Nak tau cerita penuh baca juga.... Part 1 dan Part 2 dan juga Part 3....klik la mouse kat situ. Ini adalah episod terakhir mengenai sahabat yang mulia Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. Diriwayatkan di dalam beberapa hadis riwayat Imam Ahmad, Baihaqi, Nasa'i dll, cerita dia lebih kurang beginilah. Anas bin Malik r.a., pembantu Nabi saw menceritakan; Suatu hari sedang kami duduk bersama Rasul saw, tiba2 baginda berkata, "Nanti akan datang pada kita seorang penghuni syurga." Depa pun tunggu. Tengok2 mailah seorang sahabat, mengilik kasut dia sedangkan janggutnya masih basah dengan air wudhu yang menitik jatuh ke lantai. "Oooo...dia ni ka..." They left it at that. Esoknya cam tu jugak. Nabi saw sebut sat lagi mai penghuni syurga, sahabat yang sama muncul dengan basah air wudhu di janggutnya. Esoknya pun macam tu jugak.....3 hari berturut2 Nabi saw cakap macam tu. Tak dak orang lain ka? Special sangat ka dia ni? Maka seorang sahabat yang muda bernama Abdullah bin Amr bin Al-Aas, pun decide nak tengok apakah keistimewaan sahabat ini sampai kat dunia lagi Nabi saw cakap dia dah confirm ahli syurga. So, dia ikut pi rumah sahabat tu, Sahabat tu tanya dia, "Awat hang ikut aku ni?" Dia jawab," Sajaa.....ayah saya marah kat siya tadi. Siya tak berani balik rumah. Boleh siya tumpang tidur rumah tuan 2-3 hari sampai ayah siya cool balik?" Sahabat tu tak tanya banyak, Amru bin Al-Aas tu pun sahabat dia jugak, so dia biar saja Abdullah menumpang. Sepanjang 3 malam Abdullah tidur tu, dia dok perati perbuatan sahabat tu.....apakah yang lebih dan spesialnya sampai dah chop ahli syurga tu. Kot2lah solat malam 1000 raka'at ka, zikir memanjang2 ka, khatam Quran 10 hari sekali ka? Tengok punya tengok....tak ada apa2 pun yg istimewanya. Dia tak bangun pun solat malam, tak de pun zikir2 berterusan. Kalau ada pun, kalau terjaga malam, dia akan ucap "Allahu akbar," then pusing badan, tidog balik sampai ke subuh. Heran Abdullah. Kalau macam ni punya amalan, ramai lagi orang yang lebih dari dia. Pasai apa dia pulak yang jadi ahli surga? So, sampai 3 hari, dia pun approach sahabat tu. "Jangan marah ya....siya nak tanya tuan sikit. Sebenarnya ayah siya tak marah siya pun, cumanya siya mai tumpang tidog ni nak tengok apakah amalan tuan. Sebab hari tu Rasul saw habag kat kami semua yang tuan ni adalah ahli syurga. Dah 3 malam siya tengok, tak dak apa2 pun yg spesel. Kot2lah tuan buat something yang siya tak nampak.....ada ka?" Kata sahabat tu, " Ooo...pasai tu ka? Yang hang tengok tulah yang aku buat. Tak lebih tak kurang." "Dah tu, camna Rasulullah kata tuan ni ahli syurga?," tanya Abdullah tak puas hati. "Tak taulah," kata sahabat tu, " cumanya kalau adapun.....aku ni tak pernah simpan apa2 rasa sakit hati ka, buruk sangka ka, kat saudara2 Muslim. Kemudian aku tak jeles pada apa2 kebaikan atau kelebihan yang sahabat2 aku dapat yang aku tak ada. Tu saja." Lalu kata Abdullah," Oooooo....kalau macam tu, memang patutlah tuan ni ahli syurga. Saya sendiri tak mampu nak buat." Dan itulah sahabat kita yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. Jadi sebelum tidur malam ni, mailah kita periksa diri masing2, ada tak kita ni masih ada perasaan sakit hati, jauh hati, kecik hati, iri hati, kat sapa2 dalam dunia ni? Kat kawan opis ka, yang career advancement dia dah potong kita, walaupun dia budak baru? Kat bos ka, yang nampak macam tak appreciate kerja dan pengorbanan kita kat opis dan bagi lebih bonus pada member2 yang kerja tak seberapa? Kat adik-beradik ka, yang tak tolong sikit sebanyak walaupun depa memang kaya dan depa tau kita ni tak berapa cukup? Kat jiran sebelah rumah ka, yang selalu parking kereta lebih sikit sampai termasuk depan pagar rumah kita? Kat makcik bazaar Ramadan yang juai cucuq udang yang nampak power tapi balik rumah tengok tepong saja lebih? Atau mamat yang juai durian bau bagus, tapi isi semua mangkag... Dan lain-lain....... Kalau ada, cuba kenselkan...dan gantikan dengan ingatan yg baik2 pada depa.....bolehka? Bukan malam ni saja.....tiap2 malam. ------------------------------------------------------------------------------------- Nota Kaki: Begitulah berakhirnya cerita2 mengenai Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. Sebenarnya banyak lagi, tapi ruang tak mengizinkan...... terutamanya sikap berkecuali dia semasa konflik antara Ali dan Muawiyyah r.anhuma, dan perjalanan da'wahnya ke China sehingga dia menjadi the most revered sahabat di kalangan masyarakat Cina. Aku akhiri dengan sebuah hadis sahih riwayat Muslim yang bersumber dari Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. Hadis ni ialah satu anjuran yang amat mudah untuk kita semua amalkan tapi besar pahalanya. Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya: “Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: “Lemahkah (yakni Mampukah) salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitulah dia bertasbih (mengucapkan Subhanallah) sebanyak seratus kali tasbih. Nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan. Siapakah antara kita yang boleh claim boleh buat 1000 kebaikan sehari? Atau siapakah antara kita yang boleh claim tak ada kejahatan yang nak dikenselkan? Maka ucapkanlah Subhanallah selalu. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
09 August 2011
Sa'ad bin Abi Waqqas_Final Part (Penghuni Syurga)
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment