26 December 2013

Pengsan Sebab Mandi Wajib


Assalamua'laikum wbt,

Ini malam Jumaat terakhir utk tahun 2013. So mai lah kita tutup edisi Ringan-ringan Malam Jumaat tahun ni dengan satu cerita yang tajuk pun dah agak pelik.

Tak pernah dengar lagi orang mandi wajib sampai pengsan..

Sekitar tahun 600 Hijrah.
Di sebuah masjid di Damsyik, seorang anak muda sedang nyenyak tidur.

Musim sejuk masa tu. Mungkin around this time of the year in Syria.

Nama pemuda tu Abdul Aziz. Dia budak miskin. Tidog di masjid lebih selesa dari tidog di rumah.

Nak dijadikan cerita, tengah2 dia sedap tidog tu, dia bermimpi.
Dan mimpi dia mimpi yg baguih punya.

Punyala baguih sampai dia ter "accident".

25 December 2013

Rantai Untuk Kak Long


Rantai itu dulunya kepunyaan emak. Emak hadiahkan pada Kak Long pada hari perkahwinan kakak.

Kak Long amat sayangkan rantai tu. Tambah2 sejak emak meninggal, rantai itu memberi lebih banyak makna pada Kak Long.

Tapi demi sayang Kak Long pada suaminya, dia rela berpisah dengan rantai emak tu.

Rantai itu kini berada di tangan Rasulullah s.a.w.

-----------------------------------------------------------------------------

Oooo…cerita sirah rupanya. Macam drama pulak.

Jom kita imbau kembali 15 tahun sebelum tu.

Zainab binti Muhammad r.anha adalah anak sulung Rasulullah saw, anak pertama hasil perkahwinan baginda dengan isteri tercinta Khadijah binti Khuwailid r.anha.

Dia dilahirkan ketika Nabi saw berusia 30 tahun.
10 tahun kemudian baginda didatangi Jibril as di Gua Hira membawa wahyu dari Allah swt.

Maka dengan itu risalah kenabian pun bermula dan orang yang pertama memeluk Islam adalah ahli keluarga baginda, iaitu Khadijah dan anak2 mereka, selain dari beberapa sahabat terdekat.

Pada usia 10 tahun, rupa2nya Zainab sudah bergelar isteri. Dia dikahwinkan dengan Abu al-‘Aas bin Rabi’, anak sedara Khadijah sendiri, sebelum bapak mertuanya bergelar Rasulullah saw.

24 December 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a. - Stapler Pejabat


Terlalu banyak cerita mengenai nilai integriti dan rasa kepertanggungjawaban Umar bin Abdul Aziz r.a. semasa dia memerintah sehingga kita macam tak lojik.‎

Tak ada manusia yang pernah kita jumpa bersifat begitu. Tapi itulah yang sebenarnya.

Suatu malam apabila telah selesai meneliti urusan kewangan negara , pembantu dia tanya, “Apa khabar keluarga mu Ya Amirul Mukminin?”

Mungkin dia tanya sebab concern, sebab macamana Khalifah nak sara keluarga dengan 2 dirham sehari. Pembantu dia tu pun gaji lebih dari Khalifah.

Bila dengar soalan tu, Umar bin Abdul Aziz terus padamkan lilin yang menerangi pejabat depa.
“Eh…apahal pulak ni, rahsia sangat sampai nak kena cerita dalam gelap?” mungkin itulah yang difikirkan pembantu dia.

Umar kemudian menyalakan sebatang lilin lain.

“Kenapa padam lilin tu dan pasang lilin ni pulak, wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar, “Lilin tadi adalah harta negara. Bila engkau tanya hal keluarga aku, dah jadi hal peribadi. Jadi aku nak jawab, kenalah aku guna lilin yang aku beli sendiri.”

Subhanallah!

05 December 2013

Fatimah binti Abdul Malik r.h. - Cincin First Lady

Terlanjur cerita First Lady ni, elok juga aku ceritakan beberapa catatan mengenai Fatimah binti Abdul Malik ni.

Bukan apa... mungkin boleh jadi iktibar untuk first ladies yg dok baca cerita ni, FL yg ada di rumah kita, dan semua yg dimartabat sebagai first ladies di luar sana.

Fatimah ni asal usul dia keturunan kerabat2... atok dia Marwan bin Al Al Hakam adalah Khalifah Bani Umayyah yang ke-3.
Ayah dia Abdul Malik bin Marwan pun khalifah jugak selepas atok dia meninggal.

Lepas tu abang2 dia Al Walid dan Sulaiman bin Abdul Malik pula jadi Khalifah....so dia lahir dan dibesarkan di dalam suasana istana.
Mewah...harta bertimbun, dikelilingi pelayan2 dan semua yang nak dia dapat.

03 December 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a. - First Lady Tak Pakai Tudung


Suatu hari di Damsyik.

Seorang wanita datang ke kediaman khalifah untuk meminta bantuan.
Dia terserempak dengan Fatimah binti Abdul Malik, isteri Khalifah.

Dia tengok Fatimah tidak bertudung...sedangkan di situ ada seorang pekerja lelaki sedang repair dinding rumah Khalifah.

"Datin Seri! Awat tak tutup aurat? Tak takut dosa ka?", direct saja dia sound first lady.
Sedangkan dia tadi mai nak minta bantuan.

"Awatnya? Bukannya ada lelaki bukan mahram kat dalam rumah ni." jawab Datin Seri Fatimah.

"Tu!" tunjuk wanita tu pada pekerja yg sedang dok repair dinding rumah depa.

"Laaa....tu laki aku." jawab Fatimah.

"Ehhh....ye ke? Sorrilah....maafkan saya, Ya Amirul Mukminin, sungguh.... saya tak kenal tadi." gabra wanita tu.
Dah kantoi sangat.