Showing posts with label Sejarah Sempoi. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Sempoi. Show all posts

27 March 2014

Battle of The Masts

Assalamualaikum semua,

Mungkin hangpa tak tahu bahawa karakter Captain Jack Sparrow dalam cerita2 Pirates of The Carribeans dikatakan berasal dari seorang pelaut dalam sejarah lampau yang dikenali dengan nama Captain Jack "Birdy" Ward, atau nama Islamnya Yusuf Reis.

Hangpa boleh  baca kisahnya  dalam website Imam Suhaib Webb.
http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/

Ni aku nak cerita satu lagi kemungkinan connection di antara
 Pirates of the Carribean (POTC)  dengan sejarah Islam.
Hangpa ada tengok kot cerita2 POTC ni?
Kalau tak tengok pun, angguk sajalah....

23 January 2014

Sultan al Ulama' al-'Izz ibn Abdussalam - Minum Ayag Basuhan Kaki



Sambungan dari cerita sebelum ni, mai kita selami sedikit cerita kehidupan Sultan al Ulama', Sheikh al-'Izz ibn Abdussalam r.h.

Sebelum kita mula cerita Sultan al Ulamak ni, elok kita kasi background sejarah sikit.

Sheikh al 'Izz ibn Abdul Salam dilahirkan pada tahun 577Hijrah (1181Masihi) di Damsyik dan meninggal pada 660H (1261M) di Mesir.

Masa tu empayar Islam berkonflik dengan dua kuasa besar.

On one hand... the Crusades campaign oleh tentera2 Kristian dari Europe, yang bermula 1096M dan berakhir around 1270M.
On the other hand...tentera2 Mongol di bawah Genghiz Khan mula melebarkan wilayahnya dari Asia Tengah yg bermula sekitar 1200M.

Jerusalem (Baitul Maqdis) fell into Christian hands in 1099.
Pahlawan Islam, Salahuddin al Ayyubi kemudiannya telah mengambil semula Baitul Maqdis dan semua wilayah Syam daripada puak Kristian pada 1187 (masa tu Sheikh al Izz berusia 6 tahun) dan seterusnya mewujudkan pemertintahan Ayyubiyah di sana dan juga di Mesir.

05 December 2013

Fatimah binti Abdul Malik r.h. - Cincin First Lady

Terlanjur cerita First Lady ni, elok juga aku ceritakan beberapa catatan mengenai Fatimah binti Abdul Malik ni.

Bukan apa... mungkin boleh jadi iktibar untuk first ladies yg dok baca cerita ni, FL yg ada di rumah kita, dan semua yg dimartabat sebagai first ladies di luar sana.

Fatimah ni asal usul dia keturunan kerabat2... atok dia Marwan bin Al Al Hakam adalah Khalifah Bani Umayyah yang ke-3.
Ayah dia Abdul Malik bin Marwan pun khalifah jugak selepas atok dia meninggal.

Lepas tu abang2 dia Al Walid dan Sulaiman bin Abdul Malik pula jadi Khalifah....so dia lahir dan dibesarkan di dalam suasana istana.
Mewah...harta bertimbun, dikelilingi pelayan2 dan semua yang nak dia dapat.

03 December 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a. - First Lady Tak Pakai Tudung


Suatu hari di Damsyik.

Seorang wanita datang ke kediaman khalifah untuk meminta bantuan.
Dia terserempak dengan Fatimah binti Abdul Malik, isteri Khalifah.

Dia tengok Fatimah tidak bertudung...sedangkan di situ ada seorang pekerja lelaki sedang repair dinding rumah Khalifah.

"Datin Seri! Awat tak tutup aurat? Tak takut dosa ka?", direct saja dia sound first lady.
Sedangkan dia tadi mai nak minta bantuan.

"Awatnya? Bukannya ada lelaki bukan mahram kat dalam rumah ni." jawab Datin Seri Fatimah.

"Tu!" tunjuk wanita tu pada pekerja yg sedang dok repair dinding rumah depa.

"Laaa....tu laki aku." jawab Fatimah.

"Ehhh....ye ke? Sorrilah....maafkan saya, Ya Amirul Mukminin, sungguh.... saya tak kenal tadi." gabra wanita tu.
Dah kantoi sangat.

13 July 2013

Andalusia - Part 6 - Ramadhan di 7-Eleven



Ini adalah sambungan siri Sejarah Islam di Andalusia.
Kalau nak lagi faham keseluruhan cerita, dinasihatkan baca dari Part 1.

Kalau dah baca silakan terus membaca.....

Hangpa semua mesti pernah pi 7-11 kan?
Kalau tak biasa pi, memang tak masuk suku.
Ataupun tak ada anak, samada anak sendiri atau anak penakan.
Kalau orang yang ada anak kucing pun pi 7-11.

Kedai franchise 7-11 ni adalah yang terbanyak di dunia, McD pun tak boleh lawan.

Eh..awat cerita 7-11 pulak?
Apa kena mengena dengan Andalusia?

Saja, nak connect, supaya hangpa semua next time bila orang sebut 7-11, jangan ingat Slurpee saja.
Ingatlah Andalusia dan keagongan Islam.
Kerana tahun inilah Islam di Andalusia bermula.

Iaitu pada tahun 711 Masihi, 1302 tahun dahulu.

05 June 2013

Andalusia - Part 5 - M Nusair dan Atlas


Ayuh kita sambung.

Tapi, macam biasa, kalau hang teruih mai lompat sini, mesti blur sikit.
Tak tau hujung pangkai.
So, eloklah hang baca cerita dari awai dulu, supaya weatha kasi klia (cuaca terang sikit).

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Pada episod ke 4 kita stop dengan kematian Kahina, the Queen of Berber pada tahun 702M. Manakala Florinda anak Count Julian telah dinodai Roderick pada 709M.

So, apa yang jadi dalam masa 7 tahun in between?
That's where our next character came in.

Just to add interest, ada sebuah lagu M Nasir yang bertajuk Andalusia.
Ini dia Youtube nya.


Ada la sikit2 connection lirik lagu tu dengan Sejarah Andalusia, tapi most of it hanya puisi2 kehidupan. Biasalah lagu M Nasir.

Dalam sejarah Andalusia sebenar ada satu karakter besar yang namanya seakan-akan M Nasir, iaitu M Nusair.
Nama lebih kurang sama, tapi profession jauh beza.

28 May 2013

Andalusia : Part 4 - Xena The Warrior Princess and The Big Kahuna


Mana mai pulak Xena : The Warrior Princess dalam sejarah Andalusia ni?

By the way, kalau hangpa terkenang the bodacious Xena, cari sendiri.
Aku tak kan masukkan imej dia kat sini, pasal yang tu pun tak syariah compliant.

So, apa sangkut paut Xena dengan cerita kita?

It has to do with the Big Kahuna.
Actually nama dia Kahina....aku twist sikit nama tu.

Dalam cerita Xena : The Warrior Princess, ada satu karakter bernama Kahina,
a fellow woman warrior dalam gerombolan tentera Xena.

Ini rupanya dalam movie tu:


Kahina sebenarnya was based on the actual historical figure, Kahina the Queen of Berber.

Dia adalah Ratu Berber yang memerintah kawasan Tunisia setelah syahidnya Uqbah bin Nafi' yang aku ceritakan pada part 2 dulu.

24 May 2013

Andalusia : Part 3 - Surat Puaka dan Helang Perkasa


Mai kita sambung lagi cerita sejarah yang mungkin ada dicedok ke dalam cerita Lord of The Ring ni.

Dalam rekod sejarah mengenai Andalusia, terdapat dua versi, samada tulisan sejarahwan Islam ataupun Kristian (European).

So ada discrepancies dan variations bergantung kepada dari mana sumber datang.
Maklumlah, masing2 nak penaik pihak masing2.

Samalah juga seperti PRU13 kita.
Ada yang kata blackout, ada yang kata tidak.
Ada yang mengaku menang pasai dapat kerusi lebih, ada yang kata tak aci pasai dia lebih undi popular.

In any case, dalam menyusun cerita2 ni, aku masukkan part yang kebanyakan historians bersepakat dan setuju. Jumhur ulamak kedua2 belah pihak gitu.

Of course terdapat sebilangan kecil yang umpamanya menafikan punca pertembungan adalah akibat kisah malang anak gadis Julian tu....tapi itu pegangan minoritilah.

So on we go with the next instalment...apa yang jadi selepas kejadian malang kepada anak Julian tu.

23 May 2013

Andalusia : Part 2_Mengenai Barca dan Zinadene Zidane


Mai kita sambung cerita epic ini.

Tapi lebih elok hang baca Part 1 dulu, baru ada continuity.

Sambil-sambil baca lihat peta di atas sebagai panduan supaya tak sesat jalan.

Sebagai ringkasan sejarah, Rasul SAW wafat pada tahun 10 Hijrah bersamaan 632Masihi.

9 tahun kemudian, iaitu pada tahun 641M, pada zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan sahabat besar Amru bin al 'As r.a. telah menawan Mesir dan menjadikan Kaherah sebagai ibukota Islam.

Seterusnya, anak penakan Amru r.a, seorang lagi sahabat yang bernama Uqbah bin Nafi' r.a. meneruskan perjuangannya.

Dia menggerakkan tentera-tentera Islam ke barat.
3 tahun kemudian, pada 644M, Uqbah menawan Barca....
Bukan team bola tu.
Ia adalah sebuah kota Byzantine terletak halfway di antara Kaherah dan Tripoli....now close to Benghazi, Libya.

22 May 2013

Andalusia : Aragorn, Theodomir and The Return of The King



Sudah lama Roderic memerhatikan anak dara Julian tu, gadis comel dari Cueta.
Si comel itu membesar di istana Roderic untuk mendapat didikan tatasusila seorang bangsawan.

Tapi Roderic yang diamanahkan untuk menjaga anak Julian itu akhirnya menjadi bapa haruan.

Apa yang terjadi ketika gadis itu sedang mandi, you all bayangkan lah sendiri.
Tapi jangan bayang banyak-banyak sangat, nanti berdosa.
Cukuplah sekadar untuk membuat kesimpulan bahawa sejarah dunia berubah dengan dahsyat sekali akibat peristiwa itu.

Cerita apa ni?
Tajuk macam Lord of the Rings.

14 November 2012

Cerita Ma'al Hijrah - Pokok Nyior Pokok Pinang


"Opah..opah. Berapa umur Opah?," tanya Murni pada neneknya.

"Cuba kamu tengok pokok nyior tu. Itulah umur Opah. Nyang Salleh kau tanam pokok tu hari Opah dilahirkan."

"Emak pulak, bila dia lahir?" tanya Murni lagi.

"Engkau tengoklah pokok pinang sebelah pokok nyior tu. Itulah umur emak engkau." jawab nenek.

Itulah cara orang tua-tua dulu ukur umur depa. Masa zaman belum ada Sijil Lahir, belum ada IC. Payah bebenor.

Mau nya pokok pinang tu lagi cepat membesar dari pokok nyior....lagi pening kepala.

Jadi, mari kita nengok cerita sejarah Islam pasal menandakan tarikh ni.

-------------------------------------------------------------------------------

The year was 638 AD.

Hari itu hari-hari biasa kat pejabat.

Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a. membelek-belek fail, tengok apa lagi kerja yang masih tak settle.

11 January 2012

Romantika Padang Pasir - Versi Purba - Part 2 - Madyan


Ini Part ke 2.


Elok hang baca Part 1 dulu di sini, untuk dapat cerita dari mula.
-----------------------------------------------------------------------------
So mai kita sambung.

Meninggalkan tanah tumpah darahnya, Nabi Musa as berjalan merentas padang pasir.

Di dalam buku Atlas al-Quran perjalanannya ditunjukkan di dalam peta seperti di bawah.



Kerajaan Firaun ketika itu berada di Mesir.....tidak jauh dari Kahirah sekarang.
Nabi Musa bergerak ke timur, merentasi what now is Terusan Suez (dulu x ada la), melalui Semenanjung Sinai yang kering kontang, round Teluk Aqabah...dan sampai ke Madyan.

It was a journey of almost 600km.

10 January 2012

Romantika Padang Pasir - The Reluctant Hero


It was the day after.

The day after our hero whacked a guy to death.

The day the king found out that his breakfast, lunch and dinner did not taste so good anymore.

"Awat tawag hebeag sangat lauk hari ni?" that's how the king would say if he was the current Seri Paduka Baginda.

Tapi, dia bukan orang utara Mesia,....dia raja di utara Mesir.
So he said,




which translated roughly to mean,
"Why did my chicken masala tasted like chicken-sh....,#@!!!??

22 July 2011

Ramadhan Dulu-Dulu


Sempena Ramadan al Mubarak yang akan menjelang tiba tidak berapa lagi ni, marilah kita cuba perhatikan bagaimanakah Ramadan di sambut satu ketika dahulu.

Gambaran ini dirakamkan di dalam Kitab Rihlah Ibn Jubair (Pengembaraan Ibn Jubair) yang bermula pada tahun 1183 Masihi (578 Hijrah) dari Granada ke Afrika Utara, Mesir, Semenanjung Arab, Armenia, Turki, Itali, Sicily, Cyprus dll.

Ia diterjemahkan ke dalam English oleh Roland Broadhusrt.. ..tak sure versi BM ada ke tidak.

Nama penuh Ibn Jubair ialah Abu al Hussain Muhammad ibn Ahmad ibn Jubair al Kinani, dilahirkan di Valencia, Sepanyol pada tahun 1145M (539H) dan meninggal pada tahun 1217M (612H).

Dia mendahului Ibn Batuthah yang mengembara 2 kurun kemudian.

Gambaran yang dirakamkan ini menunjukkan dengan secara terperinci akan kepelbagaian mazhab yang diamalkan ketika itu.

Samada kita setuju atau tidak pada hari ini, ia bukanlah perkara pokok yang nak dipelajari dari rakaman peristiwa ini.

Ini cerita pengalamannya. .....
------------ --------- --------- --------- -------------------

Terserlah anak bulan 1 Ramadan 579 Hijrah pada malam Isnin bersamaan 19 Disember 1184, moga-moga Allah meliputi kita dengan rahmat dan keadilanNya; dan menerima solat dan do'a kita di sepanjang bulan ini.

Namun begitu penduduk Makkah dari golongan 'Aliyyun (ataupun Fatimiyyun.. ..iaitu yang cenderong kepada Daulah Fatimiyyah berpusat di Kaherah), telah mula berpuasa pada hari Ahad dengan beri'tiqad bahawa 1 Ramadan telah jatuh pada hari syak....(ie 30 Syaaban)
Allah lah yang lebih mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Pada bulan ini Masjidil Haram sungguh meriah dengan pelbagai acara.
Permaidaninya ditukar baru, lampu-lampu dari lilin, obor dan segala macam pelita diperbanyakkan sehingga menjadikan masjid yang mulia ini dilimpahi cahaya yang gilang-gemilang.

Para imam mengaturkan jemaah dalam beberapa kumpulan untuk melaksanakan solat tarawih. Mazhab Shafi'e mendapat keutamaan di dalam memilih suatu ruang di antara ruang-ruang yang banyak di sekitar Masjidil Haram ini. Ini diikuti oleh mereka dari mazhab Hanbali, Hanafi dan Zayyidi yang memilih sudut masing-masing.

Namun begitu golongan Maliki nampaknya adalah kumpulan yang paling besar tahun ini. Mereka dipimpin oleh 3 orang qari yang menjadi imam secara bergilir-gilir. Mereka juga mempunyai lebih banyak lampu dan lilin yang dihadiahkan oleh saudagar-saudagar Maliki yang telah berlumba-lumba untuk menginfaqkan lampu-lampu ini.

Dua lampu yang terbesar seberat satu qintar (50kg) setiap satu diletakkan di hadapan mihrab mereka, manakala lilin-lilin yang kecil dan sederhana besar mengelilingi lampu-lampu ini. Dengan itu sudut yang digunakan oleh orang-orang Maliki dipancari cahaya yang terang benderang lalu menjadikan setiap hadirin yang melihatnya terasa teruja dan tertawan.

Tidak ada satupun ruang atau arah di masjid ini yang tidak dipenuhi oleh kumpulan-kumpulan yang mendirikan solat. Masjidil Haram bergema dengan bacaan para imam. Mata-mata melihat pemandangan yang indah mempesona, dan telinga-telinga mendengar alunan suara yang menggetar jiwa dan menusuk kalbu.

Imam dari kalangan Shafi'e adalah lebih memperhalusi dalam tarawihnya. Apabila telah dihabiskannya 10 raka'at maka berbunyilah cemeti untuk menandakan waktu rehat lalu merekapun tawaf mengelilingi Ka'abah sebanyak 7 pusingan.

Selesai sahaja tawaf, bunyi libasan cemeti menandakan tarawih akan disambung semula. Lalu merekapun kembali ke dalam solat.
Tetapi kali ini mereka akan tawaf setiap satu salam. Hinggalah mereka melengkapkan 10 raka'at tarawih.

Selepas itu mereka akan tawaf buat kali terakhir dan kemudiannya mereka menyempurnakan solat witir. Selepas itu merekapun bersurai.

Imam-imam dari mazhab yang lain tidak melakukan lebih dari amalan yang biasa....(tak diterangkan maksudnya oleh Ibn Jubair, tetapi mungkin hanya 8 raka'at).

Ada lima imam bergilir-gilir memimpin solat di belakang Maqam Ibrahim. Salah seorang di antaranya ialah sahabat kami, seorang yang zuhud lagi tinggi taqwanya al Imam Abu Ja'afar al-Fanaki dari Cordova.
Suaranya yang lunak sesungguhnya dapat melembutkan hati yang sekeras batu.

Cemeti yang kami sebutkan tadi digunakan juga sebanyak 3 kali untuk menandakan berakhirnya waktu solat Maghrib dan Isya'. Sesungguhnya ini adalah satu bid'aah yang diperkenalkan baru-baru ini di dalam Masjid yang mulia ini. Moga-moga Allah meredhainya.

dan seterusnya.. ...moga2 mendapat sedikit ilmu

Wallahua'lam