18 February 2013

The Ultimate Driving Machine


Ini adalah cerita seorang sahabat yang masyhur.
Terkenal sebagai seorang yang paling berintegriti di antara para sahabat.

The one who always goes by the book.
Tak ada kona2...tak ada politik2, tak ada nego2.

Sampai orang ingat dia tak ada diplomasi langsung, tak boleh bawa berkira.
And he actually irritated a lot of companions of Rasul saw due to his "non-negotiable" stand.
Termasuk para Khulafa ar Rashidun.

Tapi, dialah juga sahabat yang diiktiraf sebagai seorang sahabat Nabi saw yang tulin oleh semua golongan yang mengaku Islam.
Samada salafi atau sufi, samada Sunni atau Syi'i.

Hangpa semua tahukan yang selain dari Ali bin Abi Talib r.a., puak Syi'ah yang extreme mengkafirkan kesemua sahabat Nabi saw,
kecuali empat orang, Salman al Farisi, Miqdad bin Aswad, Ammar bin Yasir r.anhum dan kawan kita sorang ni.

Kawan kita ni, namanya Abu Dzar al-Ghifari r.a.
Hujung nama dia al-Ghifari tu, bukan sebab dia selalu istighfar, bukan dia suka minta ampun.

It's actually the opposite, dia sebenarnya dari suku perompak, penyamun jalanan.
Dia dari Bani Ghifar, yang suka ambush kabilah pedagang2 dari Madinah.

Tapi setelah dia mendengar munculnya seorang lelaki yang menggelar dirinya Rasul pembawa wahyu di Mekah,
dia pun meninggalkan kampung halamannya untuk bertemu Rasul saw.

Dan setelah 3 hari menyorok di rumah Ali bin Abi Talib, dia telah berjumpa dengan Rasul saw dan menyatakan keIslamannya.

Banyak nukilan cerita mengenai Abu Dzar ni, tapi seperti yang aku sebutkan kat atas tadi semuanya berkisar kepada integritinya, kezuhudannya, dan kebenciannya pada apa yang dia anggap sebagai mencintai dunia dan bermewah-mewah.

Semua orang yang dia nampak lebih sikit dalam keduniaannya, dia pasti akan tegur.
Termasuklah Uthman bin Affan r.a. yang semasa menjadi Khalifah dilihat cenderung kepada kemewahan, pada anggapan Abu Dzar.


Khalifah pun kena sound jugak.

Oleh kerana bimbangkan keselamatan Abu Dzar yang suka "busy body" dan "whitsle-blowing" ni, Sayyidina Uthman r.a. menyuruhnya berpindah ke kawasan pedalaman, jauh dari masyarakat yang banyak songel dan nafsi-nafsi ni...
..... orang lain kata dia kena buang daerahlah gitu.

Maka tinggallah dia di satu tempat terpencil bernama Ar-Rabazah bersama seorang tua yang membantu dia menjaga unta-untanya.

Diceritakan pada suatu hari datanglah seorang lelaki dari Bani Sulaim yang menawarkan khidmat untuk menjaga unta-unta Abu Dzar ni.

Bila Abu Dzar tanya dia apahal dia nak tolong ni, dia cakap dia nak ambil sedikit ilmu dari sahabat Nabi saw yang terkenal alim dan zuhud ini.
Dan 
sambil2 tu dia akan  tolong jaga unta Abu Dzar.

Kata Abu Dzar, "Hang boleh duduk dengan aku, tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?" tanya lelaki tu.

"Syaratnya ialah, apabila aku minta hang ambil sesuatu dari harta aku untuk beri kepada orang lain, hang mesti ambil yang terbaik. Jangan kasi yang tak berapa cantik." kat Abu Dzar.

Hmmmm....Lainlah dengan kita hari ni.


Kalau kita dengar ada gempa bumi ka, tsunami ka, banjir ka, kita pun carilah dalam store kat bawah tangga rumah kita tu,  kot2 ada baju yang dah tak padan dengan saiz kita la ni, selimut lama yang dah turun warna, kasut anak kita yang dah tak celuih, pinggan plastik yang dah tak pakai lagi dah.....

Sampaikan buku Teks Bahasa Melayu Darjah 4 pun kita himpun untuk didermakan...walaupun gempa bumi tu berlaku di Turki!!
Apa yang budak2 Turki boleh buat dengan Buku Teks Bahasa Melayu?

Punyalah perihatinnya kita.

Tak apalah daripada tak bagi langsung,

Tak apalah, daripada membazir elok bagi kat orang.,
tak apalah asalkan ikhlas.....itu kata kita.


Tapi lain pesan Abu Dzar pada assistant barunya tu.

So, assistant dia kata OK. Dia akan ingat syarat tu.

Ditaqdirkan pada suatu hari datanglah seorang lelaki lain dengan keluarganya berkhemah hampir dengan tempat Abu Dzar ni.
Dia kemudiannya datang berjumpa Abu Dzar mengadu kelaparan. Dah banyak hari dia dan keluarga dia tak menjamah makanan.

Maka Abu Dzar pun meminta pembantu dia pi sembelih unta, untuk dijamu kepada tetamu2 yang dhaif ini.
Assistant tu pun pi lah ke kandang unta.

Dia ingat pesan Abu Dzar supaya memilih yang terbaik jikalau nak dijadikan infak.
Dia tengok2 dalam kawanan unta tu, ada seekor yang first class...dagingnya pasti sedap.

Dia pun tariklah unta tu nak pi sembelih.....tapi terdetik pula dihatinya.

"Isyyhh....yang ni elok sangat. Muda dan tegap. Elok untuk ditunggang. Buat apa sembelih?"

Kalau zaman tu, unta-unta ni kira BMW lah, THE ULTIMATE DRIVING MACHINE.

"Rasanya kalau aku simpan untuk Abu Dzar ronda petang2 lagi baguih. Ada lagi yang boleh aku sembelih walaupun tak first class. Bukannya ada beza rasa pun...rasa unta jugak."

Tu yang bermain di fikiran assistant tu.
Akhirnya, dia tinggalkan yang itu, tangkap unta 2nd class, dan tarik nak pi sembelih.

Tak sempat dia nak sembelih, Abu Dzar mai tengok dan tanya dia.
"Yang hang nak sembelih ni, unta paling baik ka?'

Dah...kantoi!

"Tidak lah yang terbaik bos, yang tu saya simpan untuk bos....tapi yang ni elok jugaklah. Kalau makan pun sedap gak, kenyang gak." sengih si pembantu.

Meletup Abu Dzar!

"Awat hang buat macam tu? Bukankah aku dah pesan kat hang, kalau nak memberi, beri yang terbaik."

"Tapi....."

"Tok sah dok tapi-tapi lagi....ambil yang paling baik tu. Sembelih yang tu."

Lalu terpaksalah pembantu tadi akur dengan perintah Abu Dzar tu walaupun dia tak faham pasai apa Abu Dzar marah2 sedangkan dia cuma fikirkan yang terbaik untuk bos dia.

Unta best tu bukan dia nak tunggang, dia nak kasi bos tunggang.

Anyway, dah bos cakap macam tu, dia sembelih lah juga.
Dah siap sembelih dan masak, lalu makanlah tetamu2 depa, gulai kurma daging unta.

Sampai kenyanglah......unta...bukannya ayam.
Aooookkkkkk......Alhamdulillah.

Dah settle semua, Abu Dzar panggil pembantu dia tadi...

"Ni mesti nak kena slow talk ni..." fikir pembantu dia.

Memang pun.

Tanya Abu Dzar, " Semasa hang pilih unta yang kurang baik tu, apa hang fikir?"

Jawab pembantu, "Aku hanya memikirkan kepentinganmu saja...supaya tuan dapat mengambil menafaat dari unta yang terbaik itu, boleh ditunggang, boleh membawa barangan, dan lain-lain lagilah bos."

Kata Abu Dzar r.a. "My friend, if you are only thinking about what's best for me, let me tell you something.

Harta benda di dunia ini akan dituntut oleh TIGA macam yang membuat tuntutan.

Yang pertama yang akan menuntut harta, ialah TAQDIR. Dia akan menuntut bahagiannya anytime. Ada yang hilang, ada yang terbakar, ada yang rosak dsbnya.

Yang kedua yang akan menuntut harta, ialah KAUM KELUARGA. Mereka hanya menunggu saat kematianmu sahaja. Lalu harta itu akan dituntut dan difara'idkan sesama mereka.

Manakala yang ketiga yang akan menuntut harta, ialah DIRI KITA SENDIRI.
Bila? Bila kita mati....

Jadi kalau hang beri makan keluarga tadi dengan unta yang 2nd class, hanya itulah yang aku dapat tuntut selepas aku mati nanti.
Tapi sekarang, oleh kerana mereka makan dengan unta aku yang terbaik, maka itulah yang aku tuntut di akhirat nanti InshaAllah."

"Itulah sebabnya aku pesan dulu, supaya apabila memberi sedeqah dari harta aku, berilah yang terbaik, kerana ia akan menjadi harta aku selepas aku mati nanti. Aku dah deliver keperluan2 akhirat aku in advance. What's best for me is what I am giving away, now."

Sambung Abu Dzar lagi, "Kawan ku, ingatlah firman Allah, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna, sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. " (Ali-Imran ayat 92)"

So, pengajaran untuk kita semua, apakah kita sudah menyediakan THE ULTIMATE DRIVING MACHINE kita untuk perjalanan akhirat nanti?

Wallahu'alam

Semoga mendapat sedikit iktibar.

No comments: