Assalamualaikum,
Suatu hari di penghujung Ramadhan di Bangi.
En Hamzah dan isterinya Puan Marzita sedang berbual-bual sementara menunggukan waktu berbuka.
Kita ikuti perbualan mereka.
Ada kuiz pendek di akhir cerita ini, jadi baca sampai habis.
Puan Marzita (PM) : Bila kita nak balik kampung bang?
En Hamzah (EH) : Raya bila?
PM : Kalau tak Khamis...Jumaat. Tapi ramai kata Khamis pasal sekarang ni dah tetap dari awal-awal. Dia orang dah kira siap-siap.
EH : Kalau cam tu, I ambil cuti Rabu, kita balik hari tulah. Sempat la solat raya di Kedah.
Puan Marzita dah tarik muka sikit.
PM : Kita raya di Puchong sajalah dulu. Lepas solat raya kita bergerak.
Rumah emak Puan Marzita di Puchong Perdana.
Encik Hamzah pulak dah hilang senyum.
EH : Ishh...takkan tiap-tiap tahun nak raya di Puchong? Tahun lepas pun di rumah mak you jugak.
PM : Alaa bang...on the way. Tak kan kita tak singgah kot. Kecik hati mak.
EH : Iyaalaa...saya faham. Kita singgahlah beraya dengan mak (maksudnya sembang kejap), salam-salam dengan mak, lepas tu kita bergerak teruslah. Jam teruk. Tak larat saya nak bawa kereta nanti. Lagipun every weekend you pi rumah mak.
PM : Tu la saya kata, kalau kita bertolak lepas solat raya, jalan pun dah tak jam. Orang semua dah sampai kampung.
Pandai dia. Hasil diplomasi perkahwinan selama 26 tahun.
EH : You tak payah risau pasal tu. I yang drive, bukan you. Lama dah kita tak balik kampung. I pun dah tak ingat bila last time kita raya di Kedah.
En Hamzah counter-attack.
PM : Ada bang....bukannya tak pernah langsung.
EH : Bila?
PM : Tahun 97.
Orang pompuan memang ingat detail-detail kecik macam ni.
EH : Sayang....la ni dah 2013. Berapa tahun tu? 16 tahun.
Rupa2nya En Hamzah pun dok simpan rekod jugak. Saja dia buat2 lupa. Puan Marzita dah agak dah. Jadi dia bawa keluar fakta seterusnya.
PM : Ada lagi. Abang saja tak ingat. Kan ke kita raya di Kedah 3 tahun lepas?
Ait! Bila pulak? En Hamzah cuba ingat2 balik. Rasa macam tak raya di kampung tahun tu.
Fikir punya fikir, baru dia ingat.
EH : Memang la kita raya di Kedah tahun tu, tapi di Tikam Batu, rumah adik awak.
Rumah kampung En Hamzah di Changloon, 80 km ke utara lagi.
PM : Iyaalah bang...bukankah anak Marini tu kawin raya ke-4? Bukan saja2 kita raya kat situ. Tapi raya di Kedah juga kan?
Puan Marzita memang dah prepare semua jawapan tu.
Maka begitulah, mereka berbalah mengenai perkara yang saban tahun menjadi isu utama 1 Syawal.
Sehinggalah handphone Puan Marzita berdering.
PM : Assalamualaikum.
Azlan : Wa'alaikumussalam Mak. Lan ni. Apa khabar?
PM : Mak dan ayah sihat, Lan. Lan ok? Mimi ok? (Mimi tu menantu dia. ) Bila nak balik, kita semua nak raya Puchong tahun ni.
En Hamzah dah kerut muka. Bila pulak buat keputusan nak raya Puchong ni?
Belum habis bahas lagi.
Azlan : Alaaa mak....Lan minta maaf la. Tak boleh tahun ni. Mimi dah set raya di Kuantan.
PM : Tahun lepas kan dah di sana? Tak kan tiap2 tahun kot?
Azlan : Tak pa lah mak. Saya ikut Mimi saja. Nanti lepas raya kami datang ok?
PM : ......... (senyap je)
Azlan : Ok lah mak. Saja Lan tepon nak cakap tu je. Kirim salam kat ayah. Sebelum raya nanti Lan datang berbuka kat Bangi, ok?
PM : Yelah....
Azlan : Ok mak. Assalamualaikum.
PM : Wa'alaikum salam. (antara dengar tak dengar jawapannnya )
Puan Marzita termenung.
EH : Ha....awat pulak tu?
En Hamzah masih mengekalkan loghat Kedahnya, walaupun hampir 30 tahun menetap di Bangi.
PM : Anak sulong awak tu lah....dia nak raya di Kuantan. Tiap2 tahun kat sana. Sedih saya, bang.
En Hamzah pandang ke lain,..."Dia ingat aku pun tak sedih ka?"
Wallahu'alam.
----------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah corat-coret hari raya yang aku rasakan ramai yang membaca ni boleh relate.
Kajian tak rasmi dari universiti mana tak tau, menunjukkan 70% hari raya disambut di rumah kampung isteri berbanding suami.
Jadi, kalau ada suami yang berasa teraniaya, janganlah bersedih kerana anda tidak dianiaya sebenarnya.
Itu sudah menjadi statistik. Adat resam tradisi Melayu.
Juga, tak payah berbalah kerana menang jadi abu, kalah jadi charcoal.
Ikut je lah isteri nak raya kat mana.
Asalkan rumah tangga bahagia.
Ok. Apa kuiznya?
Ditakdirkan hari raya ini, En Hamzah dan Puan Marzita singgah selama 2 hari untuk beraya di rumah emak Puan Marzita di Puchong dalam perjalanan ke Kedah, apakah boleh mereka solat jamak dan qasar di situ, walaupun jarak di antara Bangi dan Puchong hanyalah 23km?
Scroll sikit kat bawah utk jawapannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya : Boleh. Kerana mereka sudah dalam musafir.
Melainkan sekiranya selepas "berbincang" panjang Puan Marzita mendapat "persetujuan" En Hamzah utk beraya di Puchong selama 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari perjalanan).
Kalau begitulah keadaannya, mengikut Mazhab Shafi'e, tidak lah boleh mereka jamak dan qasar di Puchong.
Sebagai panduan musafir, di bawah adalah carta solat jamak qasar mengikut Mazhab Shafi'e yang aku ambil dari majalah Al-Ustaz keluaran Telaga Biru.
Semoga memberi ilmu dan menafa'at, dan jangan gaduh2 sebelum raya.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment