Ini sambungan dari cerita Khawlah binti Hakim r.anha yang pergi meminang Aishah binti Abu Bakar dan Sawdah binti Zam'ah r.anhuma setelah kematian Khadijah r.h. Kalau nak clear, pi baca part sebelum ni, Khawlah binti Hakim - Kawin Lain Agama. Lepas tu mai sini balik. Kalau dah, mai kita perabis sikit lagi. Khawlah the matchmaker, kemudiannya bertandang ke rumah Sawdah pula. Sawdah seperti yang diceritakan tadi, adalah balu Sakhran bin 'Amr r.a. At the time she was already 55 years old. Lebih tua dari Nabi saw. Nabi masa tu baru 50 tahun. She was also a plump / bulky lady, orang Kedah cakap, tembun. Ini diceritakan sendiri oleh Ai'shah r.ha. seperti yang tersebut dalam hadis2 Sahih Bukhari dan Muslim. The story was, semasa isteri2 Nabi saw mengerjakan haji pada tahun 10 Hijrah (yang dikenali sebagai Haji Wada'), Sawdah telah meminta kebenaran dari Nabi saw utk bergerak lebih dahulu dari Muzdalifah ke Mina. Lebih awal dari rombongan haji utama. Ini ialah kerana badannya yang agak besar dan pergerakannya perlahan, dia nak sikit head-start. Kalau tak buat gitu, nanti samada dia terpaksa bersesak-sesak dengan jemaah haji yang lain atau tertinggal di belakang. Juga disebutkan apabila dia keluar rumah untuk menunaikan panggilan alam, dia telah ditegur oleh Umar al Khattab kerana susuk badannya yang besar menyebabkan dia senang dicam walaupun dia memakai hijab. Gitulah, bukannya nak cerita ketidakelokan Ummul Mukminin, tetapi nak kita tangkis tohmahan2 yang mengatakan Nabi saw hanya mengahwini anak-anak dara yang comel2 belaka sahaja. Back to main story. So, sesampai sahaja Khawlah di rumah Sawdah (actually rumah ayah Sawdah), dia tanyakan perkara yang samalah macam pada Abu Bakar sekeluarga tadi, iaitu samada ok ke tak hajatnya untuk menjodohkan Sawdah dengan Nabi saw. Sawdah kata tak de masalah malahan bersyukur dengan pelawaan tersebut. Dia kata, "Bagi aku, Alhamdulillah...tapi ayah aku masih ada. Hang tanyalah dia dulu." Khawlah pi lah bersembang dengan Zam'ah ayah Sawdah. He was a gruff old man. Kata Khawlah, lebih kurang cam ni "Pak Long, saya ni nak tanya sikit pasai Sawdah tu." "Ha awatnya?" "Ada orang nak meminang dia." "Meminang? Sapa pulak?" "Rasul saw." jawab Khawlah. "Muhammad tu? Hang dah tanya Sawdah dah?" "Dah Pak Long." "Dah tu dia setuju tak?" "Dia ok saja, tapi dia suruh tanya Pak Long dulu." "Kalau dia dah suka, tak kan aku nak halang kot?" jawab Pak Long Zam'ah."Hang pi berkiralah Khawlah." Maka dengan itu, Khawlah punya mission yang ke dua ni berjaya juga. Dia kembali kepada Rasul saw mengkhabarkan keputusan kedua-dua keluarga. Rasul saw kemudiannya mengambil keputusan untuk mengahwini Sawdah dahulu. Ini ialah kerana Sawdah yang jauh lebih berumur dari Ai'shah itu lebih sesuai untuk menjaga hal-ehwal rumahtangga Rasul saw dan anak-anak Baginda. Mereka berkahwin pada bulan Ramadhan tahun 10 kerasulan (kira-kira 3 tahun sebelum Hijrah) Pada bulan Shawal tahun yang sama, Ai'shah dinikahkan dengan Rasul saw, tetapi mereka tidak bersama sehinggalah selepas penghijrahan ke Madinah. Antara pengorbanan besar Sawdah r.a. ialah dia telah gave up her rights untuk bermalam dengan Rasul saw. Kita tahu Nabi saw bergilir-gilir tidur di rumah isteri-isteri baginda secara adil. Namun begitu Sawdah menyedari umurnya telah lanjut. Dia merasakan dia menjadi bebanan kepada Nabi saw dari segi layanan zahir dan batin. Lagipun katanya, pada umur setua itu, dia tidak memerlukan itu semua. Dia hanya menjalankan tugas mengurus rumahtangga dan anak-anak Nabi saw. Lalu dia meminta supaya gilirannya diberikan kepada Aishah sebagai hadiah kepada isteri yang lebih muda. Dia berkata dia cuma mengharapkan untuk bersama sebagai isteri Rasul saw di syurga nanti di mana kesemua mereka akan sebaya umur. Begitulah mulia dan luhurnya budi seorang isteri tua. Aishah r.ha menceritakan bahawa dalam kesemua isteri Nabi saw, Sawdah lah yang paling dia sayangi kerana sifat keibuannya. Sawdah r.anha umurnya panjang. Dia wafat pada tahun 54H semasa pemerintahan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Semasa tu dia berumur lebih 100 tahun. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
05 February 2013
Isteri Tembun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sedih bila baca pengorbanan sawdah.. :'( .
Post a Comment