Jom kita conclude cerita Abdul Rahman bin Auf ini dengan beberapa kisah kedermawanan dia. Seperti biasa bacalah cerita2 sebelumnya kalau nak kasi lebih kliar... Part 1 Part 2 Semasa Perang Tabuk, apabila Nabi SAW meminta para sahabat bersedekah. Umar al Khattab r.a. antara sahabat yang infaq banyak. Riwayat hadis kata, separuh dari harta dia. Tapi dia tengok Abdul Rahman macam infaq lagi banyak dari dia. So Umar made a remark. Remark yang nampak macam dia tak puaih hati. "Ya Rasullullah, Abdul Rahman buat silap besar hari ni." "Kenapa kamu cakap macam tu?" tanya Nabi SAW. Atau kalau orang Kedah piau, depa cakap macam ni, "Awat hang kata lagu tu?" "Pasai kalaulah banyak tu dia bagi, sure habih semua harta dia. Mengkalu lagu tu, apa yang tinggai nak bagi anak bini dia makan?" kata Umar. Lalu Nabi SAW pun sampaikan apa yang Umar kata tu pada Abdul Rahman. Maka kata Abdul Rahman, " Allah dah bagi banyak kat aku. Insha Allah adalah untuk keluarga aku rezeki depa." Maka Nabi SAW pun berdo'a lagi untuk dia, Barakallahulaka fiima a'thoit wa fiimaa tarak "Semoga Allah memberkati apa yang kamu infaqkan, dam memberkati apa yang kamu tinggalkan (untuk dirimu dan keluargamu)." Kitapun begitulah juga, kalau orang dah bermurah hati bagi hadiah atau apa2 sedekah kat kita, bacalah do'a tu pada orang yang memberi sebagai balasan. Dah cukup baik sangatlah tu. Abdul Rahman ingat sangat do'a Nabi tu pasai dia kata, selepas tu hidup dia bertambah mewah. Lagi dia sedeqah, lagi banyak kekayaan dia dapat. Koi bagi, koi bertambah harta dia. Bukan koi kurang.... HANGPA DENGAR DAK TU? KOI BAGI KOI KAYA!! KOI BANYAK SEDEKAH, KOI REZEKI MELIMPAH! Saja aku ulang, kasi impak yang lebih. Tu satu episod. Ni satu lagi. Suatu hari diriwayatkan Abdul Rahman bin Auf ni balik dari satu business trip. Bersusun-susun unta dagangan dia memasuki Madinah. Sarat dengan muatan dagangan yang dia impot masuk. Berapa ekor unta agaknya? 10 ekoq?....cuba lagi 50 ekog?...the steak is too far from the fire kata orang Kedah...ataupun kata orang KL, jauh panggang dari api. 100?....tak masuk buku. Tak kan 500 ekog kot?, hangpa tanya. Memang bukan 500 ekog pun....tapi 700!! TUJUH RATUS!! Tu dia. Kalau 700 lori roti Gardenia, banyak manalah agaknya? Banyak kan? Cuba kita bayangkan sikit rombongan 700 ekor unta ni. Saiz unta ni average 3.0m dari hidung ke ekog. Macam mana aku tahu? Aku Google lah. Bukannya pernah pi ukur pun! So, kalau susun ekor unta2 ni bontot ke bontot... 700 x 3 = 2100m = 2.1 km. It stretched more than 2km! Teringat pulak pi Jakarta, banyak SUP BUNTUT di sana. Ingatkan apalah bendanya...rupanya SUP EKOR!! Loklag betoi! Back to our story. It created such a commotion sehinggakan Ummul Mukminin Aishah r.anha pun tertanya2. "Apa yang riuh sangat tu?" "Abdul Rahman bin Awf baru balik dari berdagang." depa jawab. Maka A'ishah pula berdo'a. "Moga Allah memberkati Abdul Rahman di dunia dan juga memberkatinya dengan lebih baik di akhirat." Ada pulak orang pi ligan Abdul Rahman dan terus ceritakan do'a Aishah ni kepadanya. Apa dia buat? Dia bawak unta dia yang 700 ekog tu....dia bagi kat Aishah untuk disedekahkan kpd umat Islam, dengan barang2 dagang dia sekali. Tu dia! Macamana nak ada rasa lapang dada nak sedekah macam tu? Kita ni, bila solat Jumaat, nampak dah tabung masjid nak mai kat kita. Dari jauh lagi kita dah buka wallet. Tengok-tengok adala RM50 tiga empat keping, ada RM20 beberapa keping, RM10, RM5 pun ada lah juga. Kembunglah juga wallet tu. Tapi pikiag punya pikiag, sat lagi nak isi minyak kereta, lepas keluar opis nanti, nak singgah pasar malam, nak beli peneram, ayag soya, koey teow goreng, pelam madu dua kilo.... Kot2 ada Musang King...baguih jugak. Kira punya kira....bila tabung tu mai singgah depan kita, ambil dua ringgit, jolok pi masuk dalam tabung tu. Kadang2 rasa segan sebab Mat Indon sebelah tu jolok RM20, kita tolak tabung tu pi kat next person. Dok ingat lepas solat nanti, nak masuk dalam tabung tang pintu tu, biar orang tak nampak kita derma 2 ringgit. Last-last bila habis solat, belah macam tu saja. Lupa teruih. Dahsyatnya orang Ghana ni....:) Banyak lagilah cerita kedermawanan Abdul Rahman bin Auf ni, elok juga kita baca sendirilah. Contohnya dia lah yang menyara kesemua isteri2 Nabi SAW apabila baginda wafat, dia mendermakan 40 ribu dinar kepada keluarga Aminah binti Abdul Wahhab, ibu Nabi SAW, dia sedeqah 40 ribu dinar emas kepada sahabat2 yang pernah menyertai Perang Badar. Selain dinar, kadang2 dia sedeqah property dia. Kadang2 500 unta, kadang2 1000 kuda, ada one time tu 1500 unta. Dia bagi macam tu saja. Tapi dah bagi semua tu, apa yang dia tinggai kat ahli keluarga dia? Depa dok dalam pondok buruk ka? Depa hidup ala kadar ka? Ni nak cerita mai... Apabila dia wafat pada tahun 33 Hijrah, dia meninggalkan 100 ekor kuda, 1000 ekor unta, 3000 ekor kambing!! Dia ada 4 isteri, setiap mereka dia tinggalkan 80,000 dinar. Berapa juta tu? Darab lah dengan RM600 lebih kurang...nilai satu dinar hari ni. 80,000 x 600 = RM48,000,000 48 JUTA!! Hampir RM50 juta untuk setiap isteri..... ...oleh lelaki yang mai ke Madinah sehelai sepinggang 33 tahun dulu. Memang mind boggling kalau nak audit harta Abdul Rahman bin Auf ni. Tapi dia derma punyalah banyak....yang ada kat dia pun tak habis2. Begitulah serba sedikit kisah sahabat yang kaya raya ni. ---------------------------------------------------------------- Sebagai penutup, suatu hari dia sedang nak buka puasa.... Bila azan Maghrib dilaungkan, dia pun capai makanannya, nak buka. Tiba2 dia menangis, makanan tak sampai ke mulutnya. Teresak2 dia menangis sampai membasahi janggutnya. Lalu orang tanya..."Wahai Abdul Rahman...kenapa kamu menangis?" Jawab Abdul Rahman, " Aku teringat Mus'ab bin Umair. Itulah sebabnya." Siapa Mus'ab? Mus'ab ialah sahabat Nabi SAW yang dulunya seorang pemuda hensem, dan kaya raya di Mekah sebelum Islamnya. Tapi bila dia masuk Islam, keluarganya tidak redha. Depa melucutkan semua kekayaannya dan disowned him. Dia berhijrah ke Madinah sehelai sepinggang juga. Cumanya dia tidak berniaga. Dia menghabiskan masanya mendampingi Nabi SAW. Nabi di Masjid, dia di masjid, Nabi pi perang, dia ikut pi perang. Akhirnya dia syahid pada Perang Uhud. Apabila para sahabat hendak mengkebumikannya, pakaian dia tak cukup untuk mengkafankannya. Tutup kepala, terdedah kaki. Tutup kaki, terbuka kepala. Lalu Nabi SAW menyuruh sahabat menutup kepalanya dengan pakaiannya. Kakinya ditutup dengan rumput. Itulah yang diingati oleh Abdul Rahman semasa dia nak buka puasa tu. Dan menyebabkan dia menangis teresak2 kerana mengenangkan hartanya yang banyak, jika dibandingkan dengan kedhaifan Mus'ab. Kata Abdul Rahman..."Aku bimbang kerana Allah dah bagi semua kemewahan di dunia ni, apakah akan ada bahagianku di akhirat nanti?....aku sangat2 berharap adalah bahagianku di sana." Allahu Akbar! Sekian dulu...kisah Abdul Rahman bin Auf radhiallahu anhu. Moga Allah mengurniakan rezeki kita sepertimana dikurniakan pada Abdul Rahman bin Auf. Dan juga mengurniakan sifat dermawannya dan menjadikan kita suka menderma ke jalan Allah. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
17 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. - Part 3_Unta Bersusun
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment