Menyambung cerita Khawlah binti Hakim, isteri Uthman bin Maz'un r.a. Khawlah ni ialah salah seorang sahabat Siti Khadijah r.ha, isteri Nabi saw yang amat dicintai Baginda. 2-3 tahun sebelum Hijrah, kita tahu Siti Khadijah wafat dan menyebabkan kesedihan yang amat sangat kepada Baginda saw. Tinggallah Nabi saw dengan anak-anak baginda yang masih kecil tidak mempunyai seorang ibu sedangkan baginda masih lagi perlu menjalankan misi da'awah. Pada masa itu pun , musyrikin Mekah masih mengenakan tekanan yang hebat kepada orang2 Islam. Melihatkan keadaan itu, timbul rasa simpati pada Khawlah, isteri Uthman bin Maz'un ni. Lalu dia pun berjumpa Nabi saw. "Ya Rasulullah. Sejak kematian Khadijah, tak ada sapa2 yang mengurus kehidupanmu. Kesiaan aku tengok Fatimah, Ummi Kalthum tu, dah tak ber-emak. Apa kata kamu kahwin lain?" Rasul saw berfikir sejenak, kerana sebelum ni tak terfikir pun dia nak kawin lain. "Ada sapa2 ka yang sesuai, Khawlah?" "Ada Ya Rasulullah." "Siapa tu?" " Aku nampak dua orang. Sorang tu Ai'shah, anak Abu Bakar. Sorang lagi Sawdah anak pompuan si Zam'ah tu. Bini arwah Sakran." "Sakran yang hijrah ke Habsyah hari tu?" " Ya... Sakran tu lah. Sejak Sakran tu meninggal, hidup Sawdah tu aku tengok koi susah. Maklumlah, dari semua ahli keluarga depa, depa dua orang saja yang masuk Islam. Jadi la ni tinggal Sawdah sorang2. Kaum keluarga dia dok kacau." "Hmmm, macam tu sekali?", kata Rasul saw. "Ya lah....Bimbang jugak, kot2 nanti depa tarik dia balik menyembah berhala." kata Khawlah. "Kalau macam tu, cuba kamu pi risik2 tengok. Tanya keluarga depa. Tengok apa depa nak kata." "Baik, Ya Rasulullah." Lalu pi lah Khawlah. Mula2 ke rumah Abu Bakar r.a. Dia berjumpa Ummu Ruman r.anha, ibu A'ishah. "Ummu Ruman...aku mai ni ada hajat." "Hajat apa tu Khawlah?" "Ada orang berhajat nak memetik bunga di rumah hang ni. Si A'ishah tu" "A'ishah? Sapa pula yang berhajat tu Khawlah?" "Hang mesti suka punya." jawab Khawlah. "Sapa?" tanya Ummu Ruman. Tak sabar dia nak tahu. "Orang yang akan membawa keberkatan dan kebaikan dari Allah swt." "Ishhh Khawlah....hang jangan dok main-main dengan aku. Habagla cepat...sapa dia?" "Sapa lagi? Rasululllah saw. lah" jawab Khawlah. "Rasulullah saw? Alhamdulillah.....kalau Rasulullah lah orangnya, besag tapak tangan, pelepah kurma aku tadahkan." sahut Ummu Ruman, dan menyambung. "Tapi elok aku tanya ayah dia dulu." "Hang tanyalah, aku tunggu." kata Khawlah. Dia nak tau la tu juga, sebab dia ada satu tempat lagi nak pi lepas tu. "Abang! Abang." panggil Ummu Ruman, "mai sini sat." "Apa dia mak hang oi?" jawab Abu Bakar r.a. "Mai la sini, kita ada lah benda nak cerita ni. Tak sedap sembang jauh-jauh." Lalu Abu Bakar r.a. menghampiri mereka." Apa ceritanya mak hang?" "Khawlah ni, dia mai bawak hajat. Nak meminang anak kita A'ishah tu." "Meminang A'ishah? Nak bagi kat sapa?" sama soalan Abu Bakar macam isteri dia tadi. "Katanya nak pasangkan dengan Rasulullah saw. Ni la nak tanya abang ni, setuju ke tak?" "Alhamdulillah, aku setujulah sangat...tapi hang dah habag ka kat dia pasai Jubayr tu?" "Jubayr?" terkejut Khawlah, "Jubayr mana pulak ni?" "Ummu Ruman tak cerita kat hang lah tu." kata Abu Bakar, "Sebenarnya A'ishah ni kami dah pasangkan dengan Jubayr, anak Mut'im tu." "Ya ka?" rupanya Khawlah punya network tak berapa updated, "Dah tu lagu mana?" Lagu tu dalam Bahasa Kedah maknanya macam. "Lagu ni lah, " kata Abu Bakar, "biar aku pi confirm dengan si Mut'im tu dulu. Masa kami bincang dulu pun, kami sembang2 saja. Tak le ada kami buat apa2 perjanjian resmi." Abu Bakar pun pi pulak menemui Muti'm bin Adi, ayah si Jubayr tu. Dia pun bertanyakan mengenai perjanjian depa untuk engage Jubayr dan Ai'shah tu. Confirm ke tidak. Kebetulan masa tu emak Muti'm pun ada sama. "Camna mak hang? Nak teruskan ka?" tanya Mut'im pada isterinya. "Bang, kalau abang tanya saya, saya sebenarnya tak berapa bekenan." jawab emak Jubayr. "Awatnya?" tanya Muti'm. "Bukannya apa...., depa lain agama. Kalau Jubayr menikah dengan A'ishah nanti, dia kena masuk Islam. Saya tak setuju kalau anak kita kena tukag agama." Mengangguk Muti'm. Dia faham kerisauan isterinya. Dia tengok Abu Bakar. "Bakag, hang dah dengag dah bini aku kata apa. Aku punya fikiran pun macam tu jugaklah." kata Muti'm. Maka dengan itu, terputuslah ikatan di antara Jubayr dan Ai'shah. Dan membuka jalan untuk A'ishah dinikahkan dengan Nabi saw. Tapi misi Khawlah baru selesai separuh. Dah settle dengan keluarga Ai'shah, Khawlah beredar ke rumah Sawdah pulak. Sambung ke part yang seterusnya.....Isteri Tembun. ps. Jubayr bin Mu'im later memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyyah. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
02 February 2013
Khawlah binti Hakim r.ha - Kahwin Lain Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment