31 August 2011

Zaid al Khair r.a._Mencari Pencuri Unta




Selama ni kita dok baca atau tengok movie cerita kehebatan Robin Hood atau Legolas Greenleaf dalam Lords of the Ring.

Eoklah benor kalau kita juga ada alternative bedtime stories utk anak2.
Yang Islamik punya.

This is that kind of story.

Ia mengenai seorang sahabat bernama Zaid al-Khair r.a.

Sebelum dia menerima hidayah...dia hidup sebagai seorang highwayman....
Kalau hangpa dah lupa apa tu highwayman, cuba2lah imbau kembali cerita Dick Turpin masa zaman budak2 dulu.
Aku baca cerita Dick Turpin masa kat Sekolah Kebangsaan Gurun dulu.

Nama Zaid masa zaman Jahiliyyah dulu ialah Zaid al-Khail (Zaid pemilik kuda) pasai dia memang pakar kuda. Setelah dia masuk Islam, Rasul saw menukar namanya kepada Zaid al-Khair (Zaid pemilik kebaikan).


Cerita ini berlaku sebelum Zaid memeluk Islam.
Di taqdirkan Allah, pada suatu tahun, terjadi kemarau yang panjang di Semenanjung Arab.

Boleh bayangkan sendirilah....Arab ni memang dah kurang hujan, kemarau panjang lagi.
So tentulah dahsyat keadaannya.

Binatang2 ternakan, tanam-tanaman makin lama makin kurang.

Dek kerana tak tahan dengan kemarau yang berpanjangan itu, seorang lelaki dari Bani 'Amir telah meninggalkan kampungnya dengan tujuan untuk mencari jalan menolong keluarganya.

Dia bertekad tidak akan pulang melainkan mendapat sesuatu 
supaya kabilahnya boleh terus survive.

By hook or by crook, dia mesti dapatkan juga.....maklumlah masa tu zaman Jahiliyyah.

Beberapa hari berjalan kaki dia sampai ke satu penempatan.

Dia perhati, ada beberapa khemah yg cantik2, ada kuda 2-3 ekor, tapi tak dak orang.

"Hmm...orang tak dak. Ini can bagus...mungkin ada kambing ka, unta ka boleh aku kebas,"

Pelan2 dia pergi dari satu khemah ke satu khemah, jengok2 ke dalam.

Tak ada sapa pun.

Until dia sampai ke satu khemah yang lebih cantik dan besar dari yang lain.
Dia pun hendap tengok.....ada orang!

Dalam tu dia nampak......
mak we cantik?

Tak ada lah, jangan hangpa dok berangan.
Bersihkanlah kepala otak hangpa semua.

Dalam tu dia nampak sorang tua yang dah lanjut umurnya.....
Hampeh!

Tak pa.
Since dah tak dak orang lain kat situ, dia pun naik heran.
Apa orang tua ni buat kat tengah2 padang pasir ni sorang2?

So dia decided untuk tunggu, nak tengok apa akan jadi pada seterusnya.
Lagipun hari dah lewat petang.

Dia dok saja di luar khemah orang tua tu, ....menyorok di belakangnya.

Dekat2 Maghrib, matahari pun dah hampir2 tenggelam, lelaki dari Bani 'Amir ni nampak segerombolan lelaki menghampiri khemah tu.

Di hadapan sekali ialah seorang lelaki bersusuk tegap di atas kuda yang juga tidak kurang hebatnya. Itulah dia hero kita, Zaid al Khair.

Dia diikuti oleh beberapa orang lelaki dan sekumpulan unta.





Mengetuai unta-unta itu ialah seekor unta jantan.
Unta jantan ni nampak macam ketua unta2 tu... mengikutinya berpuluh2 unta betina.

Sampai saja ke kawasan khemah, unta jantan tu pun duduk.
Perbuatannya diikuti oleh unta2 betina lain.


Zaid al Khair kemudiannya menuju ke khemah orang tua tadi.
Diikuti oleh seorang khadamnya.

"Hang pi perah susu kambing, bagi kat Syeikh ni!" perintah Zaid kepada khadamnya.
Sebenarnya orang tua tu ayah Zaid.

Lelaki dari Bani 'Amir yg still menyorok  belakang orang tua tu, remained low.

Khadam tu pi perah susu dan bawa semangkuk susu dan diberi pada orang tua tu dan meninggalkannya.

Orang tua tu minum separuh susu tu dan letak di sebelahnya.

Lelaki Bani 'Amir tu dah lama dah tak minum susu kambing akibat kemarau.
Terliog dia.......

Bila orang tua tu tak tengok, pelan2 dia sua tangan, ambik mangkok tu, dan perabih susu tu dengan sekali harung......
Aduhhhhh.......nikmatnya tak terkata.

Dia letak balik mangkok susu tu kat tempat asalnya.
Macam tulah kejadian malam tu, khadam tu bawak mai lain2 makanan dan minuman, kari kambing, unta masak kicap, asam pedas, ABC dll, orang tua tu makan sikit, lelaki Bani Amir tu tolong peghabih.

Begitulah yg berlaku hinggalah larut malam.....

Akhirnya semua dah pakat kenyang, semua ahli kabilah itu masuk khemah masing2 dan tidur.

Finally, lelaki Bani Amir tu saw his chances.
Dia pun pelan2 pi ke tempat unta2 diikat.

Lalu, dia lepaskan semua unta2 betina dulu.
Then, dia buka tali pengikat unta jantan tu dan led him away.
Sure enough, unta2 betina ikut si jantan tu.

So, dia pun tak tunggu lagi, terus beredar dari perkhemahan itu dan berjalan tidak berenti2.
Dia takut kabilah tu terjaga maka habislah dia.....zaman Jahiliyyah ni!

Dah rasa jauh sikit, dia pun mengenderai unta jantan tu...turun bukit naik bukit, 
sambil2 pandang belakang....
kot2 ada orang kejar dia.

Sampailah satu perjalanan yang agak jauh, dia pun rasa dah selamat dah.
So, dia dan unta2 tu berenti rehat for the night. 

Bila siang nak menjelang, dia pun siap2 utk sambung perjalanan ke kampungnya.

Tengah dok siap2 tu, dia nampak nun jauh di sana kepulan2 debu.
Makin lama makin dekat.
Makin kuat juga bunyi kuda berlari pantas!


Naya!!

Dia pun mengeluarkan panahnya dan meletakkannya di busur;
dia menetapkan sasarannya pada ketua pasukan berkuda tu dan menunggu sehingga depa berada pada suatu jarak yang within shooting range.

"BERHENTI!!" laung nya, "Cukup takat tu. Perkenalkan diri kamu!"

Orang itu berhenti, "Akulah tuan punya unta yang hang curi tu!"
Itulah Zaid al Khair, hero kita.

Dia terkejut, walaupun half-expected, " Apa hang nak?"

"Aku nak balik unta2 aku!" kata Zaid.

"Kalau aku tak mau bagi, hang nak buat apa?" kata lelaki Bani Amir tu.

"Aku akan bunuh hang!" selamba saja dia cakap, macam beli ikan termenung kat pasar saja.

Zaid pun mengeluarkan panahnya dan meletakkan ke busur lalu menghalanya ke lelaki Bani Amir pulak.

O..o....it's showdown at OK Corral.

"Hang nak bagi ka dak?" tanya Zaid lagi.

"No way Jose," kata mamat perampok tu, "Unta2 ni aku punya sekarang. Aku ada keluarga yang menanti di kampung. Depa dah lama menderita kelaparan. Aku dah berjanji tak akan balik kampung selagi tak dapat apa2."

Stand-off.

"Tak boleh brader......hang telah mengambil hak orang," kata Zaid.

Lelaki Bani Amir tu masih menghalakan panahnya kepada hero cerita ni.
"Over my dead body!"

"Baiklah, dah hang ketegag jugak, aku tak dak pilihan lain. 
Tapi sebelum aku bunuh hang, dan sebab hang ada anak bini, aku nak kasi hang can dulu. Supaya hang tak menyesal." kata Zaid.

"Ok, can camna tu?" tanya lelaki Bani Amir tu.

"Cuba hang tengok kat tali pemegang unta jantan tu, hang habag kat aku apa ada pada tali tu?.....," kata Zaid.

Dia pun belek2, "Ada tiga simpulan kat tali ni." katanya.

"Okay.....la ni aku mau hang tunjuk simpulan mana yang hang nak aku panahkan."

"Hang biag betoi....!" kata lelaki Bani Amir tu.

"Hang tunjuk sajalah.....jangan dok cakap banyak," kata Zaid lagi.

"Ok...ok....hak ni!" kata lelaki tu sambil menunjuk kepada simpulan yang tengah.

Piunnggggggg! THWACK!! 

Tepat panahan Zaid, melekat panah kat simpulan tengah tu.
Ternganga lelaki Bani Amir!
"Mampoih aku!", bisiknya dalam hati.

"Ok....hak mana pulak? Tunjuk kat aku!" kata Zaid lagi.

Dia tunjuk yang atas.

Piunggggggggg!!! DUSH!!

Berderai simpulan yang atas.

"Lalu sikit, aku nak tembak yang bawah pulak!"

Tak payah ceritalah......memang kena punya.

Nak pendek cerita, lelaki Bani Amir tu pun serender.
Terpaksalah bagi balik unta2 yang dicurinya.

"La ni hang nak buat apa kat aku?", tanya lelaki Bani Amir tu.

Kata Zaid, "Don't worry. Aku tak berniat nak bunuh hang. Aku tau la ni ramai orang dalam kesusahan. Kemarau pun tak nampak tanda2 akan berakhir"

Sambung Zaid lagi ,"Cam nilah.....walaupun aku kesian kat hang, aku tak boleh kasi unta2 ni. Unta2 ni aku dah janji nak bagi kat adik pompuan aku."

"Tapi tak apa. Malam ni hang ikut aku. Kita sama2 pi rompak unta lain pulak. Kalau dapat, hang boleh ambik bahagian hang."

La.......unta tu pun hasil rompakan jugak!

Bukankah aku cakap awal2 tadi, Zaid ni kan gangster masa zaman Jahiliyyah......el mucho gringo.
Tapi el gringo yang ada kelas gitu.

Walaumacamanapun bila dia masuk Islam dan menjadi sahabat Nabi saw.

It shows that, no matter how colored are your pasts, there's always hope. 

Wallahu'alam.

No comments: