10 July 2012

Siri Bercakap Dengan Mayat - Part 5 - Mayat di Salib

This should be the finale of this protracted saga...

Tapi kalau sapa2 yang baru terjumpa blog ni, jangan baca lagi.
Pi baca dulu part2 yang awal Siri Bercakap dengan Mayat ni.
Dari Part 1 - Part 4.
Nanti hangpa tak boleh follow.

Kalau dah baca, baru mai sini.
















Setelah beberapa hari dipamerkan di Ka'abah, tubuh Abdullah bin Zubair dibawa keluar dan dipacakkan di laluan antara Mekah dan Madinah.
Jadi ramailah yang lalu-lalang di situ melihatnya dan merasa gerun pada kebengisan al-Hajjaj.

Maka pada suatu hari, tubuh Abdullah bin Zubair itu dikunjungi oleh alim besar yang merupakan salah seorang sahabat terkemuka Rasul saw yang masih lagi hidup.

Namanya Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.anhuma....atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Umar sahaja.
Dalam bahasa kita anak Pak Umar.

Out of all the great companions of Rasul saw, there was no one left such as ibnu Umar in terms of kealiman dan kefaqihan dalam ilmu ugama dan Sunnah Rasul saw.

Sebabnya ialah, dialah antara sedikit manusia yang dapat merasakan perjalanan Islam sejak dari mula lagi.
Dia dilahirkan di Mekah setelah 4 tahun Nabi saw mendapat wahyu.

Kemudian dia sama-sama berhijrah ke Madinah pada usia 9 tahun.
Di Madinah dia sentiasa mendampingi Rasul saw dan dengan sebab itu dia adalah orang ke-3 paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah dan Ai'syah.

Kemudian setelah Nabi wafat, dia hidup pada semua zaman Khalifah ar-Rashidin.
Melalui zaman pergolakan dan fitnah dan seterusnya hidup dalam separuh dari permerintahan Bani Umayyah.

So dia dah tengok macam2. He had seen it all.

Dari struggle awal Rasul saw, hijrah, Perang Badar, Uhud , Khandak dll, perjanjian Hudaibiyah, pembukaan Mekah, zaman kegemilangan ayahnya Umar al-Khattab, zaman kacau bilau Ali bin Abi Talib sehinggalah sampai zaman sahabat2 dibunuh macam kawan dia Abdullah bin Zubair ni.

Tapi secara peribadi, dia memilih untuk tidak terlibat dalam pertelingkahan dan mengambil sikap berkecuali.

So, to put this story into context kita kena kenai sikit character anak Pak Umar ni.

Nanti sat na......scene bercakap dengan mayat akan mai sat lagi.

Oleh kerana ibnu Umar ni dari kecik sudah berdamping dengan Nabi saw, dia sangat2 mengambil berat tentang Sunnah Nabi.

Apa saja yang Nabi saw buat dia akan ikut sepenuhnya, dan apa yang Nabi tak buat atau dia tak nampak Nabi buat, dia pun taklah mereka-reka buat.

Contohnya, suatu hari dia ternampak unta Nabi saw berpusing2 dua kali pada satu tempat berhampiran Mekah. Nabi kemudiannya dismounted dan menunaikan solat di tempat unta itu berpusing.

Oleh itu tiap-tiap kali apabila ibnu Umar lalu di tempat yang sama, dia akan pusing unta dia dua kali, kemudiannya turun dan menunaikan solat dua rakaat. Exactly macam yang dia tengok Rasul saw pernah buat.

Begitulah sifatnya.

So, bila tiba zaman kekacauan dan umat Islam berpihak2, gaduh bergaduh dan berperang serta berbunuh antara satu sama lain, dia mengambil sikap berkecuali....sebab dia dok teringat Nabi kata, umat Islam itu bersaudara, tidak halal menitiskan darah seorang Muslim, imam itu mesti diikuti walaupun dia fasiq selagi dia mendirikan solat, bila berikrar utk ikut pemerintah - tak boleh lawan dia dan lain2.

Sehingggakan bila al-Hajjaj bin Yusuf mai Madinah, Hajjaj tu pi naik jadi imam solat, ibnu Umar ikut jadi makmum di belakang.

Orang2 Madinah tanya dia..."Wahai tok guru, awat tak jadi imam? Awat pi jadi makmum belakang Hajjaj sedangkan dia orang yang zalim? Tuan guru kan yang lebih layak?"

Dia kata, ta'at kepada pemerintah itu wajib, selama mana dia mendirikan solat.

Bila dia tak memihak kepada mana2 parti semasa Islam bergaduh sesama sendiri, ada orang pi kata kat dia,
"Wahai Ibnu Umar, tak ada manusia yang lebih teruk dari hang!"

Terkejut ibnu Umar, lalu dia kata, "Ehhh...cakap baik sikit. Apa pulak aku ni teruk? Aku tak pernah pukui orang, aku tak pernah gaduh dengan sapa2, dan aku sangat tak suka kepada perpecahan.....teruk ka macam tu?"

Lalu lelaki tu berkata, "Yang tu tak teruklah.....tapi yang teruknya, dalam hang dok tengok orang Islam dok bergaduh la ni, hang dok diam saja. Tak buat apa2. Belah sini pun tak, belah sana pun tak.

Hang tau dak.....kalau hang buka mulut saja, hang cakap saja belah mana yang betoi, atau hang cakap dua2 tak betoi, yang betoi macam ni, semua orang akan ikut cakap hang, semua orang akan bersatu. Tak dak lagi orang yang duduk belah sana, duduk belah sini. Hang cakap saja!
....ni dak, sengapppp saja."

Marah kawan tu.

Apa ibnu Umar cakap?
Dia kata, "Aku tak berhasrat nak jadi khalifah walaupun depa nak bagi jawatan tu kat aku. Selagi ada yang tak setuju dengan aku, aku tak mau jadi khalifah depa."

....maknanya dia nak semua orang setuju dia jadi Khalifah barulah dia mau. Dia tak mau umat Islam berpuak2, ada yang sokong ada yang bangkang.

Cukuplah tu....rasanya hangpa semua dah boleh visualize peribadi anak Pak Umar ni.

Mai kita terus ke babak seram (ye ke?)....bercakap dengan mayat ni.

So, bila dia dengar berita Abdullah bin Zubair sudah syahid dan disalib oleh al-Hajjaj, Ibnu Umar bertekad untuk tidak pergi melihat.

Bukan apa, kerana dia tak sanggup melihat keadaan sahabatnya yang dah diperlakukan sebegitu rupa.

Tetapi akhirnya dia tak dapat tahan, dia pi jugak.

Sesampai saja dia di tempat terpacaknya tubuh Abdullah bin Zubair, maka sayulah ibnu Umar.

Dia pi berdiri depan Abdullah bin Zubair, dengan penuh hormat dia berkata,
" Assalamualaika Ya Aba Khubaib...."

Abu Khubaib tu nama gelaran Abdullah bin Zubair.

Tapi tak ada jawapan lah, sebab Abdullah ibn Zubair dah wafat.

ibnu Umar kata lagi, "Assalamualaika Ya Aba Khubaib...."

Dia berenti sat, kemudian dia kata lagi buat kali ke-3,
"Assalamualaika Ya Aba Khubaib...

Habis bagi salam 3 kali, ibnu Umar pun bersyarah kepada arwah kawan dia ni....
"Wahai Abdullah. Awatlah hang jadi macam ni? Aku kesian tengok hang.
Demi Allah....aku dah habag dah kat hang, jangan dok pi cari pasai dengan Hajjaj tu.
Banyak kali dah aku pesan kat hang, tak ada gunanya lawan dia.....
tapi hang tak dengag cakap aku. Hang pi lawan juga!
La ni tengok apa dah jadi kat hang?"

ibnu Umar berleter macam ibn Zubair tu dok pasang telinga.
Padahal dah arwah dah kawan tu.

Sambung ibnu Umar lagi, "Dollah....mai sini aku nak habag kat hang.
Setahu akulah....tak dak orang yang lebih baguih dari hang.
Hang ni orang yang jaga sembahyang.
Posa pulak, tak payah cakaplah. Habag saja posa apa, hang buat punya.
Hang tak pernah tinggai hal2 macam tu.

Lepas tu pulak, hang sangat suka menjalinkan hubungan silaturrahim.
Hang baik dengan semua orang.

Hang dengag tak aku cakap apa ni? Macam tak interested saja....(yg ni tak dak la dalam hadis).

Aku bukannya nak cakap mengarut, cuma kalau nak comparelah, kalau hang ni duduk dalam grup ramai2 orang, dan hang ni yang paling jahat dalam grup tu....maka orang2 lain yang bersama hang tu tetap akan dipandang baik2 belaka."

Hang pa semua faham tak apa maksud ibnu Umar dalam last sentence tu?

Maksud ibnu Umar ialah, Abdullah bin Zubair ni tersangatlah baik akhlaknya.
kalau ada perangainya yang "tak elok".....masih elok juga.

Sebab tulah orang2 lain yang bersama dia semuanya perangai nampak elok.
Mana boleh ketua perangai macam setan, tapi anak buah elok perangai?
Mesti macai2 macam setan jugak, kan?
Vice-versa. Kalau bos cantik akhlak.....pengikut dia pun begitulah.

Mai aku bagi contoh.
Misalnya orang kata...."grup tu samsenglah."

Orang lain tanya, "Pasai apa hang cakap macam tu?"

Lalu dijawab, " Pasai ketua depa Abdullah bin Zubair."

Lalu dibalas balik, "Apa hang mengarut ni? Kalau ibnu Zubair ketua depa, tentulah depa semua orang baik2. Orang macam ibnu Zubair tu, mana dia reti buat perangai tak elok. Apa lah hang ni...?"

Gitulah.

Tengok betapa tingginya ilmu ibnu Umar.

Dia tak kata dia sokong perbuatan Abdullah bin Zubair yang menentang pemerintah, tapi pada masa yang sama dia kata apa yang orang lain buat kat kawan dia tu, amatlah tak wajar kerana ibnu Zubair seseorang yang sangat tinggi akhlaknya.

Comprende?

Dengan itu maka habislah sesi dia berletiag kat Abdullah bin Zubair.
Ibnu Umar pun melangkah pergi.

Maka itulah the actual babak Siri Bercakap dengan Mayat ni.
Habis dah.

Laaa....anti climax betoi. Banyak tu saja?

Tak abis lagi sebenarnya.
Mai kita sambung.

Dalam ibnu Umar dok sembang2 dengan arwah ibnu Zubair tu, rupa2nya ada mata-mata yang memerhatikan.

"Issyyy....sapa tu dok bersembang dengan mayat ibnu Zubair tu? Nampak macam ibnu Umar....."

Dia pun pi dekat, sah Ibnu Umar.
....dia perembang dengar apakah topik perbincangan depa.

Isu surat sokongan ka, isu penetrasi ka, isu kapai selam ka Talam ka.....maklumlah ibnu Umar dok cakap dengan bekas ketua pembangkang.
Macam baguih saja.

Timbul soalan, "Dia ni dok belah mana?"

Habis saja dia dengar perbualan tu, especially the last sentence tu, mamat tu cabut, pi report kat al Hajjaj.

"Dato' Seri! Dato' Seri!.....Dato' Seri tau tak, saya baru balik dari tempat Abdullah bin Zubair disalib."

"Apa cerita?" tanya al Hajjaj.

"Saya nampak Ibnu Umar dok cakap dengan dia."

"Dengan sapa?"

"Dengan Abdullah bin Zubair lah."

"Hang tok sah dok bawa cerita mengarutlah. Orang mati mana boleh ajak borak?"

"Betoi tu Dato' Seri, memang tak boleh cakap dengan mayat.......dia cakap sorang2lah."

"Oooo...awat hang tak habag awai2? Ibnu Umar tu bukankah alim besar? Tak kan dia tak tau mayat tak boleh bercakap. Tu yang aku ingat hang mengarut tadi. Apa dia cakap?" tanya Hajjaj.

Lalu diceritalah oleh mamat tu pada Hajjaj butir perbualan kedua2 Dollah tu, terutamanya ayat yang terakhir tu.

Hajjaj dengar saja cerita tu, dia dah gabra.

Ibnu Umar ni orang alim, respected....orang Mekah dan Madinah percaya cakap dia.
Dia punya stand boleh influence orang lain.

La ni orang bukannya tengok berita arus perdana dah, surat2 khabar kerajaan dah tak laku....depa dok cari yang alternative news.
Hak tu yang depa nak dengag sangat.

Hajjaj pikiag-pikiag....better cut the losses.
Dia terus perintah orang2 dia bawak pi turun jenazah Abdullah bin Zubair dengan segera.
Supaya tak lah ibnu Umar dok pi bersembang dengan dia lagi.

Jadi adakah mayat ibnu Zubair dikebumikan dengan sewajarnya?

Tak ada punya.....
Hajjaj suruh pi lempag ke kubur orang2 Yahudi!
Subhanallah....

Cerita ni semua dalam hadis riwayat Muslim.
Hadis sahih lah.

Marah punya hal. Sanggup Hajjaj buat macam tu.

Tak cukup dengan tu, Hajjaj perintahkah orang2 dia pi cari Asma bint Abu Bakar, emak Abdullah bin Zubair tu, bawak mai mengadap Hajjaj.

What's this.....!!?
Seorang wanita tua berusia hampir 100 tahun yang anaknya baru dibunuh dan disalib serta dicampakkan ke kubur Yahudi tu pun nak ditakut2kan?

Hajjaj tak kira.....dia nak tunjuk kat Asma (dan semua orang) sapa boss.

Apabila khadam Hajjaj tu sampai ke rumah Asma' dan memberitahu yang Hajjaj nak jumpa dia, Asma enggan untuk berjumpa.
She flatly refused.

Maka baliklah khadam tu termengah-mengah mengadap Hajjaj....risau jugak kot2 kena pelempang.

Hajjaj lagilah angin....dia suruh pi panggil sekali lagi, tapi kali ni dengan ancaman,
"Hang pi panggil dia kata aku suruh mai. Hang habag kat dia, kalau dia tak mau mai jugak, aku akan hantar orang pi heret dia mai jumpa aku!"

Pi lah mamat tu sekali lagi.....menyatakan pesanan dan ugutan Hajjaj tu.

Kata Asma', "Oo....apa dia cakap? Dia nak heret aku? Dia ingat aku takut dengan dia!?
Ni, aku nak habag kat hang, kalau hang nak heret rambut aku, hang boleh heret.
Nak kata aku nak pi ngadap dia, hang jangan harap."

Tak jadi mamat khadam tu....kecut dia dengan ketegasan Asma'.

Dia balik, lebih rela dilempang Hajjaj daripada mengheret Asma'.

Bila al-Hajjaj dengar akan ketegasan Asma' tu.....dia lagi gabra.
Backfire kali kedua.

Tadi dengan ibnu Umar, la ni dengan Asma' pulak.

Dia pun telan ayag liog, swallow his pride, capai kasut, berjalan pi rumah Asma'.
Nak buat camna...nanti orang kata dia tak strong pulak.

Dia sampai2 saja depan Asma' dia kata, "Hang tak mau mai ngadap aku tak apa. Tapi aku nak tanya hang, apa pendapat hang la ni since aku dah membunuh musuh Allah?" maksudnya Abdullah bin Zubair lah.

Mak mana yang tak sedih bila orang maki hamun anak kesayangan dia yang mati dalam keadaan tragik macam tu. Kita tak heranlah kalau ibu2 yang lain berhamburan ayag mata.

Tapi....Hajjaj tidak berhadapan dengan sebarang ibu.

Dengar jawapan Asma ni,
" Wahai al-Hajjaj. Sesungguhnya dengan kamu mengambil nyawa anak aku, rosaklah kehidupan dunia dia.
Tetapi, kamu lupa bahawa dengan mengambil nyawanya itu, rosaklah kehidupan akhirat kamu."

Waduuh! Dalamnya makna yang tersirat pada perkataan ibu tua itu.

Dia sambung lagi, "Aku telah mendengar kamu berkata Abdullah itu anak perempuan yang berselendang dua. Itu nama gelaran aku. Nabi saw yang memberikan gelaran itu pada ku, kerana aku yang membawa bekalan ke Gua Thur ketika mereka berhijrah."

Asma nak cakap pada Hajjaj yang dia dengan Nabi saw rapat, dan dia dengar hadis-hadis direct dari Rasulullah saw.

Sambung Asma, "Tapi hang dengag sini, Nabi saw juga pernah bersabda, "Akan lahir dari bumi Thaqif seorang pembohong besar dan seorang pembunuh kejam.
Pembohong besar aku dah jumpa (itulah Musailaimah al-Kazzab, yang mengaku menjadi Nabi selepas baginda saw wafat.)
Pembunuh kejam pulak.....aku tak pernah jumpa orang lain, selain dari kamu hari ni!"

al-Hajjaj dengar saja Asma' kata macam tu....dia terus mati akal
.....tak tau nak kata apa-apa lagi dah.

Kerana perkataan ini keluar dari mulut seorang yang mendengar terus dari Nabi saw, dan ditujukan kepadanya.

Tadi yang dia mai, hajat nak bagi Asma' a piece of his mind, terus kiok.

Dia bingkas bangun dan terus keluar dari rumah Asma'.
What else was there to say?

Maka dengan itu, berakhirlah siri bercakap dengan mayat yang tak seberapa ini.

Setahun selepas kematian Abdullah ibnu Zubair, kawannya ibnu Umar pulak kembali ke rahmatullah pada usia 80 tahun (riwayat lain kata 85).

Setahun lepas tu pulak ibunya Asma binti Abu Bakar - gelarannya Dzaatun Niqatain - wafat.
Usianya 100 tahun.

Abdullah bin Zubair adalah anak yang pertama lahir selepas hijrah dari kalangan Muhajirin .
Asma' pula merupakan sahabat Nabi (samada lelaki atau perempuan) dari kalangan Muhajirin yang terakhir wafat.

Dengan kewafatan wanita mulia ini, yang tinggal hanyalah sahabat2 Nabi dari kalangan Ansar sahaja.

Wallahu'alam.

Nanti aku cerita jasa Hajjaj pulak sikit.
-----------------------------------------------------
ps.

Di Mekah nama Abdullah bin Zubair diabadikan dengan nama Jalan Abdullah bin Zubair yang terletak di Marwah menuju ke Masjidil Haram. 









Kini hanya tinggal sedikit lagi bangunan sepanjang jalan ini yang tidak lama akan dirobohkan untuk pembangunan kota Mekah yang baru.
Ini sedikit pemandangan di jalan ini.




















No comments: