![]() |
Assalamu'alaikum, Kenal gambag kat ataih? Geng2 80an mesti kenal muka mamat sebelah kiri tu. Itulah Azmil, pelakon cerita Ali Setan. Tak kan tak ingat kot...? Azmil, Ogy, Sheila Majid pun ada.... dan lagu tu... Dalam kehidupan ini, Yang terindah, Melalui usia remaja..... Videonya kat sini.. http://www.youtube.com/watch?v=yCkKt9UOx44 Haaaa.....kalau dah jog the memory, tentunya kenal juga sapa yang sebelah tu. Dia lah jugak. Azmil selepas 20 tahun kemudian. Keluar dari dunia hiburan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bukan dia sorang, dengan seluruh ahli keluarga dia! Dan begitulah jugak yang kita dengar selebriti2 yg lain. Ustaz Akhil Khay, Ustaz Azhar Idrus, Noorkumalasari, Mel Wings, Bob Lokman, Aishah dan ramai lagi. Begitulah lumrah kehidupan. Ada manusia yang Allah nampakkan jalan secara pelan-pelan, ada yang secara tiba-tiba. Ada yang dari kecik dah pakai jubah serban, ada yang sapa pun tak sangka nak pakai. Orait, saja aku intro cerita artis2 berhijrah ni utk intro another character besar dalam sejarah Islam. Juga seorang "Ali Setan" - tapi dari Samarqand. Dia punya U-Turn lagi dahshat dari Azmil Mustapha. Macam baguih saja cerita ni. Jom kita dengar. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
Showing posts with label Kisah-kisah Tabi-Tabiin. Show all posts
Showing posts with label Kisah-kisah Tabi-Tabiin. Show all posts
01 June 2014
Fudhail bin 'Iyad - Ali Setan dari Samarqand
24 December 2013
Umar bin Abdul Aziz r.a. - Stapler Pejabat
10 January 2013
Imam Shafi'e Pun Pakai Cable
18 December 2011
Abdullah bin al-Mubarak dan Dua Mala'ikat
Musim haji telah tamat.
Para jemaah haji sudah ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Abdullah ibn al-Mubarak rh, imam para Fuqaha yang turut menunaikan haji pada tahun tersebut mengambil kesempatan untuk berehat2 di pinggir Ka'abah.
Angin yang sepoi2 bahasa membuatkan dia terlelap seketika.
Dalam lenanya itu ibn al-Mubarak bermimpi.
Dia ternampak dua malaikat turun ke Masjidil Haram.
Kedengaran mereka berbual bagai berbisik2.
Kata Malaikat yg pertama, " Agak2 hanglah tahun ni berapa orang yang mai haji?"
"Tak sure....tapi nampak koi ramai tahun ni, mungkin 600 ribu ada kot?" jawab Malaikat yg ke-2.
Ibn al-Mubarak (tengah mimpi ni) pun pasang telinga, dengar saja perbualan dua hamba Allah ni.
Interesting nih....fikirnya
12 November 2011
Qadhi Iyas al Muzani - Kantoi
Hari tu Pak Din bawak teksi macam biasa. Antara Lunas dan Padang Serai. Sampai dekat Kg Sungai Seluang, 3 budak muda tahan teksi dia. "Nak pi mana?" tanya Pak Din. "Nak pi Padang Serai," depa habag. Perjalanan ke Padang Serai ada kot 20-30 minit, depend samada hang stuck belakang lori ubi kayu atau yang agak tak syiok lori sekerap getah. Dalam dok memandu dengan santai tu, tiba2 Pak Din terbau sesuatu yang sangat menyeksakan. |
05 July 2011
Imam al-Laith Ibn Sa'ad_Aku Tidak Setuju
Sya'aban telah datang lagi. Marilah kita merenung suatu kisah yang menggambarkan betapa hebatnya budi-pekerti dan adab ulamak2 silam. Antara catatan sejarah di bulan yang mulia ini ialah lahirnya seorang ulama dan fuqaha besar Imam al-Laith Ibn Sa'ad rh di Mesir pada pada tahun 94 Hijrah iaitu 84 tahun setelah kewafatan Nabi saw. Beliau meninggal dunia pada bulan Sya'aban juga iaitu pada tahun 175 Hijrah. Imam al-Laith adalah seorang Tabi' tabi'in (pengikut kepada pengikut), iaitu dia tidak sempat berjumpa dengan sahabat Nabi saw....hanya sempat belajar dari para Tabi'in yang belajar dari para Sahabat. Dia sebaya dengan Imam Malik bin Anas rh yang lahir di Madinah pada tahun 93 Hijrah. |
Subscribe to:
Comments (Atom)




