First, satu soalan dulu. Siapa female warriors yang hangpa pernah dengar? One of the first names yang aku agak hangpa akan sebut ialah.... Joan of Arc. Betoi dak? Ini dah belajar kecil2 dulu. Lain? Kalau ada yang sebut Mulan atau Pocahontas pun boleh terima jugak, walaupun watak kartun. Kalau nak kata Princess Leia atau Xena....atau Lana Croft, lantak hangpa lah. Kot2 yang semangat ketuanan dia kuat sikit, mungkin akan sebut Tun Fatimah, atau Tun Teja. Tapi cuba hangpa sebut mai, nama female warrior di kalangan sahabat Nabi SAW. Ada pernah dengar? Kalau tak pernah dengar tak apa, sebab aku akan ceritakan di sini. Nanti boleh bayang kehebatan sahabat wanita ini. Namanya Nusaibah binti Ka'ab al Ansariyyah (radhi Allahu 'anha) . Dari namanya hangpa dah boleh agak yang dia ni orang Ansar Madinah. Nama dia yang lain yang selalu disebut ialah Ummu Umara'. Dia memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair r.a. yang dihantar oleh Nabi SAW untuk menjalankan usaha dakwah di Madinah sebelum penghijrahan baginda. Termasuk yang memeluk Islam juga ialah suaminya dan kedua2 anak lelakinya yang bernama Abdullah bin Zaid r.a. dan Habib bin Zaid r.a. Nusaibah pula adalah antara dua wanita yang menyertai Baital Aqabah (Pledge of Aqabah) yang memberikan taat setia dan jaminan keselamatan kepada Nabi SAW untuk baginda berhijrah. Itu sedikit latarbelakang Nusaibah dan keluarganya. So, sesuai dengan tema kepahlawanan dia, we pick up her story in the middle of Perang Uhud. Dia menyertai beberapa peperangan yang lain jugak. Ketika Nusaibah dan keluarganya masuk ke medan perang, pertempuran sedang sampai kemuncak. Seperti wanita2 Madinah yang lain, dia mai pada mulanya hanyalah membawa minuman dan juga peralatan rawatan untuk tentera-tentera yang sedang berjuang Suami dan anak2 dia memang dah lengkap untuk bertempur. Depa bergabung dengan pasukan Nabi SAW. Nusaibah memberi minuman kepada para tentera manakala suami dan anak-anak dia joined the battle around Nabi SAW. Then came the turning point of the battle. Pasukan pemanah dah abandoned their position sebab dok nampak harta rampasan yang ditinggalkan puak Musyrikin. The great general Khalid al Walid, yang masa tu belum Islam, nampak peluang ni, and he attacked from the unguarded flank. Well.....you know that part of the story oredi. Tentera2 Islam kalah teruk dan lari lintang pukang menyelamatkan diri. Keadaan dah menjadi huru-hara. It was mayhem!! Everybody for himself!! Pasukan yang di sekeliling Rasul SAW pun cabut juga. Tinggallah baginda dilindungi oleh hanya beberapa sahabat sahaja. Nusaibah kira, termasuk depa 4 orang, hanya ada 10 saja yang masih tinggal. Dia pun campak air yang dia bawa, dan cabut pedang dia. She carried one, for her own protection. But this was a time to fight! Nabi SAW nampak yang Nusaibah tak ada perisai lalu baginda berkata kepada tentera yang sedang menyelamatkan diri, "Tinggalkan peralatan kamu kepada yang hendak berjuang!!" Maka adalah salah seorang dari mereka yang lari tu campakkan perisainya pada Nusaibah. She picked up the shield with her left hand. The sword in her right. Datang tentera berkuda musyrikin. Salah seorang darinya menyerang Nusaibah. Ditetak Nusaibah dengan pedangnya. Bertalu-talu. Nusaibah mempertahankan diri dengan perisai tu. Beberapa pukulan pedang berbekas di perisainya, namun Nusaibah bertahan. Mai part ni aku teringat Eowyn of Rohan. Macam tu kot suasana masa tu. Sapa pulak Eowyn ni....?? Yg bawah ni, hangpa pernah tengok? |
Back to the story...... Nusaibah memukul kaki kuda musuh. Kuda tu rebah dengan penunggangnya. Nusaibah terus menikam dan menamatkan riwayat musuhnya. Nabi SAW kemudiannya memanggil Abdullah lalu bertanya, "Kamu anak Nusaibah ke?" Dia menjawab, " Benar, Ya Rasulullah." Lalu Nabi SAW mengarahkan Abdullah. "Ambil batu dan kau baling penunggang2 mushrikin!" perintah baginda. Abdullah capai seketul batu dan lontar, terkena tepat pada mata kuda seorang seorang tentera Musyrikin. Kuda tu terkejut lalu menjatuhkan penunggangnya. Tersungkur dia bersama kudanya. Abdullah terus merejam batu ke arah musuh dengan sedayanya sehingga tentera itu terbunuh. Datang lagi bala tentera musuh. The family kept on repelling the attacks. Abdullah ditetak di lengan kiri. Darah mengalir deras dari lukanya. Dia rebah. Penyerangnya meninggalkan Abdullah dalam kesakitan. Rasulullah berkata kepada Nusaibah, " Rawati anakmu!" Nusaibah mencapai kain balutan yang dibawanya dan terus membalut luka Abdullah. Setelah dapat menghentikan darah di lengan Abdullah, dia berkata, "Bangun anakku! Terus berjuang!!" Abdullah picked himself up. And jumped into the battle again. Tiada masa untuk berehat. Rasulullah mesti dilindungi!! Rasul SAW ternampak musuh yang melukakan Abdullah tadi, "Nusaibah!! Itu orangnya yang mencederakan anakmu!" Nusaibah bingkas bangun dan terus menerpa ke arah musyrikin tersebut dan mereka bertarung. Dengan kemahiran pedangnya, dia dapat membunuh lawannya. Rasul SAW kagum melihat semangat 4 beranak ni. Lalu baginda berkata, "Sesungguhnya Nusaibah lebih cekal pada hari ini daripada fulan bin fulan." Lalu baginda sebut nama-nama sahabat. "Sesungguhnya suaminya pun lebih cekal hari ini daripada fulan bin fulan." dan baginda menyebut lagi nama-nama sahabat yang lain. Dalam kesengitan perang itu baginda berdo'a, "Ya Allah! Rahmatilah seluruh ahli keluarga Ummu Umara." Nusaibah terdengar do'a Rasul SAW lalu dia berkata, "Ya Rasulullah!! Do'akan kami semua menjadi temanmu di syurga!" Lalu baginda terus berdo'a, " Ya Allah...jadikanlah mereka teman-temanku di syurga!" Mendengarkan do'a Rasul SAW tu, semangat Nusaibah semakin berkobar. Katanya, "Tidak ada lagi kesakitan yang aku akan rasakan hari ini." Perang terus berlangsung dengan hebatnya. Terdengar seorang musyrikin bertempik, "Mana Muhammad? Mana MUHAMMAD??! Tunjukkan dia padaku!! Tidak guna hidupku, kalau dia masih hidup!! Mana MUHAMMADD!!??". Namanya Ibnu Qumais. Mendengarkan kata-kata Ibnu Qumais itu, Nusaibah terus menerpanya. Ibnu Qumais ini besar orangnya, bagai sebatang pokok! Kerdillah Nusaibah jika dibandingkan dengan Ibnu Qumais ni. Dan musyrikin ini memakai dua lapis baju besi! Apa yang Nusaibah boleh buat?! Itu tidak dipedulikannya. Nusaibah menyerang Ibnu Qumais. Dia disertai oleh Mus'ab bin Umair r.a., sahabat zuhud kesayangan Nabi SAW. Mereka berdua melawan Ibnu Qumais seorang. Tetapi Ibnu Qumais terlalu gagah. Beberapa kali Ibn Qumais menerima tetakan pedang Nusaibah, tapi tidak memberi kesan langsung. Dia terus bertarung dengan sedaya upaya. Namun akhirnya lehernya ditetak oleh Ibnu Qumais. Nusaibah rebah bermandi darah. |
Kadang2 aku pikir...pembuat filem Hollywood ni selalu baca sirah Nabi SAW kot. Kita pula yang jarang baca.. Anyway, Mus'ab pula memegang panji tentera Islam di tangan kirinya. Ibn Qumais menetak tangan kiri Mus'ab, lalu terputus. Mus'ab memegang pula dengan tangan kanannya. Itupun ditetak putus. Akhirnya dia memeluk panji tersebut dengan apa yang tinggal dari kedua tangannya. Ketika itulah Ibnu Qumais menikamnya. Syahidlah sahabat kesayangan Nabi SAW itu. Ibnu Qumais dalam kegembiraan terus berteriak, "Muhammad telah mati! Muhammad telah mati!!" Disangkanya Mus'ab yang dibunuhnya tadi adalah Nabi SAW. Dan, keadaan tentera Islam makin bertambah berkecamuk. Maka, dalam keadaan yang sangat genting itu, Rasul SAW mengarahkan seluruh tentera Muslim berundur ke kawasan yang lebih selamat. Nusaibah cuba bangun, tapi oleh kerana lukanya yang parah, dia tak berdaya bergerak. Selain luka dilehernya, Nusaibah ditetak 12 kali di seluruh badannya. Ada tikaman lembing lagi. Siapalah yang mampu dalam keadaan macam tu? Nusaibah ditinggalkan di Medan Uhud. Lukanya dirawati oleh wanita2 Madinah yang lain..... Sepanjang malam depa berusaha menutup luka di lehernya. She suffered massive blood loss. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan semangatnya yang kental, dia dapat diselamatkan. Rasul SAW yang bimbang keadaan Nusaibah me bertanya khabar. Apabila mendengar Nusaibah semakin pulih, baginda berasa amat gembira. dia perlahan2 sembuh dari kecederaannya. Pun begitu, akibat cederanya itu agak serius, hampir setahun Nusaibah menderita sehingga pulih sepenuhnya. Begitulah sedikit coretan mengenai kepahlawanan Nusaibah binti Ka'ab r.anha dan keluarganya mempertahankan Rasul SAW semasa Perang Uhud. Next installment - aku cerita pula kisahnya semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Umar pula. Dan kemudiannya...macamana Nusaibah ni berkait dengan tradisi turun-temurun di Church of Holy Sepulchre, Christians holiest site in Jerusalem? Wallahu'alam. ps Kalau tak dak kerja, boleh tengok Eowyn fought the Witch King kat Youtube clip di bawah. Ada iras2 cerita atas dak? https://www.youtube.com/watch?v=dQ_-rmuPZC4 |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
16 December 2015
Nusaibah binti Ka'ab r.anha - Serikandi Uhud
Labels:
Kisah-kisah Sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment