Ni aku nak bercerita sikit mengenai kisah sahabat karib Rasulullah saw.
Siapa dia sahabat tu?
Abu Bakar as Siddiq? Bukan!
Umar al Khattab? Nahi!
Bilal bin Rabah? No way Jose !
Abu Dzar al Ghifari? Salah lagi!
Semuanya salah, sebab dia bukan dari kalangan manusia.
Nama dia Jibril a.s.
----------------------------------------------------------------------------------
Suatu malam di Madinah.
"Muhammad! Muhammad! Jom..." Jibril berbisik dari luar rumah Nabi saw.
Kalau nak samakan dengan kita hari ni, macam kawan2 mai ajak minum kat kedai mamak kot.
Nak masuk rumah tak berani, nanti bini kawan berletiag.
Ishh...ishh...ishhh...
Jauh sangatlah scenario kita hari ni dengan hasrat kedatangan Jibril ke rumah Nabi malam tu.
"Masuk lah dulu." Nabi pelawa Jibril ke dalam rumah.
"Tak payahlah. Aku segan. A'ishah tak tutup aurat."
MasyaAllah....gitulah sifat mulia seorang sahabat yang baik.
Kita kenalah ambik contoh Jibril ni.
Ni tak....mai saja rumah member, tak tengok kiri kanan dah, terus masuk.
Maklumlah kamcing sejak zaman sekolah lagi.
Rumah dia dah jadi macam rumah kita.
Mentang2lah kawan kita tu ada TV LCD 56", dan malam tu Liverpool lawan MU....
....atau yang lebih sesuai dalam keadaan sekarang, Liverpool lawan Manchester City,
kita pun celapak masuk macam tu saja.
Mana boleh buat cam tu. Bini member kelam-kabut kena pi cari tudung.
Anak2 dara dia lari lintang pukang sebab dok pakai shorts.
Ikutlah teladan Jibril. Dia pun tau segan dan respect privacy rumah kawan.
So, tunggulah Jibril di luar rumah sementara Nabi saw bersiap-siap.
Nabi pun kena jaga protokol jugak sebab malam tu adalah giliran tidur di rumah Aishah.
Jadi, Nabi saw pun suruh Jibril tunggu sat, baginda nak temankan Aishah tidur dulu.
Baginda tanggalkan kasut, kenakan pakaian tidur, dan baring sebelah A'ishah.
Bila Nabi saw tengok Aishah dah lelap, dia pun bangun, pelan2 pakai baju.
Baginda capai kasut, tutup pintu dengan hati2 dan kuit Jibril..."Jom....line clear".
Namun, ditaqdirkan A'ishah pun malam tu dah rasa tak sedap hati.
Dia wayang saja. Tak lena lagi pun. Dia saja buat2 pejam mata.
She was dreading this moment. Dia dok agak dah bahawa satu hari nanti, Nabi saw akan ciluk turn dia.
Diapun bingkas bangun. Pekena pakaiannya, dan keluar rumah. Ligan Nabi saw.
"Ni nak pi rumah bini lain lah ni..."
Dia tak nampak Jibril.
Dia follow, dari kejauhan. Takut Nabi saw nampak.
Sat-sat menyorok belakang pokok, sat-sat selindung belakang dinding rumah orang.
Tak jauh baginda s.a.w. pi rupanya. Hanyalah ke Perkuburan Baqi'.
Laaa....ingatkan pi rumah Hafsah....isteri Rasulullah saw yang satu lagi.
Rupanya mai kubur.
Nabi saw berdiri dan nampak seperti berdo'a. Aishah perati saja.
Mana tau kot2 lepas do'a Nabi saw tala pi tempat lain pulak.
Habis berdo'a Nabi saw pun turned around nak balik rumah.
Alamak! Kantoi ni....
Aishah pun cepat2 cabut.
Nabi saw pula, ternampak macam ada lembaga hitam sedang berlari-lari di hadapan.
So, Nabi pun try to catch up. Aishah pun mempercepatkan langkah dia.
Koi lama, koi cepat,
Then buka langkah seribu......terus lari!
Aishah sampai rumah, tutup pintu, terus masuk tidur.
Tarik selimut. Dia pejam mata.
"Phew...selamat,"
Kemudiannya Nabi saw pula sampai ke rumah.
Baginda nampak dada Aishah turun naik.
Nafas hup hap hup hap....
Penat berlari tadi.
Ait...lain macam nampak.
Nabi saw pun duduk sebelah dia, "Aishah....Kamu kah yang ikut aku tadi?"
A'shah bukak mata...."Eh abang. Tak ada lah... I tengah tidur ni."
"A'ishah, kalau kamu tak cakap, ALlah Yang Maha Mengetahui akan cakap kat aku."
Alamak...memang kantoi sungguh.
So, Aishah pun mangkitlah......dia story sikit sebanyak alasan dia.
Nabi saw faham perasaan isteri dia lalu menceritakan tadinya Jibril datang membawa perintah dari Allah swt.
Allah suruh Nabi saw menziarahi kubur Baqi' dan memohon keampunan bagi penghuni kubur.
Dia saja tak kejut Aishah kerana tak nak nanti Aishah risau dok rumah sorang2.
Begitulah sayang Rasulullah saw pada isterinya.
Tamat cerita.....
Pengajarannya.
Next time hangpa ziarah kubur, mintalah do'a supaya Allah mengampunkan dosa SEMUA penghuni kubur.
Kerana itu lah yang Nabi saw lakukan.
Jangan minta ampun utk emak ayah atau adik beradik saja. Do'a kat semua ahli kubur.
Pengajaran lain, isteri2 di luar sana, kalau nampak laki hangpa keluar malam2, janganlah suspect dia pi karaoke ka, ada pompuan lain ka.
Kasilah kredit sikit kat suami. Dia pi masjid kot tu, qiyamullail.
Dia keluar diam-diam tu pun bukan nak sorok apa-apa, cuma tak nak bagi isteri risau.
Dan kalau dia masih dok kamcing dengan member2 sekolah lama, tak payahlah dok pot-pet sangat.
Biag pi lah....asalkan depa tak buat kelolo sudahlah.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment