13 July 2013

Andalusia - Part 6 - Ramadhan di 7-Eleven



Ini adalah sambungan siri Sejarah Islam di Andalusia.
Kalau nak lagi faham keseluruhan cerita, dinasihatkan baca dari Part 1.

Kalau dah baca silakan terus membaca.....

Hangpa semua mesti pernah pi 7-11 kan?
Kalau tak biasa pi, memang tak masuk suku.
Ataupun tak ada anak, samada anak sendiri atau anak penakan.
Kalau orang yang ada anak kucing pun pi 7-11.

Kedai franchise 7-11 ni adalah yang terbanyak di dunia, McD pun tak boleh lawan.

Eh..awat cerita 7-11 pulak?
Apa kena mengena dengan Andalusia?

Saja, nak connect, supaya hangpa semua next time bila orang sebut 7-11, jangan ingat Slurpee saja.
Ingatlah Andalusia dan keagongan Islam.
Kerana tahun inilah Islam di Andalusia bermula.

Iaitu pada tahun 711 Masihi, 1302 tahun dahulu.

Dan bertepatan juga dengan bulan Ramadhan dan bulan Julai,
maka kejayaan Islam membuka Andalusia berlaku pada bulan Ramadhan 92 Hijrah bersamaan Julai 711 Masihi.

Banyak persamaannya, kalau lepas ni dok ingat 7-11 tu Slurpee saja, memang sangat tak ingat sejarah Islam.

Ok, mai kita mola.

Dua tahun sebelum tu, pada tahun 709M, sepertimana yang kita dah tahu, Musa bin Nusayr diminta oleh Count Julian utk ajag sikit Roderick yang telah deflower Florinda.

Setelah mendapat consent dari Khalifah al-Walid, Musa bin Nusair tak buat all-out assault dulu.
Dia nak tau kekuatan tentera Roderick.

So, dia hantar a small army led by Tarif bin Malik ke seberang selat.
Depa mendarat di suatu tempat yang pada hari ni kekal dengan nama Tarifa, Spain.

Tengoklah sendiri http://www.tarifaspain.net/.

Skirmishes occured and the Muslims were victorious.
It seemed a bigger attack was possible.

It's the time oredi.

So, Musa pun panggillah general dia yang terkenal.
The big, blonde Berber, Tariq ibn Ziyad.

Yes, he was big, he was a Berber, and he was blonde.
No stupid blonde mind you.

Dalam sejarah Islam ada dua orang blonde yang terkenal.
Satu, Tariq bin Ziyad ni, dan sorang lagi ialah sahabat besar Nabi saw, Salman al Farisi r.a.

Tariq bin Ziyad sebelum inipun dah pun membuktikan kebolehannya dalam beberapa siri pertempuran dengan puak2 pemberontak dan tentera Byzantine.

Dan oleh kerana dia seorang Berber, dialah yang paling layak utk mengetuai pasukan tentera yang kebanyakannya dari kalangan Berber, yang akan membuka Andalus.

Lalu dengan itu, Tariq bersama-sama 7,000 anggota, dengan bantuan Julian, menyeberang selat pada 29 April 711.
Selat tu sempit saja, 13 km lebarnya.
Sat saja sampailah.

Depa mendarat di pantai Andalusia di satu tempat yang hari ini dinamakan Gibraltar.
Hangpa semua dah tau kan, ini adalah gabungan nama Jabal (Bukit) dan Tariq.

Last2 jadi Gibraltar.

Tak reti sungguh orang putih ni.
Macam juga nama orang2 femes dalam Islam yang lain,
Ibnu Sinna jadi Avicenna, Ibn Rushd jadi Averocce.
Main ikut suka dia saja.
Nama Arab tu kan dah elok?

Tapi pikiag-pikiag balik, orang Melayupun apa kurangnya.
Alias jadi Yeh, Mansur jadi Chot, Ismail jadi Ma-en.

Husin jadi Chen.
Abdullah jadi Dolah kemudian jadi Dol.

Husin bin Abdullah...  jadi Cen....dol.

Anyway.

Pasai apa Jabal pulak?
Pasai ada sebuah bukit batu, setongkoi di situ.

Itulah Jabal Tariq.

Of course masa dia sampai, airport tu tak dak lagi.
Janganlah buat gheyoh pulak, dok tanya pasai apa tak fly saja.

Airport tu antara 10 airport yang paling bahaya di dunia.
Pasai kalau silap adjust speed, masuk dalam laut.


Tak ramai juga orang tau, Gibraltar adalah di bawah pentadbiran UK, dan bukannya sebahagian dari Sepanyol.
Nampak tak jalan yang melintasi runway tu?
Itu lah yang menyambungkan UK dan Spain.

Ok back to our story.

Ada famous story yg kita pun biasa dengar, iaitu sebaik saja mendarat, Tariq ibn Ziyad mengarahkan kapal-kapal mereka dibakar. Rasanya belajar kat sekolah pun macam ni juga.

Kata Tariq, antaranya, " Wahai saudara-saudaraku, lihatlah kamu. Di depan kita adalah musuh. Di belakang kita adalah laut dalam.Pulang adalah bukan pilihan kerana kita telah membakar kapal-kapal kita. Pilihan kita adalah samada mengalahkan musuh kita, atau lari sebagai pengecut dan mati lemas di laut! Siapakah yang bersamaku?!"

Power dia punya pep-talk.

Itulah,  bila aku tengok Return of the King, bila Aragorn dan tenteranya nak buat final assault, dia kata macam ni,

" My brothers. I see in your eyes the same fear that would take the heart of me. A day may come, when the courage of men fails, when we forsake our friends, and break all bonds of fellowship. An hour of wolves, and shattered shields, when the Age of men comes crashing down. But it is not this day, this day, we fight!"

Cer korang tengok video ni, http://www.youtube.com/watch?v=x1jG1bity2E

Macam ada bunga2 Tariq saja.
Menaikkan semangat gitu.

Tetapi walau macamana pun, kesahihan peristiwa dan ucapan ini, walaupun dirakam oleh some Muslim historians, telah dinilai semula oleh ilmuwan Islam.

Ini adalah kerana ia tak menggambarkan etika peperangan Islam yang disebut oleh Nabi saw dan berbeza dari gambaran peperangan2 Islam yang lain.

Apa ke halnya nak pi bakar kapai tu?
Bukankah itu harta negara?

Tak nak bagi lari dari medan perang?
Askar Islam takut mati kah?

Tak ada macam tu punya.
In fact apa yang disebut oleh ahli sejarah Barat mengenai kejayaan Tariq ialah kerana tenteranya membawa keimanan yang tidak takut pada kematian.

Lagipun Berber ni golongan yang kahaq-kahaq.
Macam yang aku cerita awai-awai dulu.
Apa hainya depa nak lari pulak?

So, gitulah. Mungkin kena adjust sikit.
Apapun, leave it to the academicians to debate.

Sambung lagi.

Berita ketibaan tentera Islam sampai kepada Roderick.
Dia pun segera menyiapkan askar-askarnya utk intercept.

Catatan sejarah menyatakan tentera Roderick sejumlah antara 70,000 - 100,000 orang, lengkap dengan tentera berkuda.
Sedangkan Tariq hanya datang dengan 7,000 orang Berber yang kebanyakannya berjalan kaki.

Lalu Tariq pun menghantar berita kepada Musa bin Nusair utk reinforcement.
Musa menghantar 5,000 tentera tambahan.
Adalah 12,000 orang, still greatly outnumbered and poorly equipped.

Tapi tak pa, depa pi kerana jihad, mati shahid adalah satu kemenangan juga.

They marched on, dan bertembung dengan tentera Roderick di tebing sungai Guadalete (dalam bahasa Arabnya Wadi Lakka).
Dan di situlah bermulanya peperangan pada 28 Ramadhan 92 Hijrah bersamaan 19 Julai 711 Masihi.

Dalam keadaan berpuasa, tentera seramai 12,000 itu bertarung dengan 100,000 tentera Roderick.
Tapi siapa yang menang?

Dengan izin Allah dalam masa seminggu sahaja, tentera Roderick was routed.
Roderick sendiri was reported MIA (Missing in Action).
Ada yang kata dia KIA (Killed in Action).

Begitulah pengajaran Ramadhan ini.

Dalam masa kita semua bertarung dengan traffic jam nak balik kampung, tentera Islam mempertaruhkan nyawa di medan jihad.

Dalam kita berkorban kesihatan dengan menyantap kuih-raya, depa berkorban nyawa dan kemudiannya merayakan kemenangan di tanah asing pada 5 Shawal 92 Hijrah.

Allahu Akbar.

Inilah petanya.






Yang kaler pink tu kawasan yang diperintah oleh Theodomir.
Faramir dan Boromir adalah adik-adik dia.
Ha ha...aku lawak saja yang tu.

Theodomir memang ada, dia akan ada part dia dalam cerita ni.
Tapi Faramir dan Boromir tu adalah characters dalam Lord of The Rings.




Bersambung......Insha Allah.

Ingatlah Tariq bin Ziyad bila pi 7-Eleven.
Wallahu'alam.




1 comment:

hilmi said...

Assalamualaikum maaf kalo kurang
Sopan,apa boleh saya minta sumber yang menyatakan bahwa beliau berambut piranh