Mungkin hangpa tak tahu bahawa karakter Captain Jack Sparrow dalam cerita2 Pirates of The Carribeans dikatakan berasal dari seorang pelaut dalam sejarah lampau yang dikenali dengan nama Captain Jack "Birdy" Ward, atau nama Islamnya Yusuf Reis. Hangpa boleh baca kisahnya dalam website Imam Suhaib Webb. http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/ Ni aku nak cerita satu lagi kemungkinan connection di antara Pirates of the Carribean (POTC) dengan sejarah Islam. Hangpa ada tengok kot cerita2 POTC ni? Kalau tak tengok pun, angguk sajalah.... Ok...dalam cerita POTC- At World's End, adegan paling climax ialah bila lanun2 tu bertarung dalam pusaran ayag laut. Macam dalam gambag ni..... |
Depa pusing2 sampai akhirnya tersangkut tiang seri (masts) kapal2 depa...pas tu depa lompat ke kapal lawan. And fought hand to hand battles. Dan itulah mengingatkan aku pada suatu episod sejarah Islam yang dirakamkan dalam buku2 sejarah Barat dan Islam dengan nama Battle of The Masts. Bertempat di Laut Mediterranaen. Kita bermula denga tahun 35Hijrah. 23 tahun setelah kewafatan Rasulullah saw. Negara Islam ditadbir oleh Sayyidina Uthman bin Affan r.a. Mesir sudah berada di dalam kekuasan Islam. Kerajaan Byzantine di Afrika Utara telah ditewaskan dan berundur ke Eropah. Gabenornya Amru bin Al'Aas r.a. Hanya baki-baki serdak saja yang masih dok serang2 hendap tentera Islam, cuba rampas balik bekas tanah jajahan depa. Syria pun sudah menjadi sebahagian dari Daulah Islamiyah. Gabenornya Muawiyyah bin Abu Sufyan. r.a. Semua nama yang aku sebut2 tu adalah sahabat2 besar Nabi saw. Muawiyyah pula adalah salah seorang penulis wahyu. Suatu tugas yang sangat mulia. Penulis wahyu Rasulullah saw ramai, ada riwayat kata lebih 40 orang. Dan dalam ramai2 tu ada seorang yang bernama Abdullah ibn Sa'ad ibn Abi Sarh r.a. Ni cerita pasai dia. ibn Abi Sahr was an interesting character due to his chequered past. Dia pernah masuk Islam dan kemudiannya murtad. Tu dia... Sepatutnya ini sudah cukup memberikan keinsafan pada kita semua yang amal ibadat ciput ni. Seorang penulis wahyu, yang berdampingan dengan Nabi saw pun boleh murtad! Moga2 Allah sentiasa melindungi kita. Mai terus cerita ni... So, apabila Makkah jatuh ke tangan Islam pada tahun 6 Hijrah, ada beberapa individu yang Nabi saw perintahkan supaya dibunuh kerana menjadi duri dalam daging kepada umat Islam. Antaranya Ibn Abi Sarh ni lah. Sejak dia murtad, dia dok pi cerita kat orang Makkah yang wahyu dalam Quran tu, tak semuanya ayat dari Allah. Ada yang kata2 manusia. Tapi masa tu, tanpa diketahui ramai, dia sebenarnya dah bertaubat. Dia dah insaf dan kembali kepada Islam. Dia dengar saja nama dia dah naik, dia cabut dan pi jumpa Uthman bin Affan ra., minta perlindungan. Lagipun depa ada family connection. Dia cerita hal keadaan dia masa tu. So Uthman pun pi cerita kat Nabi saw bahawa Ibn Sarh dah bertaubat. Oooo...... Maka dengan itu hukuman ke atas dia ditarik balik. Selamat..... Masapun berlalu pantas. Nabi saw wafat pada 10 Hijrah. Naik Abu Bakar jadi Khalifah. Kemudian giliran Umar a Khattab pula. Dan kemudiannya Uthman bin Affan r.a. Masa inilah, kerajaan Islam sudah sampai ke bibir pantai Mediterranaen Dari Anatolia ke Syria, Mesir dan Libya. Islam ni mula2 dulu orang nampak padang pasir dan batu batan, dan pahlawan berkuda saja. Bila mai sampai ke laut, reti ka? Ini perlu belajar kemahiran baru. Macamana nak mengemudi kapal2 perang? Tentera2 Byzantine....depa tak apalah. Depa ni expert dalam peperangan laut, sebab depa dah berkurun perang atas kapal. Para sahabat.....depa takat panjat pokok kurma terrer lah. Muawiyyah mempunyai pemikiran politik yang handal, dia suruh orang Islam belajar pasal perang laut dari bekas2 tentera Byzantine yang dah ditawan. Dengan ilmu baru tu, sat saja, orang2 Islam dah tinggalkan kuda2 depa dan mengemudi kapal perang pulak. Dalam masa 20 tahun dari pembukaan Makkah oleh Rasulullah saw, depa dah tawan Cyprus....yg dok tengah2 laut tu! MasyaAllah....padahal dulunya tak dak apa2 kemahiran pun mengenai perang laut tu. Proton Malaysia pun dah 30 tahiun. Agaknya kita dah boleh bina kapal selam yang boleh menyelam kot? Kona sikit..supaya senang faham... So, onward they went with the navy. On board was a captain by the name of Abdullah bin Sa'ad ibn Abi Sarh r.a. Ouitt...dulunya penulis wahyu... Tak reti apa2 pun pasai laut. Dah jadi admiral! Begitulah...apabila dah ada keazaman yang kuat, dan dipandu dengan taqwa dan iman. Semuanya boleh menjadi kenyataan. So pada tahun 35Hijrah, armada Islam bertembung dengan kapal2 perang Byzantine yang dipimpin oleh Emperor Constan II off the coast of Finike (Phoenix), Greece. Emperor Constan dengan kekuatan armadanya, konfiden boleh menang. And the battle was vicious, with more than 500 ships (5 ratus bro...) on the side of the Byzantine. Tentera laut Islam hanya mempunyai 200 kapal. Bila konfiden sangat, dia jadi ter over confident. Dia masih dok ingat Pak2 Arab ni hanya pandai panjat pokok kurma saja. Apabila kapal2 tu merapat, seperti yang dalam cerita POTC tadi, tiang seri depa bertembung. Dan tentera2 Islam lompat masuk ke atas kapal2 Byzantine. Itulah detik kritikal perang tersebut. Kalau main tembak dari kapal, tentera Byzantine mungkin ada kelebihan, tapi bila lawan pedang, mano et mano, tak boleh celen lah. Mana boleh lawan tentera2 yang dah berkurun perang berkuda di tengah2 padang pasir? Kalah teruk tentera Byzantine, tinggai serdak depa hari tu. Namun ditakdirkan, Constan tak sampai ajal hari tu. Dia pandai pulak pi tukar uniform dengan pegawai bawahan dia. Dia cabut dengan kapal2 dia yang masih boleh belayar. Apa jadi pada pegawai yang pakai baju emperor tu...Wallahu'alam. So, begitulah kisah Abdullah ibn Abi Sarh, bekas penulis wahyu Nabi saw, yang kemudiannya murtad, masuk Islam balik, dan akhirnya menjadi naval commander tersohor. Namanya disebut2 dalam sejarah Islam maupun sejarah Barat. Dan mungkin juga Hollywood mendapat inspirasi dari peperangan laut yang pertama dalam Islam ni utk masukkan dalam skrip blockbuster movie depa. Gitulah... Apa jadi pada Abdullah ibn Abi Sarh ni lepas tu? Apabila Uthman bin Affan dibunuh, dia memilih utk tinggal di Asqalan ( hari ni dikenali sebagai Ashkelon, Israel) Diriwayatkan dia selalu berdo'a. "Ya Allah...jadikanlah solat subuhku solat yang terakhir dalam hidupku." Dan Allah makbulkan do'anya tu. Suatu pagi setelah selesai tahiyyat akhir solat subuhnya, dia memberi salam pertama. "Assalamua'alaikum warahmatullah" Dan dia berpaling ke kiri. Tidak sempat memberi salam yang kedua, Allah memanggilnya pulang ke rahmatullah. Begitulah tamatnya kehidupan seorang sahabat Rasulullah saw yang penuh warna-warni. Moga kita semua boleh ambil sedikit pengajaran. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
27 March 2014
Battle of The Masts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment