Hari ni kita sambung cerita sahabat yang dijamin syurga ni. ------------------------------------------- Ni Part 2 tau. Baca Part 1 dulu untuk bagi senang paham. Kalau dah, jom kita sambung...... Suatu hari selepas beberapa ketika mereka berhijrah dan Abdul Rahman bin Auf pun dah berniaga, dia mai berjumpa Nabi SAW Tapi nampak ada kelainan pada Abdul Rahman ni.. Nabi SAW kata, "Nampak ceria la ni. Wangi pulak tu. Ada apa-apa ka?" "Hi hi.....ingatkan orang tak perasan. Saya baru kawin Ya Rasulullah." jawab Abdul Rahman. "Laaa...awat tak habag?" "Tak dan nak habag." segan Abdul Rahman sebab tak jemput sapa2 mai akad nikah dia. Baginda SAW tanya dia lagi, "Apa yang kamu jadikan sebagai maskahwin?" "Aku kasi isteri aku sedikit emas." "Mana kamu dapat emas tu?" tanya Nabi SAW, sebab baginda tahu masa dia hijrah, Abdul Rahman tak bawa apa2. "Saya meniaga Ya Rasulullah. Emas tu sedikit keuntungan yang saya dapat." jawab Abdul Rahman. "Kamu dah buat kenduri?" "Belum Ya Rasulullah." Maka sabda Nabi SAW, " Awlim wa lau bi shaatin." Maknanya "Buatlah kenduri walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Lalu Abdul Rahman pun sembelih kambing dan buat kenduri walimah untuk memaklumkan pernikahannya. Jadi di sini para ulamak bagitau apa yang Nabi SAW perintahkan Abdul Rahman bin Auf tu ada pengajarannya. Yang mana kita para ibubapa yang dah ada anak2 yang sampai masa untuk berkahwin, patut contohi. Iaitu yang penting adalah, bila depa dah dewasa dan matang, dan ada pasangan yang sesuai, perangai pun dah ok, kawinkan terus. Walaupun depa tak banyak harta, baru saja start kerja, gaji pun kecik lagi, kawinkan saja. Jangan dok tunggu 3 tahun, biag anak kita tu pi kerja banting tulang nak himpun belanja 10 ribu, maskawin 3 ribu 3 ratus 3 puluh 3 sen. Kemudian nak bagi cukup duit nak buat kenduri sembelih lembu 4 ekor sebab nak panggil adik beradik sebelah bapak, adik beradik sebelah mak, adik beradik yang dah 15 tahun tak jumpa..daripada tok lang penakan anak tiri Tok Chah di Kuala Nerang, tok chik dua pupu sebelah tok wan yang menikah 4 tapi semua bini dia dah mati dah di Bukit Mertajam......, kawan sekolah anak, kawan sekolah menantu, kawan sekolah ayah, kawan sekolah mak, bekas kawan kerja ayah (sebab ayah dah pencen), kawan kerja mak , kawan opis anak.... habih semua nak panggil. Bukan itu yang Nabi SAW suruh. Nabi kata, kalau dah rasa boleh buat kenduri walaupun sempoi2, kawinlah, kendurilah. Ishhh...aku dok berletiag ni risau jugak sebab sat lagi kawan2 yang nak buat kenduri anak depa, tak jemput pulak, sebab bersyarah pandai sangat...he he. Jangan tak pangge no..... Anyway, kita sebagai ibubapa tak perlu risau dengan kemampuan anak2 kita masa depa nak kawin, "Gaji kecik macamana nak bagi makan anak orang?" itulah persoalan yang selalu depa dok pikir. Kerana perkahwinan adalah lebih utama dari mencari harta. Kerana perkahwinan yang berkat akan menyebabkan Allah membuka pintu rezeki kepada anak menantu. Lepaih depa kawin Insya Allah mudah kehidupan depa. Mak bapak yang anak depa dipinang, tak payahlah pula letak syarat2 yang susah utk bakal menantu. "Anak kita ada Master.. tak kan nak letak belanja 700 ratus saja. Boh lah 15 ribu, baru padan." Kesian bakal suami anak, tak menikah lagi dah kena belajar ligan duit, ligan dunia. Sampai kuruih kering kawan tu... "Kita bukan nak duit depa sangat, tapi kita nak biag dia belajag kerja kuat....nak jaga anak orang ni, bukan nak jaga anak kambing." Amboi....gitulah pemikiran mak bapak. Mak bapak kat Ghana sanalah. Kat sini tak adalah yang macam tu. Apa2 hal pun ikut kemampuan lah. Kalau takat boleh buat kenduri ikan tamban kering dengan ulam pucuk jangguih, takat boleh panggil tok imam dengan jiran2 dekat2 saja, buatlah takat tu. Janganlah pi berhutang bergolok nak panggil sekampung pulak. Kalau dah memang pun toke lembu, ada sampai 500-600 ekor.... tapi bila anak nak menikah, dia sembelih ayam dua ekog saja! Bila orang tanya, "Awat buat kenduri ayam dua ekog saja?" Dia jawab, "Nak ikut hadis Nabi.....", Tu dah kira mengaji tak abis. Jauh aku merawit ni. Mai kita continue sikit lagi. Kemudian perkara yang kedua yang penting dalam episod ni. Nabi SAW kemudiannya mendo'akan Abdul Rahman "Barakallahu laka fii maalika wa ahlika." Maknanya, "Moga2 Allah memberi keberkatan kepada kamu, dalam harta kamu dan keluarga kamu." Do'a inilah yang kemudiannya menjadikan rezeki Abdul Rahman melimpah ruah. Perniagaannya berkembang maju, hartanya membukit. Apa saja bisnes yang dia buat semuanya menguntungkan. Kata Abdul Rahman, "Dengan berkat do'a Nabi SAW tulah Allah telah membuka pintu rezeki kat aku. Kemewahan dunia jatuh ke riba aku, sehinggakan kalau aku angkat seketul batu, aku akan jumpa emas dan perak di bawahnya." Tu dia kiasan dia! Dia menjadi sangat kaya, kalau dia balik dari berdagang, penduduk2 Madinah awai2 lagi dah tahu konvoi kabilah dia dah sampai. Sebab debu2 yang berkelun-kelun oleh unta2 dagangannya yang masih berbatu2 di luar Kota Madinah sudah dapat dilihat mereka. Itulah keberkatan hasil usaha yang gigih, pernikahan dan do'a Nabi SAW. Masa hijrah dia tak ada apa2, masa dia kawin, harta dia seciput saja. Tapi lepas dia kawin....everything opened up for him. Begitulah sedikit sebanyak hari ni. Wallahu 'alam. ------------------------------------------------------------------------------------------- Next... Apakah kelebihan Abdul Rahman bin Auf ni yang membuatkan dia istimewa? Nanti kita akan tengok lagi satu perkara yang Nabi SAW do'akan untuk dia. Dan juga do'a Ummul Mukminin Aishah r.anha. Sampai macam tu sekali. Sambung Part 3 . Wassalam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
13 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. _Part 2_ Kawin Tak Panggil Kawan
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment