10 January 2013

Imam Shafi'e Pun Pakai Cable

Awal2 tahun ramailah parents yang mengharapkan anak depa dapat masuk asrama atau sekolah2 elite.

Dan kalau tak dapat, ramailah pulak yang cari2 saluran cable mana yang patut.

Sampai nak masuk Ma'ahad Tahfiz pun ada yang pakai cable.

Macam2 lah jenis cable ni.

Wakil Rakyat ka.
Member sekolah yang dah jadi CEO ke.
Adik beradik yang ada jawatan dalam jabatan2 yang offer biasiswa ka.
Ataupun kawan sekampung yang kawan dengan drebar businessman yang kawan dengan adik ipar tukang kebun Chief Clerk kat Kementerian Pelajaran ka dan lain-lain.

Pusing lah kot mana pun, asal cable tu tersangkut kat mana2 VIP, depa akan try jugak.

Tapi boleh ke nak cari ilmu pun pakai cable?
Halal ke?

--------------------------------------------------------------------

Mai kita dengar satu peristiwa dalam kehidupan Imam mazhab kita Imam Shafi'e rahimahullahu Ta'ala.

Imam Shafie dilahirkan di Gaza (sekarang ni dibantai oleh tentera Zionist).
Ayahnya meninggal semasa dia dalam kandungan ibunya.

Ketika berumur 2 tahun mereka berpindah ke Mekah kerana situlah tanah asal nenek moyang Imam Shafi'e. Imam Shafi'e adalah dari Bani Hashim, jadi dia ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi s.a.w.

Ibu dia seorang yang sangat mementingkan pendidikan dan memastikan Imam Shafi'e belajar dari para Imam di Mekah.

Ketika dia berumur 7 tahun Imam Shafie sudah hafaz al Quran.

Dan ketika dia berumur 15 tahun dia dah diberi authority untuk memberi fatwa di Masjidil Haram.

Dia jadi Mufti lah gitu.

He was a prodigy.

Tapi masa tu ada sorang lagi imam yang jauh lebih tinggi ilmunya daripada semua tok guru-tok guru Mekah dan Madinah.

Namanya Imam Malik rh.

Jadi Imam Shafi'e yang dahagakan ilmu ni, memang sangat bercita2 untuk belajar dari Imam Malik.

Tapi siapalah dia ni, budak kerdil dari Mekah, nak belajar dengan Imam Besar.
The Grandmaster of Hadiths.

So, tak tau nak buat macamana, dia pun pergilah berjumpa Gabenor Mekah masa tu. Dia minta satu surat recommendation dari gabenor.

Surat tu pulak dia minta Gabenor Mekah address pada member sejawatnya, Gabenor Madinah. Kandungannya, meminta Gabenor Madinah tu bawa Imam Shafie berjumpa Imam Malik.

Maka, dengan berbekalkan surat sokongan tu, Imam Shafie pun berangkatlah ke Madinah.

Sesampainya di sana, dia pun mengadap Gabenor Madinah dan menyerahkan surat tu. Gabenor pun buka. Dia baca satu per satu isi kandungan surat tu.

"Ishh Ishh Ishhh......" nampak simpati di wajah Gabenor.

"Kenapa tuan Gabenor? Ada masalah ka dengan surat tu?" tanya Imam Shafi'e.

"Tak ada apa2. Cumanya aku kesian kat hang saja.", balas Gabenor.

"Kesian kat saya? Awatnya?"

"Macam ni lah," kata Gabemor, "kalau Gabenor Mekah, kawan aku tu, suruh aku berjalan kaki dari Madinah ke Mekah, itu lebih mudah bagi aku, daripada meminta berjalan kaki ke rumah Imam Malik."

Wow....macam tu sekali.

"Awatnya pulak?"

"Hang tau tak. Imam Malik tu, aku pun tak tau nak letak muka tang mana. Dia imam besag. Tak pernah aku dengar orang pi jumpa dia di rumah dia. Kalau nak jugak, boleh pi masjid Nabawi masa dia bagi kuliah. Nak jumpa sorang2 cam ni....susah susah..."

"Iya ka?...tapi ni surat dari Gabenor Mekah. Kawan tuan."

"Tu yang payah tu. Mau tak mau, aku kena la juga entertain kawan aku tu. Macam ni lah....jom kita pi try tengok. Kot2 ada rezeki kita." kata Gabenor Madinah, "Tapi aku tak berani nak janji apa2 kat hang."

So, berjalanlah depa pi rumah Imam Malik rh.

Sesampai depa di sana, Gabenor ketuk pintu. "TUK" "TUK" "TUK"
"Assalamualaikummmm!"

Lama depa tunggu.
Then pintu rumah terbuka.

KRIOOOKKKK....ada sound effect sikit.

Terjengoi sorang perempuan.
Pembantu rumah Imam Malik.
Orang Bandung ka, Orang Lampung ka, hangpa jangan tanya aku.

"Ehhh Bapak Gubernur. Ada apa mau kemari sih?" tanya bibik.

"Kami nak jumpa Imam Malik. " kata Gabenor. Dia tak sebut dia ada surat Gabenor Mekah.

"Sebentar ya....nanti saya tanyakan sama bapak Imam...."

Masuklah bibik.
Setelah agak lama, bibik muncul kembali.

"Maaf ya pak. Imam Malik bilang kalo ada apa-apa yang mau ditanya, boleh titip sama saya. Tapi kalo yang mau ditanya itu tentang Hadis Nabi saw, bapak berdua dipersilakan ke Masjid Nabawi, nanti Imam akan berkuliah di sana."

Begitu sekali!
Ini Gabenor Madinah...kiranya macam Menteri Besar lah.

Bayangkan Menteri Besag sebuah negeri di Msia ni.
Dia pi rumah Mufti atas sesuatu urusan, tiba-tiba Mufti tak mau jumpa dia.
Mufti suruh dia pi masjid saja.
Hang ingat apa akan jadi kat Mufti tu?

Ingat tak apa jadi kat al Marhum Datuk Ishak Baharum, bekas Mufti Selangor tu?
Tak sambung kontrak.


Anyway, bila bibik tu cakap macam tu, Imam Shafie yang masa tu baru berunur 17 tahun, pun tunjuklah surat Gabenor Mekah tu.

"Tolong cakap sama Imam Malik, aku membawa surat dari Gabenor Mekah."

Maka bibik itu masuk sekali lagi.
Lama lagi depa tunggu di luar.
Tak ajak masuk pun.

Kemudian muncul balik si bibik dengan sebuah kerusi.
Dia letak di luar rumah, depan pintu tu.

Seketika kemudian muncullah Imam Malik.
Dia memakai baju yang segak sekali.

Memang Imam Malik terkenal sebagai seorang yang well-dressed.

Jadi, tok guru dan ustaz, eloklah pakai kemas2 sikit, jangan compang camping saja. Contohilah Imam Malik.

Imam Malik duduk atas kerusi tu.
Imam Shafie, budak muda ni dan Gabenor Madinah berdiri.

Bayangkan sekali lagi.
Mufti duduk atas kerusi, Menteri Besar berdiri.
Tak bawak pun kerusi utk MB duduk.
Bukan takat tak sambung kontrak, buang daerah lagi agaknya.


Anyway, kata Imam Malik, "Mana surat itu? Bacakan pada aku."

Maka Imam Shafie pun bacalah isi kandungan surat tu.
Kandungannya merekomenkan supaya Imam Malik mengambil budak muda ni untuk belajar hadis dari Imam Malik.

"Bawak mai sini aku nak tengok." kata Imam Malik.

Imam Shafi'e kasi dia surat tu.
Imam Malik baca.....dan campak surat tu!

Kata Imam Malik rh, "Adakah nak belajar hadis Rasulullah saw pun nak pakai cable jugak? What has the world come to?"

Marah dia, kerana bagi dia, itu macam merendah2kan darjat hadis.
Kitapun dah baca bagaimana cintanya Imam Malik terhadap hadis2 Rasul saw.

Boleh baca kat sini....
Imam Malik Di Sengat Kala Jengking

Tapi Imam Shafi'e tak putus asa. Dia pun menceritakan sejarah hidupnya dari kecil, apa yang dia dah belajar, dan apa tujuannya dia nak belajar dari Imam Malik.

Imam Malik mendengar dan dia dapat membaca bahawa anak muda ini adalah seorang yang istimewa.

Setelah habis mendengar cerita, berkatalah Imam Malik,
"Tak pa....aku rasa kamu ada potential. Esok kamu mai ke Masjid Nabawi. Kamu boleh join kelas hadis aku. Kamu belajar kitab al Muwatta aku."

Al-Muwatta adalah kitab Imam Malik yang terbesar. Sekarang jadi rujukan untuk pengikut Mazhab Maliki.

"Tapi bawalah seorang yang akan jadi tutor kamu. Sebab aku tak mampu nak ajar kamu personally." kata Imam Malik lagi.

Kata Imam Shafi'e, "Tak apa tuan guru. Saya tak perlu tutor. Saya dah hafal al-Muwatta."

"Bior benor kamu ni.....cuba baca sikit dari kitab aku tu."

Lalu Imam Shafie membaca kandungan al Muwatta kepada Imam Malik.
Rupanya Imam Shafi'e dah hafal kitab tu dalam masa 9 hari sahaja semasa dia di Mekah!

Imam Malik terpesona mendengar kelancaran dan kefasihan Imam Shafi'e membacakan kitab karangannya. Sehinggakan bila Imam Shafi'e berhenti, disuruh sambung dan sambung lagi.

Begitulah, Imam Malik mendapat seorang penuntut yang sangat istimewa.

Wallahu'alam.

-------------------------------------------------------------------------------
ps.
So, boleh ke pakai cable kalau nak belajar?
Tak pulak diceritakan iktibar dari cerita ni.

Cuma aku rasa, kalau hang rasa anak hang memang special...
........lebih spesel dari anak jiran hang,
lebih spesel dari anak kawan surau hang,
lebih spesel dari anak kakak hang....bolehlah kot cuba.

Itu pendapat aku saja. Tak boleh jadi fatwa.

For full story on Imam Shafi'e, boleh dengar kuliah Sheikh Dr Muhammad Musa al-Shareef di sini.

No comments: