Dari sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari.
Ada sorang sahabat Nabi SAW yang pernah menyertai Perang Badar bernama 'Ithban.
Bermakna, dia adalah di antara sahabat yang dihormati kerana tergolong sebagai seorang ahlul-Badar.
Nak jadi cerita, dia ni juga seorang imam tua di kampungnya dan mata dia pun dah koi rabun.
Susahlah dia nak pi masjid nak mengimamkan solat.
Oleh kerana ada masalah tu, dia minta satu favour dari Nabi SAW.
Dia minta Nabi mai rumah dan mengimamkan solat di rumah dia pula.
Besar hajat tu.
Nabi menerima dengan senang hati permintaan sahabat yang mulia ini.
Esoknya baginda SAW mai dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Depa dua orang saja.
Setelah diizinkan, Nabi SAW dan Abu Bakar pun masuk.
Lepas tu depa solat berjemaah seperti yang dihajati oleh 'Ithban.
Nabi jadi imam, Abu Bakar dan 'Ithban jadi makmum.
Selesai solat, 'Ithban pun ajak depa makan sambil bual-bual.
Rupa2nya kehadiran Nabi SAW dan Abu Bakar telah sampai ke pengetahuan orang2 kampung.
Riuhlah....!
Kalau kita hari ni, artis selebriti singgah kampung beli lemang pun dah riuh.
Inikan pula pada para sahabat apabila dikunjungi insan termulia pemimpin umat.
Maka depa tinggalkan urusan depa dan berduyun2lah depa pakat mai ke rumah Ithban.
Penuhlah rumah dia.
Bila dah ramai ni, rancaklah depa bersembang.
Hang tanya aku, aku tanya hang. Tanya pasai kawan2.
Sembang bisnes, sembang ugama, sembang isu2 semasa.
Kalau hari-hari lain, mungkin jarang berjumpa sebab masing-masing ada hal dengan urusan keluarga dan mencari rezeki.
Dalam dok sembang2 tu, ada sorang bertanya,
"Eh...mana Malik? Dia tak mai ka? Tak nampak pun. "
Malik ni ialah Malik bin Dukhshum, salah sorang ahli kampung depa.
Maka jawab seorang daripada depa, "Tak payah tanya lah pasai Malik tu".
" Awatnya?" kawan tanya dia balik.
Dia jawab, " Malik tu dah jadi munafik."
Tokojut orang kampung. Ini berita sensasi!
Munafik ni bukan perkara kecik.
Awat depa tak pernah dengar sebelum ni?
Cerita ni ada grup WhatsApp lain ka, yang orang tak ajak depa join?
That's why tak tau cerita.
Itu kalau hari ni lah. Memang banyak grup WhatsApp, walaupun sama-sama kawan sekolah. Kalau ada problem sikit dengan kawan-kawan se-group, buat group lain.
Maka yang tak dengar lagi cerita ni pun tanya, "Ehh ...betoi ka cerita tu? Hang jangan buat cerita."
"Betoi....dia dah tak sayang Allah dan Rasulullah." tambah kawan tu.
Lagi power dia punya inside news.
Maka bertambah riuhlah rumah 'Ithban dengan berita yang gempak ni.
Mendengarkan itu, Nabi SAW lantas berkata, "Jangan cakap macam tu. Bukan kah dia dah mengucapkan kalimah tauhid.
Dia dah kata tiada yang layak disembah melainkan ALlah semata-mata."
Ingatkan kawan yang bawa cerita tu nak stop kat situ saja.
Rupa2nya dia tak puas hati kalau tak justify apa yang dia kata tadi tu.
Kata dia "Betul tu Ya Rasulullah, memanglah Allah dan Rasul lebih mengetahui.
Dia sendiri pun mengaku taat pada Allah dan Rasul, tapi......"
"Tapi" tu yang jadi dia nak cerita sangat tu...
"Tapi..... aku tengok dia ni baik sangat dengan orang2 munafik. Tak tau pasai apa.
Rajin sungguh pi sembang dengan puak2 tu. Kadang2 join pulak aktiviti depa tu! Tak nak kata munafik lagu mana lagi?"
Tu dia, kawan ni dah buat andaian yang Malik ni munafik pasai Malik friendly dengan orang2 munafik tu.
Padahal dia tak pi tanya pun Malik ni.
Sehinggakan bila Nabi dah remind dia pun, dia rasa tak lengkap kalau tak tambah setahil dua lagi.
Maka kata Rasul SAW lagi, "Sesiapa yang berkata tiada yang layak disembah melainkan Allah hanya utk mencapai keredhaanNya, maka dia akan terselamat dari api neraka."
Maksud Nabi, jangan kita pi pandai2 tuduh seseorang tu munafik.
Kalau betullah Malik tu dah jadi munafik, balasannya kekal dalam neraka.
Sangat bahaya andaian tu. Tak boleh main tembak-tembak saja.
Maka depa pun terdiamlah.
Jadi pengajarannya di sini...jangan lempar tuduhan pada seseorang hanya berdasarkan andaian.
Main agak2...tak confirm sahih lagi dah pass around.
Tambah-tambah bila dah pakat dok ramai-ramai berhimpun.
Memang senang bawak keluar cerita.
Kalau dulu, sahabat2 pi berhimpun di rumah Ithban.
La ni kita berhimpun dalam WhatsApp, dalam Telegram, dalam Twitters, FB.
Kalau dulu bila terbit cerita Malik tu dah munafik, riuh rumah 'Ithban.
La ni, bila keluar cerita GST, 1MDB, TPPA, Low Yatt, cerita rambut, cerita cincin, cerita lembu....riuhlah pula rumah WhatsApp, Telegram kita.
Sesuai sangatlah dengan fitrah manusia yang suka cerita2 juicy ni.
Padahal kebanyakannya hanyalah andaian sahaja.
Kita dengar sikit saja, kita buat cerita berjela-jela.
Jadi, ambillah teladan dari hadith tadi.
Tak payahlah dok riuh sangat.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment