Menyambung siri tempat2 bersejarah di Madinah al Munawwarah.
Saban kali kita ke Madinah samada menunaikan haji atau umrah, kita di bawa ziarah ke tempat yang sama.
Medan Uhud, Perkuburan Baqi', Masjid Quba, Pasar Kurma.
Ada yang agak special boleh arrange pi ke Medan Badar, Bukit Magnet dan kadang2 sampai ke Mada'in Saleh.
Tapi ada satu tempat yang istimewa, yang boleh diziarahi setiap hari yang tak ramai orang tahu.
Namanya Saqifah Bani Sai'dah.
Iaitu sebuah kebun kurma, sekarang jadi landscaped garden, di penjuru kanan belakang, di tepi pagar Masjid Nabawi.
Kalau you duduk di Movenpick dan hotel2 yang sewaktu dengannya, dekat sangatlah.
Apa keistimewaan Saqifah Bani Sa'idah ini?
Berkebetulan dengan musim pilihanraya ini, tepatlah juga kita tau sejarahnya.
Kerana ibrah dari peristiwa ini ialah ketulusan akhlak para sahabat apabila berdepan dengan pemilihan kepimpinan.
Begini kisahnya yang aku sesuaikan dari The Ethics of Disagreement in Islam tulisan Sheikh Dr Taha Jabir al-Alwani.
----------------------------------------------------------------------
Semasa jenazah Rasul saw masih lagi diuruskan oleh para sahabat r.anhum, sudah terdengar desas-desus perlantikan kepimpinan umat Islam.
Siapakah yang akan menjadi ketua, kaum Ansar atau Muhajirin?
Ini adalah perkara baru bagi umat Islam. Tiada precedent.
Walaupun ada hadis Nabi saw, "Ikutlah Abu Bakar dan Umar selepas aku." [Hadis Sahih Riwayat Tirmizi],
tetapi tidak jelas bagi mereka dalam bentuk apa ikutan itu.
Maka para sahabat terpaksa mengharungi ini dengan penuh kebijaksanaan dan berhemah.
Maka sampailah berita kepada Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al Khattab r.anhuma bahawa orang2 Ansar telah mencalonkan Sa'id bin Ubadah r.a. salah seorang Ansar untuk mengambilalih pucuk pimpinan umat Islam.
Episod2 seterusnya diceritakan oleh Umar al-Khattab.
Jadi, sahabat kedua-dua yang mulia itu pun bergegaslah ke Saqifah Bani Sa'idah untuk sort out the matter.
Saqifah ini maknanya lebih kurang "resting place".
Bahasa kasagnya...tempat lepak.
Ia hanya 300m dari rumah Nabi saw, (Raudhah sekarang)
Dalam perjalanan depa bertembung dengan dua orang Ansar yang baru balik dari sana.
Yang berdua ni pun orang baik2 belaka.
Orang2 Ansar bertanya, "Nak pi mana kalut2 ni?"
Jawab Abu Bakar, "Kami nak pi Saqifah. Dengar cerita saudara-saudara Ansar kita nak lantik Sa'id jadi Khalifah."
Kata si Ansar, "Memang begitu rancangan depa. Tapi hangpa pi sana nak buat apa?"
Jawab Abu Bakar, "Kami nak ajak bincang dulu. Seeloknya orang2 Muhajirin yang memimpin."
Kata si Ansar, "Macam ni lah..... Kalau dah macam tu, tak payah susah2 pi sanalah. Hangpa lantiklah terus. Bincang2 buat apa lagi. "
Jawab Abu Bakar, "Tak apalah. Elok jugak dengar pendapat depa."
Kata si Ansar, "Ikut suka hati hangpa lah."
Maka Abu Bakar dan Umar pun menuju ke Saqifah.
Dalam perjalanan tu Umar dah prepare dah apa nak cakap bila sampai sana nanti.
He wanted to give them a piece of his mind.
Biasalah Umar...direct to the point.
Maka sampailah depa di Saqifah Bani Sai'dah dan terus join perbincangan.
Tengok2 dalam ramai2 tu, ada seorang sedang terbaring berselimut. Lalu depa tanya, "Sapa tu?"
Jawab salah seorang dari Ansar, "Itulah Sa'id bin Ubadah."
Tanya Abu Bakar, "Laaa....awat dia berselimut tu?"
"Dia tak berapa sihat."
"Oooo...." Tak sihat rupanya Sa'id., " Tak pa, hangpa semua pun tau pasai apa kami berdua mai sini. Minta cerita sikit. Biag kami dengar dulu."
Maka mampirlah seorang jurucakap dari pihak Ansar.
Dia menceritakan kenapakah orang Ansar yang lebih layak untuk memimpin di Madinah.
Mereka adalah orang tempatan.
Mereka arif tentang what makes the local people ticks.
Lagipun merekalah yang berkorban harta benda dan kadang2 "berkorban" isteri semata2 membantu orang2 Muhajirin ketika mereka berpindah dari Mekah dan dalam keadaan tertekan.
It's about time their sacrifices were recognized dengan melantik seorang pemimpin dari kalangan mereka.
Lagipun depa majoriti.
Kempen lah tu...tetapi dengan cara yang berhemah.
Tak adalah keluarkan video ke, kotak2 ke, apa ke......
Just mentioning why they deserved to lead the Muslims.
So, dah habis jurucakap Ansar stated his case, Umar pun prepare nak berhujah balas.
Abu Bakar dah agak dah niat Umar lalu dikatanya, "Umar, bagi aku yang cakap."
Terkedu Umar. Dia memang dah prepare nak ayat nih.
Tapi Umar tidak membantah kerana dia tahu Abu Bakar lebih hampir kepada Rasul saw, lebih tinggi ilmunya dan lebih eloquent.
Abu Bakar pun menyampaikan ucapannnya.
Bernas dan penuh dengan kasih sayang, membuatkan Umar terpegun.
Segala apa yang ada dalam kepala Umar yang dia prepare nak cakap tadi semuanya disebut oleh Abu Bakar, tetapi Umar akui disampaikan dengan ayat yang lebih baik.
Abu Bakar menyebut kebaikan2 kaum Ansar dan jasa mereka dalam mempertahankan dan seterusnya mengembangkan Islam sejak hijrah hinggalah ke hari ini. Jihad dan pengorbanan mereka bersama2 kaum Muhajirin di dalam perang2 Badar, Uhud dll.
Tidak ada seorang pun dari orang2 Muhajirin yang tidak terhutang budi pada orang Ansar.
Dan berbagai2 kebaikan lain termasuklah yang tak teringat nak disebut oleh wakil Ansar tadi.
Boleh tak agaknya calon2 kita nanti buat macam tu....
Contohnya TS Muhyiddin berkempen di Kota Bharu, kata beliau, "Kerajaan Barisan Nasional sememangnya mengiktiraf bahawa negeri Kelantan di tadbir dengan baik di bawah kepimpinan Dato Seri Nik Aziz dan PAS telah berjaya menerapkan nilai-nilai transformasi di dalam pentadbiran kerajaan. Rasuah telah berkurangan, penjimatan wang perbelanjaan telah dapat dilaksanakan, peruntukan kerajaan dapat dimanfa'atkan sebaiknya, walaupun tidak mendapat bantuan dari kerajaan persekutan ....bla bla bla...."
Ataupun Tuan Haji Mohamad Sabu berucap, "Kita merasa syukur dan berterimakasih kepada BN kerana walaupun Negeri Kedah diperintah oleh kerajaan PAS , kerajaan pusat tetap tidak melupakan soal pendidikan anak-anak Kedah dengan membina sekolah-sekolah dan membayar gaji guru-guru....bla bla bla..."
Adakah itu senarionya? Apa agaknya jadi dengan borang pencalonan depa?
Anyway, tak payah kita berandaian yang bukan2.
Kalau tak betul andaian tu, fitnah jadinya.
So back to our story.
Setelah Abu Bakar menceritakan jasa dan kebaikan orang2 Ansar, dia pun mengingatkan semua yang hadir di situ bahawa Islam sudah berkembang jauh dari sempadan Madinah. Bahkan di luar Mekah.
Ia sudah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab.
Umat Islam tidak boleh melihat hanya local issues tapi kepada regional interests...(global belum lagi masa tu)
Jadi eloklah mereka memandang lebih luas dan mengambil kira kebajikan semua orang Islam.
Dan tambah Abu Bakar lagi, dalam masyarakat Arab, kaum Quraish lah yang paling berpengaruh.
Merekalah yang mencorak budaya dan ekonomi orang2 Arab dan Islam.
Jadi untuk memastikan hal ehwal Islam diutamakan maka haruslah khalifah itu dilantik dari orang2 Muhajirin yang semuanya adalah kaum Quraish. Kerana mereka lebih arif dengan gerak laku kaum Quraish yang berpengaruh itu.
Betul jugak...
Umar kagum dengan approach dan pandang jauh Abu Bakar dalam menangani isu ini.
Dan dia rasa memang layak sangatlah Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah.
Tapi, what happened next?
Kata Abu Bakar seterusnya, "Maka dengan itu, aku mencadangkan jawatan Khalifah ini dipilih di antara dua orang Muhajirin ini. Umar al-Khattab ataupun Abu 'Ubaidah al-Jarrah." (Don't be confused with Sa'id bin Ubadah)
Ait..aku pulak? Terkejut Umar.
Umar seterusnya meriwayatkan, "Tidak pernah aku benci kepada sebarang kata2 Abu Bakar melainkan apabila dia mencadangkan aku menjadi khalifah. Sekiranya aku seorang yang tidak mempunyai dosa, sudah cukuplah alasan untuk kepalaku dipenggal, hanya kerana aku menjadi Khalifah sedangkan Abu Bakar masih ada."
Tu dia! Lihat bagaimana bencinya sahabat2 kepada jawatan.
Terutamanya apabila ada yang dirasakan lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.
Sehinggakan dicalonkan pun tak mahu.Abu Bakar calon Umar, Umar pula tak mau.
Cuba check2 tengok sekarang ni.
Bukan setakat berebut jawatan, sanggup fitnah lagi semata2 nak cantas orang lain.
Malu sungguh kita pada para sahabat yang saban tahun kita bertamu ke tempat mereka.
Just to conclude, sikit lagi.
Tapi ada beberapa orang dari kaum Ansar yang masih belum berpuas hati.
Depa masih mempertahankan pencalonan Sa'id bin Ubadah.
Jadi depa cadangkan lantik seorang dari Muhajirin dan seorang dari Ansar sebagai Khalifah.
Maka hingarlah sikit ketika itu.
So, Umar dah nampak nak jadi haru, he stepped in. "Abu Bakar. Mai sini pegang tangan aku."
Abu Bakar pegang tangan Umar.
Maka Umar pun berbai'ah menyatakan kesetiaan pada Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah umat Islam.
Dengan itu, hingar-bingar itu terhenti dengan sendirinya dan semua kaum Ansar berebut2 pulak berbai'ah dengan Abu Bakar.
Punyalah riuh sampai depa terlupa pada Sa'id yang terbaring demam tu.
Sehinggakan ada yang terpijak2 pulak dia kerana dok kalut pi salam Abu Bakar.
Begitulah sedikit coretan.
Moga kita mendapat sedikit pengajaran.
Wallahu'alam.
|
1 comment:
Assalamualaikum ya en suku....thanks for d story sharing...mmg seronok baca. Sambil gelak, sambil tambah ilmu dan dapat juga panduan nak undi sapa hhee. Tima kasih la kat hangpa ye.
Post a Comment