Pada suatu malam, sebagaimana biasa Umar al Khattab ra, keluar berjalan2 di sekitar Madinah. Mengambil tahu hal2 rakyat secara senyap2. Dengan berjalan2 secara rahsia tu lah dia akan dapat judge welfare rakyat secara sebenarnya. Kalau cerita awai2, mungkin ada yang buat persediaan awal, khemah, makan minum dsbnya. Not reflecting the actual situations. Setelah penat berjalan, Umar dan PA nya, Aslam berehat di sebuah lorong di Kota Madinah itu. Umar bersandar di dinding sebuah rumah. Dia terdengar perbualan sepasang ibu dan anak perempuannya. Kata anak, "Mak...susu kita dapat hari ni sikit sajalah. Rasa tak cukup nak bahagi macam biasa." Rupa2nya depa penggembala kambing dan menyara hidup dengan menjual susu. Jawab mak, "Kalau macam tu, kamu tambah jer lah air. Nanti cukuplah bahagiannya." "Isyyhh mak ni. Mana boleh buat macam tu? Salah tu. Mak tak dengar ke pesan Amirul Mukminin? Kalaulah Umar tau, susah kita nanti mak." "Alaaa kamu ni....apa yang kamu risau sangat? Dia bukannya ada sini. " "Tak nak lah mak....Allah tu Maha Melihat. Umar ada ke, tak dak ke, Allah tetap ada." Umar mendengar dengan penuh interest sehinggalah ibunya terpaksa akur dengan pendirian anak pompuannya itu. He was suitably impressed. Dia pun signal kat Aslam....."Jom!" So, depa berdua pun baliklah, on the way depa berbincang. "Aslam, esok hang pi rumah depa, hang tanya budak pompuan tu dah bersuami ke belum?" " Nak ambik jadi menantu ka?" Aslam dah tangkap hajat Umar. "Tengoklah macamana nanti. Hang pi lah risik2 dulu." "Baik Amirul Mukminin." So, esoknya Aslam pun pi lah ke rumah anak beranak tu dan buat apa yang disuruh Umar. Dan didapatinya kedua mereka tidak bersuami, emaknya seorang janda, anak gadis tu belum berkahwin. Aslam balik menceritakan findings nya pada Umar r.a. Umar pun memanggil anak-anak lelakinya. Abdullah, Abdul Rahman dan Asim. Ingat lagi Abdullah bin Umar r.a.? Kalau dah lupa boleh ulangkaji balik Siri Bercakap dengan Mayat - Part 5 Seterusnya Umar pun cerita kat depa apa yang dia discover malam tadi dan hajatnya utk mengambil anak gadis tu sebagai menantu. Abdullah dan Abdul Rahman menolak kerana depa dah beristeri masa tu. Maka tinggallah Asim. Kata Asim, "Kalau elok kata ayah, eloklah bagi saya. Biarlah saya kahwini dia." Alhamdulillah. Dengan itu termeterailah suatu perkahwinan atas dasar taqwa yang dalam beberapa tahun akan melahirkan seorang insan agong. ---------------------------------------------------------- Fast forward 45 tahun kemudiannya, sekitar 695 Masihi. Seorang budak kecil masuk ke kandang kuda Abdul Aziz bin Marwan, gabenor Mesir. Abdul Aziz, walaupun seorang yang wara’, hidup dalam serba kemewahan, mencerminkan kegemilagan Empayar Islam masa tu. Islam telah menakluki wilayah2 Afrika Utara dan hampir sampai ke lautan Atlantik. Jadi, banyak lah kuda2 yang cantik dan gagah dalam kandang2 kuda Abdul Aziz. Budak tu memang suka kuda. Dia pun mendekati seekor daripada kuda2 itu, dan mengusap2nya. Tiba2 kuda tu terkejut, dan menerajang ke belakang. Tak dan budak tu nak mengelak, tapak kaki kuda terkena sedikit di mukanya. “Adoi! Adoi!!” Budaklah katakan….. Berlari-larilah pekerja2 mai menerpa ke arahnya… “Ayoo….budak kicik sini…tara apa-apa ka?” pekerja asing rupanya yang jaga kandang. Bila diangkatnya budak tu,terkejut pekerja tadi…”Ooo tuan besar! I yem sorry…Saya tara nampak tuan sini masuk. I yem sorry.” Anak orang2 besar rupanya yang masuk kandang tadi. Maka diusungnya budak tu mengadap Tuan Gabenor Abdul Aziz. Gabenor tengok2 saja budak tu dia kata, “Laa…awat hang pi cari penyakit Umar? Mai sini ayah tengok.” Ooo.... anak Gabenor rupanya. Nama dia Umar bin Abdul Aziz. Ayah dia belek2 muka Umar dan didapati muka anaknya yang dulu licin gebu, sesuai dengan kehidupan sebagai anak2 kerabat, sudah bercalar. Darah meleleh di muka. Tapi…..ada tapi tu…. Tapi, instead of dia risau, Abdul Aziz tersenyum. Senyuman kegembiraan terukir di wajah Gabenor. Dia pun panggil isteri dan kaum keluarganya untuk melihat keadaan Umar. Allahu akbar…Alhamdulillah…semuanya tersenyum dan memuji2 Allah. Gerangan apakah yang membuatkan mereka tersenyum? Kita berhenti iklan dahulu…….. Saja kona nak bagi hangpa saspen. ----------------------------------------------------------- Gabenor Abdul Aziz bin Marwan adalah suami kepada Layla binti Asim. Asim? Macam besa dengar. Ya lah……. Asim tu bukankah anak Umar al Khattab ra yang berkahwin dengan gadis penggembala kambing tu? Jadi Umar al Khattab adalah moyang kepada budak kecik yang kena terajang dengan kuda tu,yang bernama Umar bin Abdul Aziz tu. Sebelah emak dia lah. Dalam sejarah dia dipanggil Umar Kedua. ------------------------------------------------- So habis iklan, mari kembali menonton. Pasai apa keluarga Abdul Aziz bin Marwan tersenyum melihat anak kecik dia bercalar muka kena terajang kuda tu? Kerana mereka teringat dengan jelas suatu cerita keluarga depa. Pada suatu hari Umar al Khattab r.a. terbangun dari tidurnya dengan membawa suatu mimpi yang pelik. Di dalam mimpinya dia ditunjukkan seorang dari keturunannya pada suatu hari nanti akan memerintah dunia dengan penuh keadilan. Dan dia ditunjukkan wajahnya mempunyai calar di muka. Itulah mimpi Umar al Khattab r.a. Pada mulanya Abdullah bin Umar r.a. menyangka mimpi itu adalah mengenai anaknya Bilal, (bukan Bilal bin Rabah ra, jangan silap orang), tapi it turned out bukan yang itu. So, berpuluh2 tahun sejak kewafatan Umar al Khattab r.a., depa dok tunggu siapakah yang dimaksudkan di dalam mimpi tersebut. Dan hari ini, nampaknya sudah ditemui gerangan orangnya yang bakal memimpin dunia dengan penuh keadilan. Bersambung……. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
08 November 2013
Umar dan Umar_ Legasi Susu Cayag
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment