Untuk memahami dengan lebih jelas, sila baca dulu bahagian2 yang awal.
Lepas tu baru boleh hayati cerita ni.
Otherwise...nanti rasa mengkelan pulak.
Pi cari kat Glosari Bahasa Kedah apa mana mengkelan ni.
Klik kat link-link ni.
Part 1
Part 2
Part 3
Kalau dah baca, jom kita sambung.....
You all know that during the time of Khalifah Uthman bin Affan bermulalah pergolakan di dalam dunia Islam diakibatkan oleh salah faham sesama sahabat dan juga fitnah serta hasutan musuh-musuh dalaman.
Ia berlanjutan sehingga terbunuhnya Uthman dan Ali radhiaLLahu 'anhuma.
Maka naiklah kerajaan Bani Umayyah.
Seterusnya terbunuh pula anak2 Sayydina Ali iaitu Hassan dan Hussain.
Mengikut catatan sejarah Hassan mati diracun manakala Hussain terkorban di dalam perang dengan tentera2 Yazid bin Muawiyyah.
Begitulah keadaan umat Islam masa tu.
Terdapat berbagai kumpulan di Jazirah Arab.
Ada yang menyokong sesetengah sahabat dan menentang sebahagian yang lain.
Terjadi peristiwa semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (Khalifah Umayyah yang ke 5) penyokong2 Abdullah bin Zubair r.a.,mengisytiharkan Abdullah sebagai Khalifah yang sebenar.
Pada masa itu Abdullah adalah Gabenor Mekah.
Marahlah Abdul Malik, ni dah kira lawan toke.
So, to put down the rebellion, dia pun menghantar the most fearsome military commander semasa tu yang bernama Al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi.
(Dia dari Bani Thaqif, berdekatan Ta'if......tu pasai dia dipanggil al-Thaqafi)
Kalau ikut Ustaz Zahazan, dia kata Al Hajjaj ni tersangatlah kontroversi.
Ustaz Shamsuri pulak kata dia ni ruthless.
Mana taknya, di tangan al Hajjaj ini lah terbunuhnya ribuan sahabat2 Rasul saw.
(al Hajjaj was some sort of a flawed hero - hujung2 nanti aku cerita jasa Hajjaj ni pulak)
As far as ensuring peace and the working of the government of the day, dia ni seorang yang tak ada tolak ansur.
For him, it's his way or the highway.
So, pengadilannya hanyalah dengan pedang.
So bila dia sampai di Mekah terjadilah pertempuran yang hebat.
And there could only be one winner.
Apabila pasukan Abdullah dah hampir tewas, tinggal beberapa kerat sahaja yang masih bersama2nya. Yang lain samada sudah terbunuh atau menyerah diri.
Lalu Hajjaj memberi katadua.....or kata tiga sebenarnya.
1. Aku tangkap kamu, rantai kamu, bawa pi kepada Khalifah untuk dihukum.
2. Atau kamu tinggalkan Mekah, serahkan semua kawasan pemerintahan kamu pada Khalifah dan tak usah lagi dok mengaku kamu tu Khalifah.
3. Atau kamu boleh terus melawan sampai aku bunuh kamu.
The year was 73 Hijrah. 63 tahun selepas kewafatan Nabi saw.
Semasa tu Asma' bt Abu Bakar, ibu Abdullah masih hidup.
Tapi dia tersangatlah tua, hampir2 berumur 100 tahun.
Abdullah pi berjumpa ibunya.
Dia tahu ini lah kali terakhir dia akan berbicara dengan ibunya.
Kata Abdullah;
"Emak, saya dah tak ada sesiapa2 bersama saya lagi melainkan sedikit sahaja sahabat yang setia. Yang lain sudah meninggalkan saya. Saya tahu saya pun akan mati tak lama lagi. Tapi, kalau saya ikutkan apa yang Hajjaj minta, tentu saya akan bebas dan terus hidup."
Lalu kata Asma', " Wahai Abdullah. Apa kamu cakap ni? Hanya kamu saja yang mengetahui akan kebenaran perjuanganmu. Jadi, kalau kamu yakin kamu pada pihak yang benar, teruskanlah. Sesungguhnya, ramai lagi orang yang lebih mulia darimu pun telah dibunuh.
Tetapi mak nak cakap satu saja, sekiranya kamu berada di pihak yang salah, memanglah kamu ni sejahat-jahat manusia, walaupun kamu ni anak mak. Kamu bukan saja telah menjahanamkan dirimu, bahkan kehidupan kawan-kawan kamu sama.
Dengar pesan mak ni. Orang yang berjuang atas jalan yang benar tak sepatutnya merasa lemah dan mengalah bila terkena sedikit kesusahan. Tambah2 pulak kawan2 kamu semuanya dalam kesulitan juga. Tak kan kamu nak tinggalkan mereka pulak?
Janganlah kata macam tu anakku, janganlah kata kalau hidup, kamu akan merdeka, kerana sebenarnya itulah perkataan orang yang tidak merdeka."
Syahdu sungguh pesanan Asma kepada Abdullah.
In fact masa tu hampir kesemua ahli keluarga depa dah tak dak.
Abu Bakar dah wafat.
Ai'syah pun dah wafat
Zubair al Awwam pun dah lama syahid.
Sambung Asma' lagi," Anakku, berapa lama sangat kita akan hidup di dunia ini? Mak lebih reda kamu mati di jalan kebenaran daripada tengok kamu dalam keadaan macam ni."
Bila mendengar nasihat ibunya, Abdullah sedar akan pendirian ibunya. Lalu, dia mencium dahi ibunya sambil berkata, " Mak, sebenarnya memang saya telah bertekad untuk tidak berganjak dari perjuangan ini. Tapi saya saja bertanya kerana saya nak jawapannya datang dari mulut mak dulu. Nasihat mak telah lebih lagi meneguhkan azam saya."
Sambung Abdullah lagi,"Mak, anggaplah saya sudah mati hari ini. Apabila nanti ada orang membawa berita kematian saya, janganlah mak bersedih hati. Serahlah urusan ini kepada Allah, ya mak?
Tapi mak...saya bimbang nanti mayat saya akan dipotong dan dicincang oleh Hajjaj."
Kata Asma'" Anakku, apa yang kamu takut sangat perkara tu? Orang yang sudah mati tidak akan merasa sakit lagi."
Lalu jawab Abdullah buat kali terakhir, "Mak, saya seorang yang tidak pernah menyentuh arak, tidak pernah berzina, tidak pernah menyakiti samada seorang Muslim ataupun kafir dengan secara tidak adil. Saya harap saya telah menjadi anak yang baik dan telah memuliakan mak."
Tengok tu, Abdullah pada masa tu dah berumur lebih 70 tahun, masih lagi berbicara dengan emaknya dengan penuh hormat dan kasih sayang.
Harap2 kita semua layan ibu kita macam Abdullah bin Zubair lah.
Lalu Abdullah pun menaiki kudanya meninggalkan ibunya.
Dia dan baki tenteranya berundur ke dalam Masjidil Haram dan berlindung di sekitar Ka'abah.
You think Hajjaj will stop bila lawannya berlindung dalam rumah Allah?
Adakah dia mempunyai belas kasihan pada anak angkat Aishah, isteri Nabi saw yg tercinta?
Cucu Abu Bakar ra. Khalifah yang pertama dan sahabat Nabi saw yang paling mulia?
Anak kepada Zubair al Awwam r.a. salah seorang yang di gerenti syurga?
Tak ada punya!
Dia tak heran semua tu. Mission dia satu saja.
Annihilation!
Becos, he only answered to the current Khalifah.
Hajjaj dan tenteranya surrounded Masjidil Haram.
Satu pasukan diletakkan di atas Jabal Qubays...(sekarang di sini terletaknya Istana Raja berdekatan Masjidil haram).
Ni gambar dia...bangunan at center of the picture is Istana Raja.
Menara yang kiri tu hangpa tau sangatlah, salah satu Menara Masjidil Haram.
Lalu Hajjaj pun menggunakan manjanik (giant catapult) and rained down Masjidil Haram dan Ka'abah dengan batu-batu besar.
Runtuh sebahagian Ka'abah terkena bedilan-bedilan batu tersebut.
Who would dare to do such thing except Hajjaj?
Dan dengan itu juga syahidlah Abdullah bin Zubair r.a.
Maka tamatlah riwayat of the tragic life of Abdullah bin Zubair r.a.
Hajjaj's army scoured Masjidil Haram and found the body of the battered Abdullah bin Zubair among the ruins of Ka'abah.
Do you think Hajjaj would give Abdullah an honorable funeral?
Memandangkan dia sahabat Nabi saw, cucu Abu Bakar ra, anak penghuni syurga?
Tak ada punya!
Hajjaj memerintahkan mayat Abdullah disalib dan disandarkan di sisa2 bangunan Ka'abah untuk dipertontonkan kepada penduduk Mekah supaya depa semua tahu akibatnya kalau melawan toke.
Setelah beberapa hari mayat Abdullah yang masih bersalib itu di bawa ke luar Mekah dan dipacakkan di tepi laluan orang-ramai untuk dijadikan pengajaran dan amaran pada semua orang.
Alangkah dahsyatnya Hajjaj.
Maka, terpacaklah tubuh seorang sahabat Nabi saw dalam keadaan menyedihkan itu sehingga tiba di kawasan itu sahabat karibnya.....
Bersambung ke Part 5.
No comments:
Post a Comment