Ini Part ke 2.
Elok hang baca Part 1 dulu di sini, untuk dapat cerita dari mula.
-----------------------------------------------------------------------------
So mai kita sambung.
Meninggalkan tanah tumpah darahnya, Nabi Musa as berjalan merentas padang pasir.
Di dalam buku Atlas al-Quran perjalanannya ditunjukkan di dalam peta seperti di bawah.
Kerajaan Firaun ketika itu berada di Mesir.....tidak jauh dari Kahirah sekarang.
Nabi Musa bergerak ke timur, merentasi what now is Terusan Suez (dulu x ada la), melalui Semenanjung Sinai yang kering kontang, round Teluk Aqabah...dan sampai ke Madyan.
It was a journey of almost 600km.
BTW....Yang kaler kuning tu ialah tempat Nabi Musa as dan kaumnya menyeberang bila dikejar tentera2 Firaun...in the future.
Madyan masa tu sebuah penempatan besar.
Sesampai Nabi Musa di sana dia bertemu dengan sekumpulan penduduk tempatan sedang mengambil air di sebuah perigi, semuanya nak kasi minum kambing.
Nabi Musa pun carilah pokok untuk berteduh melepaskan penat sambil lepak2 tengok perangai penggembala2 kambing tu.
Ramai lah puak2 lelaki yang gagah perkasa dok beratur nak ambil air.
The cowboys/ gauchos of Madyan lebih kurang gitu.
Nak jadi cerita, celah2 tu Nabi Musa ternampak dua orang gadis manis dok beratur di belakang lelaki2 tu.
Depa pun nampaknya nak ambil air juga untuk kambing2 depa.
Tak dak sorang pun antara lelaki2 tu yg gentleman enough nak kasi makwe-makwe tu jalan dulu.
Equal opportunity lah kiranya tu.....no discrimations, nor favours.
Dah agak lama Nabi Musa dok perati, "tak boleh jadi ni," dia pun bangun, kibas2 debu di baju dia, lalu menghampiri kumpulan penggembala tu.
Dia tak lah pi marah kat mamat-mamat tu, instead dia tegur budak pompuan berdua tu,
"Chek berdua ni ok ka?"
"Ok lah gak....cuma lama dah dok beratog ni."
"Hari2 lagu ni ka?"
"A a! Nak buat lagu mana...kami ni orang pompuan. Nak berebut, depa ni semua kasag2..."
"Abang tak dak?"
"Tak dak."
"Ayah?"
"Ayah syaikhun kabir..."
"Amboiiii.....cakap Arab pulak noooo...."
"Memanglah. Kami memang orang Arab pun..."
"Saja melawak...saya pun orang Arab juga...ayah chek berdua ni dah tua rupanya."
"Faham pun..."
Gitulah...ayah gadis berdua tu dah tua, jadi dia tak larat nak mai surung kambing sana sini.
Jadi anak2 dialah yang dok buat kerja tu.
"Tak pa, " kata Nabi Musa, "Jom kita pi telaga hak satu lagi tu. Sana tak dak orang."
"Tapi, yang tu depa tutup dengan batu. Sebab tu tak dak orang."
"Tak pa....nanti saya angkat."
"Boleh ka....? Besag tu."
"Saya try la....mana tau kot2 boleh InsyaAllah."
Nabi Musa as pun pi ke perigi tu, dan dengan selamba angkat batu besag tu, yang mana kalau ikut adat tidak akan dapat diangkat oleh 10 orang manusia.
Terbeliak penggembala2 yang ramai kat situ.
Terkejut ada, jeles pun ada....
"Hmmmph!! Mak we punya hal, tunjuk hero selalu."
Tapi depa tak le berani pula kata direct kat Nabi Musa....
"Go ahead...make my day" pula kot nanti.
Lalu budak pompuan berdua tupun memberi minumlah kambing2 depa.
Dah kenyang kambing2 tu, depa pun minta diri.
" Kami balik dulu bang. Terima kasih tolong kami."
"Heh he....no hal. Sikit saja tu. Kirim salam kat ayah na..."
Lalu balik lah gadis berdua tu dengan hati yang senang dan menguntum senyuman dan seribu pertanyaan.
Dan Nabi Musa as kembali berteduh di bawah pokok tadi.
Fikir2 manalah nak port malam ni.....
(Change scene)
Manakala di hujung kampung pula kedua2 gadis tadi baru sampai di rumah mereka.....
"Haaiii.....balik awai hari ni?"
"Ooo pak ka?! Tekejut chek."
"Mana kambing2 tu? Hangpa dah bagi makan ayag ka?" tanya ayah gadis2 tu.
"Dah pak. Dah bawak masuk kandang pun.....tu ha."
"Awat awai pulak hari ni? Selalunya hujung2 hari baru hangpa balik. Orang2 jantan tak pi ka?"
"Dakkk....ramai macam besa. Tapi hari ni ada orang tolong kami."
"Orang? Orang mana tu? Anak sapa?" tanya ayah depa...curious.
"Ada orang berkenan kat anak aku ni..."
"Tak taulah pak....kami pun tak kenai. Tapi hensem gak."
"Hensem?"
"A a ....henn..semm....kuat pulak tu."
"Kuat? Kuat macam mana tu?"
"Dia angkat batu hak tutup telaga hak satu lagi tu.....yang lama dah orng tak pakai tu.....sorang2 dia sajaaa pak....tu yang kami boleh balik awai hari ni."
"Issyy....ya ka?"
"Iyaaa!....tak kan chek nak tipu pak kot..."
"Ayah tak kata hang tipu....tapi ayah curious saja." kata ayah gadis2 tu, " Cuba hang describe sikit rupa dan perwatakan dia."
Lalu budak2 berdua tu pun ceritalah kat ayah depa perawakan Nabi Musa as, fizikal dan mannerism dia.
Ayah depa sambil dengar2 tu, sambil2 urut janggut dan kelihatan memikir dengan dalam sekali.
Dah habis anak2 dia bercerita, dia pun berkata, "Ayah rasa macam dah pernah dengar pasai orang yang hangpa cerita tu. Macam ni, hangpa pi balik ke sana, ajak dia mai rumah."
"Ye ke pak....?" Bersinar mata depa.
"Yelah...pi lekaih. Tapi jangan dok kona pi mana2. Balik mai terus."
"Baik pak. Kami pi dulu na....."
Oh ya...before I forget, the names of the two young fine maidens of Madyan were Safura and Lia.
Atas perintah ayahnya, Safura (kakak) pergi menjejaki Nabi Musa as dengan hajat untuk mengundangnya ke rumah.
Safura mendapati Nabi Musa as masih lagi sedang berehat berhampirann telaga minuman kambing tadi.
Nabi Musa as pula memang sedang dok pikior2 mana nak lepak malam ni, kerana sebelum itu dia telahpun berdo'a
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang pemberian Mu" (al Qasas ayat 24)
Dengan tersipu-sipu, Safura menegurnya "Maafkan saya Tuan yang budiman, ayah kita jemput tuan mai rumah."
"Eh...ye ke?" gitulah agaknya, " Kenapa ye?"
"Ayah kita nak balas budi baik tuan tadi." jawab Safura.
Bersyukur Nabi Musa as kerana Allah telah memakbulkan permintaannya, "Alhamdulillah.....kalau macam tu, jomlah kita."
Nabi Musa pun bangun dari tempat rehatnya, dan bersedia untuk ke rumah si gadis.
"Awak tunjukkanlah jalan...saya orang baru kat sini. Saya tak tahu jalannya."
"Ok." kata Safura. So, she led the way.
Apabila Safura berjalan di hadapan, terkadang-kadang kainnya terangkat dan ternampaklah Nabi Musa a's akan betisnya.
Nabi Musa, sesuai dengan sifatnya sebagai orang yang akan ditabalkan menjadi pesuruh Allah rasa tak sedap hati dengan keadaan begini....."Tak boleh jadi ni."
Lalu dia pun berkata pada Safura, "Excuse me...chik boleh jalan kat belakang tak?"
"Awatnya?" tanya Safura.
" Kalau chik kat depan, saya susah hati nak ikut. Nak pejam mata takut pi kot lain..." gitulah kot.
Fahamlah Safura, so dia kasi Nabi Musa as jalan kat depan pulak.
Tak sampai beberapa langkah depa sedar the futility of the method.
Iyelah....Nabi Musa orang baru di Madyan.
Manalah dia tahu jalan nak pi ke rumah Safura tu.
La ni dia pi duduk di depan, camna nak sampai?
"Chik, camna nak pi rumah you ni? Saya kat depan, tapi saya tak tahu nak pi straight ka, nak kona kanan ka, nak kona kiri ka?"
Safura pikior sekejap, then dia dapat idea.
Dia pi ambil batu2 kecil.
"Tak pa, tuan jalan depan, nanti saya tunjukkan kat mana nak kona."
So, berjalanlah mereka berdua semula.
Apabila simpangnya ke kanan, Safura akan mencampakkan batunya ke kanan, dan apabila ke kiri, dicampakkannya ke kiri.
As to why she did not just instruct Nabi Musa belok kanan belok kiri, mungkin untuk mengurangkan perbualan.
Al-maklumlah depa baru saja berjumpa, dan lelaki perempuan pulak tu.....tak eloklah sangat berlebih2 dalam berbicara.
Jauh bezanya hari ni, baru 2 jam berjumpa, bukan setakat riuh bersembang, bukan saja bertepuk belakang, lebih dari itu pun sering terjadi.
So, akhirnya sampailah Nabi Musa as ke rumah Safura.
Lalu dijemput masuk berjumpa ayahnya.
Depa sembang2 seadanya dan tahulah si ayah yang Nabi Musa ni fugitive dari Mesir yang diburu oleh Firaun.
Dan tepatlah telahannya bahawa orang muda ini adalah Nabi yang telah disebut2 akan muncul dari Mesir.
Akhirnya si ayah berkata, "Hang tak usah bimbang Musa. Hang duduklah di sini, InsyaAllah hang selamat.
Kalau hang nak tahu nama aku Syuaib.
Aku telah mendapat wahyu dari Allah swt untuk mengajak manusia mentauhidkanNya dan begitu juga engkau nanti."
Oooo.....rupa2nya ayah Safura ialah Nabi Syua'ib as. Patutlah nampak kemas semacam.
Safura pulak yang dari tadi mendengar perbualan ayah dia dengan Nabi Musa as pun nampak timing dah ngam.
Lalu dia berbisik kepada ayahnya." Pak..pak. Pak ajaklah dia dok dengan kita. Dia boleh tolong kita buat kerja2 apa yang patut. Jaga kambing ka, motong ka, apa2 sajalah. Pak pun dah tengok, dia nampak baguih kan? Kan Pak?"
"Amboi hang ni...tak dan aku nak bernafas.
Mana boleh....dia tu bujang. Hang tu anak dara. Kalau hangpa menikah lainlah cerita....."
Ooopps.....Why did not he see it before?!
Fahamlah Nabi Syuaib hajat anak perempuannya itu.
Bijak...bijak.......ala cerita Musang Berjanggut.
Lalu dipendekkan cerita, Nabi Syuaib as pun menikahkan puterinya Safura dengan Nabi Musa as.
Tak ada apa2 maskahwin ka, belanja ka, hantaran 14 dulang ka, cumanya dia kenakan syarat supaya Nabi Musa as bekerja dengannya selama 8 tahun.
Nabi Musa bersetuju bahkan menggenapkan pekerjaannya dengan pak mertua dia tu selama 10 tahun, afterwhich dia pun minta izin nak bawa balik Safura ke Mesir.....
Begitulah sedikit sebanyak ceritanya.
Aku banyak kona sana sini utk kasi sedap cerita...
Kebanyakannya aku cedok dari Kuliah Tafsir surah al-Qasas dari Kitab Nurul Ehsan oleh Ustaz Shamsuri.
Cumanya aku minta hangpa semua bila senang nanti ambillah al Quran dan bacalah cerita Nabi Musa ni.
Bukan saja dapat tahu ceritanya daripada Allah swt sendiri, bahkan mendapat 10 kebaikan dari setiap huruf yang dibaca.
Moga ada sedikit kebaikan. Apa2 kesalahan aku mohon keampunan Allah swt.
Wallahu a'lam.
--------------------------------------------------------------------------------
Ps.
Sebagai penutup elok juga ambik beberapa ibrah (teladan) dari cerita ni;
Antaranya yang kita dah baca tadi ialah the SOP on the communication between a boy and a girl.
Sembang2 tu just setakat yang perlu saja.....bukan tak boleh langsung.
Satu lagi ialah seperti yang disebut oleh Sayyid Qutb di dalam Fi Zilalil Quran (In the Shade of the Quran) iaitu keharusan untuk wanita bekerja di dalam bidang yang didominasi oleh lelaki apabila keadaan memerlukan.....
Contohnya seperti apabila anak2 gadis Nabi Syuaib as yang menjadi penggembala kambing kerana ayah mereka telah tua. (al Qasas ayat 23).
No comments:
Post a Comment