Rupanya kes lebam mata dah lama tercatat dalam sejarah. Ini versi sirah an Nabawiyyah. ( Saja aku letak gambar Muhammad Ali kat atas tu, seorang jaguh Islam yang banyak menerima dan menghadiahkan tumbukan yang melebamkan mata. Kalau taruk gambar lebam mata yang satu lagi, kontroversi pulak) -------------------------------------------------------------------- Ketika Rasulullah s.aw. melihat jenazah Uthman bin Maz'un r.a., baginda tidak dapat menahan kesedihan. Air mata baginda menitis ke atas dahi Uthman yang sudah terbujur kaku itu. Rasul saw amat sayang pada Uthman ibn Maz'un ini. Dialah orang Islam pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi', di sebelah Masjid Nabawi tu. Setelah dikebumikan, Rasul saw menyuruh seorang sahabat untuk menanda kubur Uthman dengan sebiji batu untuk mengingatkan baginda akan tempat persemadian Uthman r.a.. Batu itu agak berat, tidak terdaya sahabat itu untuk mengangkatnya. Lalu Rasul saw sendiri yang menggolek batu itu ke kubur Uthman. Siapakah Uthman bin Maz'un ini sehingga Rasul s.a.w. begitu sekali sayang kepadanya? Dia adalah salah seorang anak bangsawan Mekah, biasa hidup dalam kemewahan. Namun apabila dia mendengar da'wah Nabi saw, dia adalah antara yang pertama menyahut seruan Islam, Riwayat yang masyhur mengatakan dia orang yang ke-14. Dialah sahabat yang tidak pernah menyentuh arak sejak dari sebelum Islamnya. Apabila dia menjadi seorang Muslim, segala kemewahannya ditinggalkan dan hiduplah dia ala-kadar sebagaimana sahabat2 yang lain Apabila kemudiannya Islam ditekan, dia telah berhijrah ke Habshah bersama adik-beradiknya. Sampai saja depa di sana, terdengar pula khabar angin yang penduduk2 Mekah telah menerima Islam secara beramai-ramai, and it was safe to return home. So, Uthman pun baliklah. Tengok-tengok, itu hanyalah berita palsu. Depa yang balik dah terperangkap, pasai puak Musyrikin Mekah sekarang dah tahu siapa yang dah masuk Islam. They were in a precarious position. Bagai telog di hujung tanduk. Luckily, macam yang aku cakap tadi, Uthman adalah dari golongan bangsawan, so orang-orang Musyrikin ada sentimental attachment kat dia. Maka salah seorang pembesar Mekah, Walid bin Mughirah menawarkan perlindungan pada Uthman. Ini bermakna mana-mana gangster dan penyangak Mekah tidak boleh mendekati Uthman. Kalau ada yang cuba, depa akan kena bedai dengan Walid. Uthman is untouchable sort of. (If you want to know, Walid ni bapak Khalid bin al-Walid ler.) Jadi, hidup Uthman agak comfortable kerana ada protection. Namun apabila dia tengok ramai para sahabat lain, yang tak ada Godfather figure, disiksa kerana keIslaman mereka, sedangkan dia tidak diapa-apakan, dia rasa tidak selesa. Timbul keinsafan di hatinya, lalu dia pi jumpa Walid. Katanya, "Tuan, saya sebenarnya tak selesa tengok kawan-kawan saya dikasari dan disiksa, sedangkan saya di sini hidup senang-lenang." "Of courselah hang selesa. Hang aku yang jaga. Sapa2 nak kacau hang memang saja cari penyakit." kata Walid. "Tu yang saya tak berapa syok tu." kata Uthman. "Ait? Hidup cam ni pun tak syok lagi? Dah tu hang nak apa?" tanya Walid. "Saya tak nak perlindungan tuan lagi." Terkejut Walid "Hai!...hang ni biag betoi. Hang tak tau ka, ramai orang2 Mekah ni, tunggu masa saja nak pediah hang. Tapi depa tak berani pasai depa tahu aku yang jaga hang. Tak kan hang nak let go semua tu?" "Tak apalah tuan. Terima kasih sajalah atas bantuan tuan, tapi saya lebih suka bersama-sama sahabat yang lain ." "Ikut suka hati hang lah." kata Walid, "Dah tu, hang nak free lah gitu?" "Gitulah tuan." "Kalau lagu tu, hang pi lah ke Ka'abah sana, hang buatlah pengumuman kata aku dah tak protect hang lagi, " kata Walid, " Bukan aku nak penaya hang, tapi since aku pun buat macam tu dulu masa nak ambik hang dulu, hang kena lah buat macam tu jugak." "Baiklah tuan, no hal. Terima kasih banyak" kata Uthman. Lalu dia pun pi ke tepi Ka'abah dan buat pengumuman, "Hoi orang-orang kampung! Mulai hari ni aku dah tak lagi berada di bawah perlindungan Walid bin Mughirah." Then he walked away. Nak jadi cerita, di tepi Ka'abah tu pulak ada seorang penyair, sedang dok melagukan syairnya. Memang orang2 Arab ni, penyair adalah selebriti, rock star gitu. Terdengar oleh Uthman akan sebaris dua dari syairnya yang berbunyi, ...."Ketahuilah apa-apa saja selain Allah adalah palsu..." ......Nampak tak kat sini? Orang kafir musyrik pun kata selain Allah semuanya palsu, yang hari ni kita dok bertekak dengan kalimah Allah tak abis2 lagi. Disambungnya, " dan tiada kenikmatanNya yang akan kekal......" Bila Uthman dengar baris terakhir tu, dia menciluk..."KECUALI SYURGAAAA....." sesuai dengan aqidah Islamnya. Terkedu penyair tu..."Oi! Sapa yang pandai2 menyampuk ni? Spoil syair aku tu." "Akulah, Uthman bin Maz'un." "Ohh....hang ka, nah ambik ni!" DUSYUM!! "Adoi!" Terkena sebijik Uthman. Right on the eye socket. Terus lebam. Walid bin Mughirah yang terdengar kekecohan itu pun bergegas mai tengok. Dia belek mata Uthman yang dah naik hitam tu dan berkata, "Tu la aku dah habag. Hang memang saja cari penyakit. Kalaulah hang dengar cakap aku tadi, mata hang ni akan ok, tak lah lebam macam ni." Jawab Uthman, "Tuan kata, mata lebam ni tak ok? Mata yang lebam ni lah yang ok. Yang elok sebelah ni, yg tu yang tak ok. Kalau boleh dua-dua lebam pun tak apa, asalkan lebam atas jalan Allah." Geleng kepala Walid.....pelik betoi orang Islam ni. Gitulah antara episod kehidupan Uthman ibn Maz'un r.a., seorang kaya yang mengorbankan kemewahan dan kesenangannya semata-mata untuk bersama-sama sahabatnya. No wonder Nabi saw sayang padanya. Isteri Uthman bin Maz'un namanya Khawlah binti Hakim r.anha. Ikuti kisah Khawlah di sini. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
02 February 2013
Kisah Lebam Mata - Uthman bin Maz'un r.a.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment