannya ditetak putus.
Panji diambil dengan tangan kirinya. Lengan kirinya pulak ditetak putus.
Panji dipeluknya dengan sisa tangannya lalu pedang2 musuh menamatkan riwayatnya.
Dia pun gugur dengan lebih 90 tikaman ditubuhnya.

Abdullah bin Rawahah pulak mengambil panji.
Dengan syair2nya dia menerobos masuk ke dalam tentera musuh,
Dia pun syahid.

Maka habislah kesemua pimpinan tentera yang telah dipilih oleh Rasulullah saw.
Thabit bin al Arqam, seorang sahabat senior, mengambil panji tentera dan berteriak.
"Wahai umat Islam! Lantiklah seorang ketua di kalangan kita!!"

Maka tiadalah lagi yang depa nampak melainkan Khalid.
Seorang pahlawan yang sudah terbukti kalibernya.
Walaupun baru hanya 3 bulan menjadi Muslim.

"Lantiklah Khalid al Walid!!!"

Kata Khalid, "Aku tidak layak. Seeloknya Thabit kerana dia lebih lama beriman dari aku."

Jawab Thabit, "Bukannya aku, kerana engkaulah yang paling mahir peperangan dari kami semua!"

Lalu, panji itu diserahkan kepada Khalid al Walid. Dan dia memegang amanah itu.

Kesemua kejadian ini telah disampaikan secara langsung oleh Jibril a.s. kepada Nabi saw di Madinah.
Jibril described the scene of fighting and the deaths of Zaid, Jaafar and Abdullah r.anhum.
Nabi saw menyampaikan terus kepada para sahabat.

Dan apabila panji dipegang oleh Khalid bin Al Walid, Jibril pun menyampaikan pada Nabi s.a.w.
Baginda bersabda, " Telah sampai panji kepada salah satu pedang dari pedang2 Allah. Maka Allah mengurniakan mereka kemenangan."

Sejak hari itulah Khalid al Walid mendapat gelaran Saifullah, Pedang Allah.

When Khalid accepted, the situation was dire.
The enemy was huge compared to the size of Muslims.

Walau macamanapun casualties were low.
Hanya 12 tentera Islam syahid.
Tapi tak tau lama mana depa boleh bertahan .

Khalid mengatur strategi.
Untuk peringkat awal hari tu, dia mengumpulkan semua tentera Islam dan menyerang habis2an.
They plowed straight into the heart of the enemy line.
Attack is the best form of defence...sejak zaman tu lagi.

Gabungan tentera musuh terkejut dengan asakan tentera Islam.
Depa pulak terpaksa bertahan.
Panglima tentera Ghassan yg bernama Malik bin Zafilah dapat dibunuh.
Depa lagi kalut.

Di dalam hadis Bukhari, Khalid menceritakan dia patah 9 bilah pedang hari tu.
Punyalah ferocious the clash.
He ended up with the 10th sword.

With that thrust they fought until night fell on the battle scene.
Apabila dah gelap, masing2 balik ke base. To replenish and take stock.

Khalid tahu, kekuatan musuh amat besar dan depa mungkin tak akan dapat bertahan lama.
Malam tu dia merancang strategi baru.

Dia pecahkan tentera2 Islam kepada beberapa kumpulan kecil.
Dalam kegelapan malam, unit2 kecil berkuda ini bergerak dan mengambil posisi di serata medan perang.
Menunggu saat masing2.

Apabila tiba waktu siang, Khalid dengan kumpulan utama maju lagi ke barisan hadapan.
The enemy moved forward and confronted them.
Looked like a heavy battle was on for another day.

Kemudian satu persatu, in delayed intervals, unit2 kecil berkuda yang diatur Khalid mula bergerak.
Tapi depa tak terus masuk barisan, they just moved their horses slowly in spots, raising dusts as much as possible.
Dari jauh nampak macam kumpulan besar sedang mara.

Dari kiri ada kumpulan, dari kanan ada, dari belakang bukit ada.
Habis yang tu, ada lagi debu berkepul2 dari kejauhan.

Tentera2 Ghassan dan Roman dah cuak. Tak berani maju.
Nampak macam tentera2 Islam menerima reinforcement dengan jumlah yang banyak.
Masuk sat lagi cari nahas saja.

In the mean time, Khalid dah arahkan supaya depa buat strategic withdrawals.
Sambil2 bergerak dalam debu tu, depa sebenarnya berundur.
Khalid sebenarnya nak selamatkan tentera Islam.

Akhirnya bila dah dalam jarak yang selamat, depa berhenti.
Tentera musuh tidak ikut, kerana bimbang ada perangkap menanti.

Dengan itu, Perang Mu'tah berakhir begitu saja.
Khalid berjaya membawa pasukan Islam pulang dengan selamat ke Madinah.
Casualty hanya seramai 12 orang sahabat.

Tentera Ghassan dan Roman kehilangan ribuan anggota.
Dan sudah tertanam di hati mereka rasa gerun dengan kekuatan Islam.
Dalam masa beberapa tahun lagi seluruh wilayah mereka di Syam akan dimiliki Islam.

Wallahu'alam.

Mana kisah Lompat Parti tu?
---------------------------------------------------------------------------
ps

Bukan lompat parti...cuma change side.

Saja nak ambil pengajaran apabila Thabit bin Arqam lantik Khalid sebagai ketua perang.

Apabila seseorang itu berkelayakan, walaupun dia orang baru dalam organisasi,
tidak patutlah orang lain diambil menjadi ketua walaupun dia lebih senior...
sedangkan yang senior tu, deadwood saja.
Tak kiralah orang baru tu pernah jadi musuh kita dulu.

Ni yang jadi kat negeri Pasir Berdengung.... kalau orang lain join parti dia, dia tak bagi pegang apa2 jawatan,
pasal ada lagi mala'on yang dah lama duduk berkerak dalam parti dok tunggu masa nak naik.
Mana boleh potong queue?
....... walaupun orang baru tu memang lebih dari layak.

Lepas tu kalau jawatan dapat kat orang lain....dia keluar parti.
Tapi takat dua hari sajalah.
Bukan negeri kita lah, negeri Pasiag Berdengung....he he.
Itu pengajaran cerita lain nanti masa Khalid dilucutkan jawatan oleh Umar al Khattab r.a.

No comments: