![]() |
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya, "Tidak Aku (ALlah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu." Surah Az-Zaariyat ayat 56 Kali ni aku nak cerita pasai jin sikit. Berdasarkan sikit panduan dari Quran dan Hadith. So, dalam ayat di atas selain manusa, jin juga adalah makhluk yang Allah jadikan untuk beribadat kepadaNya. Jadi maksudnya, ada perkara yang halal, ada perkara yang haram bagi jin. Ada hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus pada jin. Maknanya uga, ada pahala dan dosa untuk depa, ada syurga dan neraka untuk depa juga. Ada jin baik ada jin jahat, ada yang Islam, ada yang kapiaq. Banyak cerita dalam Quran dan hadis pasai jin2 ni. Mai kita tengok sebahagian daripadanya. --------------------------------------------------------------------------------------- Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, pada suatu hari seorang lelaki lalu di hadapan Umar al Khattab r.a., semasa dia menjadi Khalifah. Nama lelaki tu Sawad bin Qarib. Walaupun Sawad ni hensem orangnya, Umar rasa tak berapa syok tengok dia ni. Lalu Umar pun panggil dia. Umar kata, "Awat hang ni nampak semacam saja? Muka sepesen saja... Aku rasa hang ni tok bomoh kot?" Cari makna sepesen tu dalam Glosari Bahasa Kedah. Lagu tu punya telahan Umar pada Sawad. Zaman tu tok bomoh tok dukun ni memang ayat pelece punya. Sebab bila Islam dah bertapak, profesion ni dah dihapuskan. Hanya orang2 kapiaq saja yang masih buat kerja ramalan dan tilikan ni. Lalu Sawad menjawab, " Pasai apa tuan kata macam tu? Aku ni orang beriman lah!! Mana buat kerja2 macam tu." Sawad rasa Umar dah peleceh dia. Tapi Umar ni sebagaimana yang kita tau, dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan firasat. Dia boleh "baca" hal2 yang orang lain tak tau. Lalu dia kata lagi, "Betoi ka hang tak buat kerja tu....? Aku rasa macam hang pernah buat.....betoi dak?" |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
Showing posts with label Kisah-kisah Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Kisah-kisah Sahabat. Show all posts
03 June 2016
Jin Suka Temberang
10 May 2016
Abu Sa'id Al Khudri r.a. - Upah Kambing untuk Jampi
28 March 2016
Khawwat ibn Jubair r.a. - Auta Tali Unta
04 January 2016
Ku Tambat Diriku Di Tiang Raudhah
26 December 2015
Nusaibah binti Ka'ab r.anha_Part 3 - Legasi Kunci Gereja
23 December 2015
Nusaibah binti Ka'ab r.anha - Part 2_Buat Pekak Telinga
16 December 2015
Nusaibah binti Ka'ab r.anha - Serikandi Uhud
17 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. - Part 3_Unta Bersusun
![]() |
Jom kita conclude cerita Abdul Rahman bin Auf ini dengan beberapa kisah kedermawanan dia. Seperti biasa bacalah cerita2 sebelumnya kalau nak kasi lebih kliar... Part 1 Part 2 Semasa Perang Tabuk, apabila Nabi SAW meminta para sahabat bersedekah. Umar al Khattab r.a. antara sahabat yang infaq banyak. Riwayat hadis kata, separuh dari harta dia. Tapi dia tengok Abdul Rahman macam infaq lagi banyak dari dia. So Umar made a remark. Remark yang nampak macam dia tak puaih hati. "Ya Rasullullah, Abdul Rahman buat silap besar hari ni." "Kenapa kamu cakap macam tu?" tanya Nabi SAW. Atau kalau orang Kedah piau, depa cakap macam ni, "Awat hang kata lagu tu?" "Pasai kalaulah banyak tu dia bagi, sure habih semua harta dia. Mengkalu lagu tu, apa yang tinggai nak bagi anak bini dia makan?" kata Umar. Lalu Nabi SAW pun sampaikan apa yang Umar kata tu pada Abdul Rahman. |
13 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. _Part 2_ Kawin Tak Panggil Kawan
![]() |
Hari ni kita sambung cerita sahabat yang dijamin syurga ni. ------------------------------------------- Ni Part 2 tau. Baca Part 1 dulu untuk bagi senang paham. Kalau dah, jom kita sambung...... Suatu hari selepas beberapa ketika mereka berhijrah dan Abdul Rahman bin Auf pun dah berniaga, dia mai berjumpa Nabi SAW Tapi nampak ada kelainan pada Abdul Rahman ni.. Nabi SAW kata, "Nampak ceria la ni. Wangi pulak tu. Ada apa-apa ka?" "Hi hi.....ingatkan orang tak perasan. Saya baru kawin Ya Rasulullah." jawab Abdul Rahman. "Laaa...awat tak habag?" "Tak dan nak habag." segan Abdul Rahman sebab tak jemput sapa2 mai akad nikah dia. Baginda SAW tanya dia lagi, "Apa yang kamu jadikan sebagai maskahwin?" "Aku kasi isteri aku sedikit emas." "Mana kamu dapat emas tu?" tanya Nabi SAW, sebab baginda tahu masa dia hijrah, Abdul Rahman tak bawa apa2. "Saya meniaga Ya Rasulullah. Emas tu sedikit keuntungan yang saya dapat." jawab Abdul Rahman. "Kamu dah buat kenduri?" "Belum Ya Rasulullah." |
12 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. _ Part 1_Tolak Offer Bagus
09 June 2015
Riuh Dalam Rumah
| Dari sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari. Ada sorang sahabat Nabi SAW yang pernah menyertai Perang Badar bernama 'Ithban. Bermakna, dia adalah di antara sahabat yang dihormati kerana tergolong sebagai seorang ahlul-Badar. Nak jadi cerita, dia ni juga seorang imam tua di kampungnya dan mata dia pun dah koi rabun. Susahlah dia nak pi masjid nak mengimamkan solat. Oleh kerana ada masalah tu, dia minta satu favour dari Nabi SAW. Dia minta Nabi mai rumah dan mengimamkan solat di rumah dia pula. Besar hajat tu. Nabi menerima dengan senang hati permintaan sahabat yang mulia ini. Esoknya baginda SAW mai dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a. Depa dua orang saja. Setelah diizinkan, Nabi SAW dan Abu Bakar pun masuk. Lepas tu depa solat berjemaah seperti yang dihajati oleh 'Ithban. Nabi jadi imam, Abu Bakar dan 'Ithban jadi makmum. Selesai solat, 'Ithban pun ajak depa makan sambil bual-bual. Rupa2nya kehadiran Nabi SAW dan Abu Bakar telah sampai ke pengetahuan orang2 kampung. Riuhlah....! |
05 March 2015
Jabir bin Abdillah r.a._ Kambing Kore Makan Seribu
13 January 2015
Ikrimah bin Abu Jahal r.a._Part 2- The Greek Tragedy
02 January 2015
Ikrimah bin Abu Jahal r.a. _ Part 1 - Anak Bapak
02 November 2014
Khalid al Walid r.a. - Final - Terbalik Kuang
14 October 2014
Khalid al Walid r.a. - Part 4 - Half Naked Warrior
![]() |
Assalamua'alaikum, Dah lama terhenti episod cerita2 Khalid al Walid r.a. ni. Last sekali kita dengar ialah mengenai sorang pegawai Khalid yang "memanaskan" Malik bin Nuwairah....sampai arwah kawan tu. Cuba pi baca balik cerita Laila Namamu Teratas tu. The young officer's name was Dhirar bin Al Azwar, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Half-Naked Warrior. Apa yang dia buat? Sampai gelaran pun nampak lucah saja. Mai kita dengar sedikit cerita kenakalan dia. Pada akhir Julai 634Masihi, (Jamadil Awal 13Hijrah), Khalid al Walid r.a. dan tenteranya tiba di suatu tempat bernama Ajnadain. Masa ni Abu Bakar as Siddiq r.a. masih Khalifah, dia wafat dua bulan kemudian. Lihat peta bawah. |
02 September 2014
Khalid al Walid r.a. - Part 3 - Laila Namamu Teratas
20 August 2014
Khalid al Walid r.a. - Part 2 - Lompat Parti Dapat Jawatan
07 August 2014
Khalid al Walid Part 1_Panah Di Serban
Assalamualaikum, Kali ini kita akan mendengar beberapa kisah hidup seorang lagi sahabat yang terkenal, Khalid al Walid r.a. Sudah tentunya berkisar peristiwa-peristiwa perang kerana itulah yang kita tahu pasai Khalid ni. Khalid indeed was the greatest general in Islam, in fact one of the greatest military generals in the history of the world. Dicatatkan dalam sejarah perang2 dunia, kecil atau besar, hanya dua orang pemimpin tentera saja tak pernah kalah sepanjang karier ketenteraan depa. Genghiz Khan dan Khalid al Walid. Ini membuatkan Khalid lebih hebat dari Napoleon Bonaparte, Julius Caesar, Lord Nelson, Hanibal dll. Sebab depa semua tu pun pernah kalah. Norman Schwarzkopf or Colin Powell, yang menang Gulf Walf tak payah ceritalah. Ciput sangatlah kalau nak banding dengan Khalid al Walid. Orang tua2 cakap tak masuk buku. Khalid direkodkan mengetuai lebih dari 100 peperangan, dan dia tak pernah kalah walau sekalipun. |
12 May 2014
The Un-Beautiful Marriage
Subscribe to:
Comments (Atom)


















