Muawiyyah bin al Hakam al-Salami sorang budak kampung,
Bukan setakat kampung tepi pekan, dia budak ulu. Dia budak Badui....duduk jauh dari kota. Lebih kurang macam Cherok Tok Kun agaknya.
So dia jarang turun pekan dan mix around with cultured people.
Tapi satu hari dia masuk pekan jugak. Dia mai ke Madinah, kota besar. Mungkin ada hal kot.
Dah sampai pekan, dia pun mengambil kesempatan untuk solat di Masjid Nabawi.
Macam kita hari ni lah kot. Kalau dah mai KL, nak juga solat di Masjid Jamek or Masjid Negara.
Maka ini cerita Muawiyyah.........
Hari ni aku dapat bersolat bersama2 dengan para sahabat dan diimamkan oleh Nabi saw.
Nak jadi cerita, tengah2 dok solat tu, salah seorang sahabat terbersin.
"Aaaa...CHUM!!" Tak taulah sapa dia. Tapi, aku pun teruslah sambut, "Yarhamukallahhh...!"
Itukan sunnah Nabi saw? Aku ada dengar Nabi bagitau, menjawab orang bersin, adalah sunnah yang amat dituntut.
Aku ingat ok lah....tapi para sahabat yang tengah solat tu, semua pakat tengok aku.
Depa tak kata apa2 pun kat aku, cuma depa jeling satu macam saja.
Dah depa tengok aku semacam je, aku pun katalah kat depa, "Apa tengok-tengok? Awat... Salah ka aku jawab tu?"
Ambik kau..!
Tapi depa tak jawab pun. Jege makin besar mata adalah. Kemudian depa pakat tampar paha depa.
Kelepuk kelepak....depa dok tampar paha, pasai apa tak taulah.
Orang tanya tak nak jawab, dah tu pakat tampag paha.
Aku rasa nak cakap setahil dua lagi, tapi decided against it. Nanti kacau solat orang lain.
Anyway, aku pun dah rasa something wrong somewhere. Jadi tak payahlah buat rioh.
Kami pun solat sampai habis.
Bila selesai saja, Nabi saw pun tanya, "Sapa yang kata Yarhamukallah tadi?"
Dia dengar rupanya.
Kantoi.
"Saya Ya Rasulullah." aku jawab.
Nabi saw pun panggil aku mai dekat dengan dia. Ketag juga aku, ni sure nak tegur aku ni.
Pasai apa lah aku pandai2 tadi? Nampak peghak lah sangat.
Kalau kena tegur, sure malu punya.
Aku ni budak kampung. Rasulullah ketua negara.
Subhanallah....hangpa tau tak apa Rasulullah kata kat aku?
Dia kata, "Muawiyyah, solat ni hanyalah terdiri dari takbir, tasbih, dan ayat2 Quran. Kita tak boleh bercakap2 masa solat."
Aku tak taulah nak kata apa, memang sempoi betul.
Tak ada leter panjang berjela.
Dia tau aku ni budak kampung, belajar solat pun lintang pukang.
Maklumlah kami dok jauh, ustaz mai sekali sekala saja.
Dia tak lecture aku, dia pun tak peleceh aku.
Tak pernah aku jumpa sorang guru yang lebih baik memberi tunjuk ajar dari Rasulullah saw.
-------------------------------------------------------------------------------
So, itulah sedikit cerita mengenai berhemahnya cara Rasulullah menegur kesalahan para sahabat.
Dia tak tegur semua sahabat satu stail saja.
Yang mana yang rapat dengan dia, atau dah lama bersama baginda, dan patut tahu hukum-hakam, baginda tegur cara lain.
Yang baru belajar, yang baru masuk Islam, lain caranya.
Baginda tak pukul rata, sebab lain pemahaman seseorang, lain caranya dia menerima nasihat.
Kalau kita ni pemimpin, bos dalam pejabat misalnya, macamana reaksi kita kalau dalam situasi macam tu?
Adakah budak baru kita treat sama dengan yang senior?
"Benda sempoi macam tu pun tak reti ka?"
"Tu la...orang ajag, hang dok main2."
"Tak kan benda macam tu nak kena ajag juga."
"Saya masa start kerja dulu, sekali saja orang cakap, saya dah pick-up, awak ni tak faham2 juga."
"I expect you to be a fast learner, but you disappoint me."
"Kat uni dulu, dia orang tak ajar ke?"
"Kalau tak reti, jangan dok buat pandai."
dan macam-macam lagilah ayat yang power2. Sapa yang ajar kita macam tu? Sudah tentu bukan Rasulullah saw.
Menjangkau lebih jauh lagi, jika cerita ni kita nak apply pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia ni, apakah pengajarannya?
Mai kita cuba tengok.
Kat 1Malaysia ni ada dua golongan yang tak reti ugama.
Yang pertama, orang Melayu Islam sendiri, yang lahir-lahir saja dah Islam, sebab pak mak dia orang Islam. Lepas tu pi ngaji muqaddam, mengaji Quran, mengaji KAFA.
Pi masjid pi surau.
Baca Yasin tiap malam Jumaat, baca tahlil bila kenduri orang mati, baca talqin bila tanam orang mati.
Tapi bila tok guru, ustaz cakap hukum Allah begitu, begini, berani pulak kata tak sesuai, berani pulak kata tak ada pun dimention dalam Quran, lepas tu kuat makan rasuah, aurat tak mau tutup pasai katanya ketinggalan zaman dan macam2 lagilah.
Yang keduanya orang bukan Islam.
Al-maklumlah, depa ni dari kecik dok sembah tok kong. Tak pi mengaji Quran, lepas tu ditakut2kan dengan hukum hudud dan potong sunat dan lain-lain.
Walaupun dah jadi rakyat 1 Malaysia dari kecik, depa bukannya faham pun Islam ni, depa tak di inform kan dengan Islam dengan jelas.
Kalau depa tak setuju hukum hudud, depa kata menutup Aurat tu menghalang kebebasan wanita, depa kata nak buat bisnis kena jolok dan suap sana sini...
boleh ka kita marah dan tegur depa, sama dengan kita marah dan tegur orang Islam yang tak faham2 bahasa tu?
To go even further,
Dan kalau ada golongan bukan Muslim ni mau berkawan dengan kita kerana dia nampak kita ni menjaga moral dan akhlak dan menegakkan keadilan, salahkah pulak kita berkawan dengan depa.
Adakah itu lebih baik daripada berkawan dgn yang Islam tu yang tak faham bahasa dan tak reti di ajar tu, yang banyak buat perkara yang tak selari dengan apa yang Islam tuntut, walaupun dah belajar Islam berpuluh tahun?
Aiii...kona kot lain tu.
Hangpa faham2 lah sendiri.
So, mai kita ambil pelajaran dan mencontohi Nabi saw.
Wallahu'alam.
Cerita Muawiyyah itu terdapat dalam Sahih Muslim.
Diolah semula dari The Prophet's Methods for Correcting People's Mistakes oleh Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid |
No comments:
Post a Comment