09 October 2015

Tahi Burung dan Pasu Bunga



"Issh burung ni! Macam tak dak tempat lain nak berak?!"

Tak banyak mana pun, besaq duit 5 duit saja atas bonet kereta dia.
Fresh lagi. Tapi Zek nampak macam selonggok tahi lembu.

Cepat-cepat Zek coghak dengan air, digosok, ditonyoh dan ditenyeh sampai tak nampak kesan. (Carilah makna coghak tu dalam Glosari Bahasa Kedah)
Tak cukup dengan tu, dia ambil polish, disental dan dikilat2 sampai bersinar.
Boleh nampak setiap bulu misai dia.....berkilat macam cermin.

Pantang betoi Zek dengan taik burung ni.
Maklumlah masa tu, kereta baru keluar showroom 3 hari.
Hujan pun tak mau kena! Takut hilang seri.
Kalau boleh nak drive siap payungkan kereta!

Kalau kena hujan tengah jalan, sampai rumah teruih lap.
Disembur anti-rust sampai ke bawah kereta. Bimbang berkarat.
Malam-malam dia tutup kereta dengan kanvas kalis ayaq.
Tak nak berembun.

Sayang sungguh Zek dengan kereta baru dia tu.
Dijaga dan ditatang supaya tak kena apa-apa.

Dalam dok jaga-jaga tu, tak tau lagu mana satu hari tu masa nak parking depan Maybank, dia terlajak sikit.
PROK!! Bunyi bumper terlanggar kerb.
Bunyi sikit saja, tapi bagi Zek dengar bunyi macam guruh!

"Allaaaaahhhhhhh!!!"

Terus dia celapak keluar kereta, periksa kerosakan.
Adalah kesan calar sikit pada bawah bumper.
Dua tiga baris saja.
FIRST CALAR kat kereta!!
Gelap rasa dunia Zek!

Sedih ada, marah pun ada.
Tapi marahlah yang banyak.
Bukan marah kat sapa2. Marah diri sendirilah.

 "Apalah bangang sangat??! Bahlol!! Dah tau ada kerb, set lah parking jauh sikit!!"
Disepak2nya kerb tu.
"ADUSSSS!!!" sakit hati lebih banyak dari sakit kaki.

Dia kensel urusan bank hari tu, terus pi kedai spray cat.
Dan-dan repair calar tu.  (Dan-dan tu maknanya serta merta lah! Bukannya dandan rambut.....)
Kenalah 42 ringgit.
Bukannya banyak mana.....sebab sikit saja calar,
....tapi tak sanggup tengok calar tu.

Lepas siap, dia belek2 kerja cat tu.
Oklah kerja mamat tu...nampak macam baru semula.
Tapi dalam hati Zek tetap rasa mengkelan.
Menyesal kesilapan dia parking hari tu, sampai tercalar kereta baru.

Begitulah keadaan Zek dua-tiga bulan dengan kereta baru dia tu.
Berdebu sikit hantar cuci, wax dan polish sekali.
Malam-malam letak bawah porch, siap kelambu sekali.
Kalau keluar ke pekan, tak parking bawah pokok, takut burung berak.

Masuk bulan ke-6....
Kekerapan cuci, wax dan polish dah tinggal seminggu sekali.
Kadang-kadang hanya cuci saja. Tak ada masa nak wax dan polish.

Suatu hari Zek gostan masuk kereta ke dalam porch.
DUSHH!!

"Adusss! Apa pulak ni?!!"

Zek keluar kereta, tak lah sekalut kat Maybank dulu.
Tengok-tengok tergolek pasu bunga. Pecah pulak pasu tu.

"Sapalah yang letak pasu tang ni?!" tanya Zek sorang2 diri.
Dia belek bumper kereta.
"Laaa....calaq lagi!"
Dan kemek pulak tu!

Memang Zek marah. Tapi tak lah sampai sepak pasu bunga tu.
Rasa terkilan dengan kecacatan kereta dia pun tak lah menusuk sangat kali ni.
Dia kumpul2 tanah yang terkeluar dari pasu tu, dia letak tepi.
Dia masuk rumah.
Pasang TV, tengok drama Istikharah Cinta.
Esoklah pi kedai spray.

Begitulah keadaan Zek pada masa-masa yang seterusnya.
Rasa cinta pada keaslian kereta dia tu semakin lama semakin pudar.

Langgar sana, senereh sini.
Kemek pintu, bengkok bumper, calar bonet.
Dia dah tak heran dah semua tu.
Lagi banyak kemek, lagi kematu perasaan dia.

Kalau dulu perfume kereta sentiasa di top-up atau ganti baru, sekarang botol perfume kosong tu berbulan-bulan tersangkut di grille dashboard. Segala macam bau ada dalam kereta dia.

Kalau dulu cukup mileage hantar pi service, sekarang bila dah masuk tahun ke-7, selagi boleh berjalan, dia pederaih saja kereta tu.

Tayar kereta, tak payah cerita lah...
Lagi tak nampak benang, kira ok lagi lah.

Memang dah tak sayang dah kereta dia tu.
Setakat ada, boleh bawa berjalan, dah memadai.
Nak manja-manjakan....jauh sekali.

Bila orang tanya, "Zek, kereta hang tu tak mau pi cat lain ka? Nampak macam besi buruk dah."

Dia jawab, "Tunggulah bagi banyak calag sikit. Kalau cat la ni, tak balik modai."

Sampai macam tu ketidakpedulian dia kat kereta tu!!

Demikianlah sediikit kisah Zek dengan kereta dia.
Apa sebenarnya cerita sebalik tu?

--------------------------------------------------------------------------------------------

Dah masuk penghujung Zulhijjah.
Maka tiba masanya kita menyambut kepulangan tuan-tuan haji dan puan-puan hajjah.

Rasanya bolehlah kita umpamakan mereka seperti Zek beli kereta baru.
Yang berkilat baru keluar showroom.
Yang bau kelambu Ka'abah tu masih fresh dalam ingatan lagi.

Punyalah berjaga-jaga.
Jaga ibadat, jaga tata-tertib, jaga tuturkata, jaga appearance.

Masa mula-mula balik tu, kopiah putih melekat atas kepala.
Bukan setakat ke masjid, ke surau saja....ke pejabat, ke Tesco pun pakai kopiah!
Kalau tak pakai kopiah tu, macam rasa berbogel!

Solat sunat yang sebelum haji tak pernah buat, sekarang ni tak tinggal langsung.
Sunat dhuha, sunat witir, sunat sebelum dan selepas fardhu.
Lengkap!

Lepas solat...duduk lama atas sejadah.
Zikir, doa dan baca Quran, amalan Tanah Suci dikekalkan.
Teringat-ingat dok melepak atas lantai marble Masjidil Haram lepas subuh.
Tak mau balik hotel.

Orang tengok muka pak haji, mak hajah ni....sejuk mata memandang.
Muka bersih, senyum tak lekang.
Mata kuyuuu saja cam tu, tak dak lah terbeliak, terjegil.

Bila orang buat joke, gelak sikit-sikit saja.
Tak lah terbahak-bahak sampai tersembur ayiaq lioq.
Kalau gelak terlebih...cepat2 "Astaghfirullah...astaghfirullah."

Kata-kata kesat dan mencarut jauh sekali.
No B words, No S words....apatah lagi F words.
Dengar orang lain sebut perkataan-perkataan tu pun, rasa ketat dada.
Jijik sungguh!
Kadang-kadang hairan memikirkan macamana orang boleh tergamak benda-benda macam tu.

Rasa terkilan sangat kalau buat salah, walaupun tak sengaja.
Cepat-cepat beristighfar, takut dosa melekat, macam tahi burung tu.

Kalau terlanggar hukum, terkasar sikit, macam langgar kerb tu, cepat2 cover dengan sedekah, dengan derma.
Minta maaf pada yang dikasari, solat taubat tiap-tiap malam.

Sayang sungguh menjaga kilat asli dari Mekah tu.
Takut pudar dan berkarat.

Tapi sat saja...kata orang Kedah.
Bila dah masuk pejabat 5 minggu, kerja dah mai koi banyak, sibuk dengan urusan dunia....
...pelan-pelan terhakis aura Mekah tu.
Jiwa tenang tadi dah kena stress.

Kalau masa mula-mula balik hari tu, staff buat salah sikit, pak haji tak marah.
"Mat....cuba improve sikit presentation ni." dan dia explain apa yang nak kena betulkan.

La ni, dia hempas saja Laporan Kewangan Suku ke-3 tu.
DAMMMM!!

"Bukan kah saya dah cakap last week....jangan letak plastic cover...tak faham-faham lagi!!"

Plastic cover salah pun dah meletup!!
Kopiah putih dah melayang pi tang mana tak tau dah.

Pi masjid pakai apa yang boleh capai saja.
Asal menutup aurat.
Bukan kata nak solat mesti pakai kopiah, tapi nak cerita yang dia buat ibadat pakai tangkap muat saja sekarang ni.
Tak macam dulu-dulu semasa baru balik Mekah.

Lepas salam...tak sempat lagi imam nak beralih, dia dah angkat punggung.
Nak kena pi meeting ni!!
Do'a ke mana, zikir ke mana.
Kalut sokmo.

B words, S Words dan F words dah masuk balik dalam kamus.
Kalau malas nak cakap depan-depan, dia pi belakang pintu, dia ucap apa yang patut.

Yang lagi sakan, ada yang dah tak peduli halal haram.
Hati dah bercalar, kemek dan berkarat.
Kadang-kadang lagi karat dari sebelum naik haji.

Sampai terkeluar dari mulut orang, "Isshhh dia tu...nama saja Haji, tapi perangai macam......ishh, aku nak sebut pun malu!!"

"Baik tak payah pi haji!" Sambung kawan dia.

Begitulah sedikit sebanyak perumpamaan hari ni.
Buat peringatan pada diri sendiri, kawan-kawan mak hajjah dan pak haji.
Samada yang baru balik dan berkilat lagi, atau lebih-lebih lagi yang dah balik 5-6 tahun dulu, yang dah faded.

Supaya menjaga kilat haji tu, biar sentiasa berseri.

Kalau dah rasa kotor, eloklah cuci dengan Quran misalnya.
Kalau rasa cat dah faded, polishlah dengan zikir2...kot2 bersinar balik.
Kalau body rasa bercalar atau kemek...eloklah ketuk2 dan spray balik dengan tazkirah.
Kalau enjin dah semput2...eloklah overhaul dengan kuliah2.

Kalau dah rasa buruk sangat dah....tapi ada duit sikit...
mungkin elok juga ziarah "Showroom" sekali lagi.
Bawak keluaq kereta baru.

Tapi, kalau sebaliknya terjadi, sejak keluar showroom 5-6 tahun dulu,
kereta walaupun makin tua, tapi setiap tahun makin berkilat, Alhamdulillah.
Memang pandai jaga dan patut dicontohi.

Sekiaaannn....yang terlebih exaggerate tu minta maaf lah no...


Wallahu'alam.


1 comment:

Anonymous said...

Terbaik!