Kita dah biasa dengar semasa peristiwa Israk dan Mi'raj Rasulullah s.a.w, baginda telah mengalami berbagai peristiwa.
Sampai kata suatu tempat tu baginda s.aw.terhidu bau yang sangat harum.
So, Nabi saw tanya Jibril, "Bau apa yang sedap sangat tu?"
Lalu jawab Jibril, "Itulah bau tukang sikat rambut anak Firaun dan anak2 wanita tu."
Tanya Nabi saw lagi, "Apa dah jadi pada depa ni sampai dapat kelebihan macam tu sekali?"
Jawab Jibril..."Long story....biag aku cerita sat."
So, Jibril pun flashback cerita tu.
------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari di istana Fir'aun.
Seorang wanita sedang menyikat rambut anak pompuan Fir'aun.
Itu lah kerja dia. Hairdresser utk anak2 Firaun.
Tiba-tiba sikat dia terjatuh.
"Oh mak hang!" ...
Tidak lah dia melatah macam tu.
Dia kata, "Bismillah! (Dengan nama Allah!) "
Anak Firaun terkejut. Tak besa dengar perkataan Allah tu.
"Allah? Apa kebendanya Allah tu bik?" tanya dia.
"Ishh kamu ni.. Allah tu bukan benda. Allah tu Tuhan Yang berhak disembah."
"Tuhan?... Ada kah Tuhan selain dari ayah aku?" budak tu lagi terkejut. Sebab selama ni yang dia tahu Fir'aun lah tuhan.
Sebab Firaun sendiri yang mengaku dia tu tuhan sebagaimana dalam ayat 24 surah An Naziaat.
"Anaa rabbukumul A'la" = Aku tuhan kamu yang Maha Tinggi.
Jawab wanita tu.."Sebenarnya, Allah adalah Tuhan aku, dan Tuhan ayah kamu juga. Tuhan lain, yilek!"
Lagi terkejut budak tu, ingatkan ada tuhan lain selain ayah dia, okay jugaklah.
Rupa2nya ayah dia dah turun pangkatt... bukan tuhan pun!
Ni sudah main kasag.
So, dia cakap, " Nanti saya cakap kat daddy..." Ugutlah tu. Maklumlah anak tuhan.
Berkata wanita tu, "Cakaplah kepada ayah kamu, tak ada masalah. Mungkin dia akan sedar."
"What..ever!" budak tu balas.
So dia pun pi jumpa ayah dia..."Daddy..daddy. You know what? Bibik cakap daddy bukan tuhan. Tuhan sebenar namanya Allah."
"Apa?! Kurang hajor! Bawak perempuan tu ke mari!" marah Fira'un. Maklumlah perasan diri dia tuhan.
Maka dibawalah wanita itu mengadap Firaun.
"Anak aku cakap kamu kata ada Tuhan lain selain aku. Betul?!"
"Betul tu...Allah Tuhan aku dan Tuhan kamu juga." jawab wanita tu.
Firaun dah hot, "Mana boleh? Aku lah Tuhan kamu. Aku perintahkan kamu tarik balik apa yang kamu cakap. Kalau tidak aku bunuh kamu."
Wanita itu menjawab, "Aku tak akan berganjak kerana itulah kebenaran. Allah Tuhan aku dan Tuhan kamu juga."
"Oooo....kamu ketegag ya? Kalau macam tu, bukan kamu saja, aku akan bunuh semua anak2 kamu juga."
Ketegag tu, degil lah.
"Aku tetap dengan pendirianku, walau apa yang kamu cakapkan." kata wanita tu.
Maka Firaun pun memerintahkan supaya semua anak wanita itu di bawa ke istana.
Dan diperintahkan diperbuat suatu kawah tembaga.
Punyalah besar kawah tu,, bukan setakat boleh masak rendang daging lembu.
Kalau nak bubuh lembu seekor, tak payah potongpun boleh.
Dan apipun dinyalakan sehingga kawah itu berkilau kepanasan.
"Ok...ni last chance. Hang nak mengaku aku tuhan atau tak nak?" kata Fira'un. "Kalau tak, aku bakar kamu hidup2."
"Allah Tuhan aku dan Tuhan kamu juga." wanita itu tetap teguh atas keimanannya.
"Kalau begitu, hang dengan anak-anak hang boleh pi mampoih!" Fira'un dah give up.
Maka diambil anak-anak wanita itu dan dicampakkan ke dalam kawah tembaga yang amat panas itu.
Seorang demi seorang.
Tidak dapatlah dibayangkan betapa mereka menderita kesakitan sebelum nyawa berpisah dari badan
Dan si ibu yang teguh atas jalan iman ini hanya dapat memerhatikan anak-anak kesayangan mati dibunuh dengan begitu kejam dan tragis sekali.
Hati mana yang tidak berderai?
Tapi dia tetapkan hatinya.
Habis anak-anaknya dicampak, maka tinggallah si ibu dengan anaknya yang terakhir.
Seorang bayi yang belum lagi berusia dua tahun, sedang menyusu di badannya.
"Apa tunggu lagi? Terjunlah!" perintah Fira'un. "Kata tadi ada Tuhan lain."
Wanita itu maju ke tepi kawah.
Bayi kecil masih menyusu di dadanya.
Tapi sebelum melangkah masuk, dia seakan teragak-agak.
Mungkin tidak sampai hati mengenangkan bayinya yang masih kecil tu.
Di saat itulah Allah telah mengurniakan bayi tu dengan kebolehan berkata-kata,
Katanya, "Emak...apa dihirau dengan kesakitan dunia. Siksaan dunia tidaklah seberat mana jika nak dibandingkan dengan siksa di akhirat."
Mendengarkan kata-kata bayinya itu, tidak adalah lagi keraguan.
Wanita itu terjun ke dalam kawah bersama-sama si kecil.
Maka terkorbanlah wanita itu bersama semua anaknya akibat kekejaman Fir'aun.
Kerana mengaku hanya Allah Tuhan Yang Esa.
Dan dengan itu Allah telah memberi mereka kelebihan sehingga bau harum mereka semerbak di langit.
Tamatlah penceritaan Jibril kepada Nabi saw, sepertimana yang tersebut di dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Tabaraani dan Ibn Hibban.
Tapi cerita Jibril dan Fira'un ni tak habis takat tu saja.....jom kita sambung sikit lagi.
Di dalam hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, diceritakan pada ketika yang lain Jibril dan Nabi saw, sedang bersembang2.
Macam tulah depa. Selalu berjumpa dan berbual2.
Kawan baiklah katakan.
Sampailah kepada point kekejaman Fira'un ni,
Jibril pun pecah gebang dengan Nabi saw, sort of "dark" secret gitu.
"Ya Rasulullah, " kata Jibril, "aku nak cakap satu benda pasal Fira'un ni."
"Apa dia?"
"Hang tahu kan Allah tenggelamkan dia dan tentera2nya di Laut Merah semasa mengejar Musa a.s, kan?"
"Iyaaa.......", macam ada something ni.
"Hang tau kan, sa'at2 akhir bila nyawa dia dah nak tercabut, dia bertaubat dan mengaku Allah tu Tuhan kan?"
"Iyaa........", apa yang dia nak cerita ni?
Dalam Surah Yunus ayat 90, memang begitulah keadaan Fir'aun masa dok tenggelam timbul dalam arus Laut Merah tu.
Firman Allah : Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu):
"Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri".
Oooo.....macam tu ka?
So, apa dia yang Jibril nak cerita ni?
Ni lah cerita yang jarang kita dengar.
Pada sa'at Firaun sedang bertarung nyawa tu, Allah swt menghantar Jibril as untuk menyaksikan kemusnahan Fir'aun dan bala tenteranya.
It was Fir'aun's come-uppance....hari kezaliman dia dibayar cash.
Padan muka dia.
Betapa banyak kekejaman, kesombongan dan sifat takburnya.
Sampai sanggup menderhaka kepada Allah dan mengaku diri dia tuhan.
Jibril menyaksikan pengakhiran Fir'aun.
Tiba-tiba dia dengar Fira'un pi sebut pulak yang dia dah percaya pada Allah.
Macam dalam ayat Surah Yunus tadi tu.
Tak boleh jadi ni. Dah lari skrip.
So, Jibril pun ambil tanah selut dari dasar Laut Merah... dia sumbat dalam mulut Fir'aun!
Tercekik Fir'aun laknatullah tu!
Ooogk! Ooogk! Ooogk!!
Tak dapat berkata-kata lagi.
Laa.....Awat sampai macam tu sekali dibuatnya?
Kata Jibril pada Nabi saw, "Masa tu aku bimbang sekiranya Allah swt dengan sifat rahmatNya akan menerima taubat Fir'aun tu.
Pasal tu aku sumbat mulut dia supaya Allah tak dengar permintaannya."
Tu dia.......punya meluatnya Jibril pada Fira'un.
Apa pengajarannya dalam hadis ni?
Adakah Jibril mendahului kerja Allah sampai decide sapa yang patut dapat pengampunan Allah, sapa yang tidak?
Kalau sumbat pun, tak kan Allah tak tahu apa yang terdetik dalam hati Fir'aun?
Ulamak mengatakan pengajaran hadis ini ialah menunjukkan betapa besarnya rahmat Allah swt.
Sehinggakan walaupun hambaNya dosa bergunung sekalipun, masih berpeluang untuk mendapat keampunan apabila dia sungguh2 bertaubat.
Jibril sebagai ketua para Malaikat, yang sangat rapat dengan Allah cukup arif perkara ini.
Dia tahu Allah suka mengampunkan hamba-hambaNya.
So, itulah sebabnya dia pi sumbat mulut Fira'un, just in case.
Tapi, walaumacamanapun masa tu nyawa Firaun dah sampai ke halkumnya.
Pintu taubat sudah pun tertutup.
Sumbat ka tak sumbat, taubatnya sudah tidak diterima.
So, itulah ceritanya................
Kita bila lagi nak bertaubat? Rahmat Allah maha luas.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment